Sudahkah anda mencuba Windows 7?

Assalamualaikum,

Windows image

Sudahkah pembaca sekalian mencuba Sistem Pengoperasian terbaru iaitu Windows 7? Versi RC atau Release Candidate (selepas versi Beta) telah dikeluarkan oleh pihak Microsoft pada hujung bulan April lalu. Anda boleh memuat turun secara percuma daripada laman web Microsoft.

Walau bagaimanapun, Dekan sendiri belum berkesempatan mencubanya. Hehe.. Secara lebih jujur, Dekan tidak mencubanya di PC sendiri, tetapi cuma di dalam VMware sahaja, dan ini membuatkan penggunaan grafik oleh Windows 7 terhad. Untuk tidak menghampakan anda, terdapat rakan-rakan blogger yang pernah mencubanya dan ada membuat sedikit review mengenainya.

Ulasan Mengenai Windows 7 RC
Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang
Muat Turun Windows 7 Beta Secara Percuma
Muat-turun percuma Windows 7 Beta!
Cara-cara Nak Install Windows 7 Beta

Selamat membaca. Jika ada review yang lebih spesific dan menarik sila beritahu ya. Dekan akan update senarai di atas. Sekian sahaja.. 🙂 BTW, jeng3.. di sinilah tempat Dekan memuat turun Windows 7 dan lain-lain perisian..

MSDN
KLik-klik saja dah dapat key ori. Hehe. (Klik gambar untuk besarkan.)

“Harapkan ada MSDN (Microsoft Developer Network) tetapi tidak digunakan, bak aiskrim tidak dimakan.” Pepatah ini direka cipta Dekan sendiri dan tidak kena mengena dengan yang lain. Harap maklum.

Jumpa lagi.. 🙂

  • 6 Comments
  • Filed under: Zon Maklumat
  • Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian,

    Satu hari, semasa sedang sibuk bekerja, bos Dekan memberi arahan,

    BOS: “D, put all the details in a folder called ‘aux’ and email to me as soon as possible.” (D, letakkan semua yang berkaitan di dalam folder ‘aux’ dan emailkan kepada saya secepat mungkin.)

    Dekan: “Right away, sir!” (Sekarang juga, tuan!)

    Kemudian, kelihatan beliau tersenyum tanpa diketahui sebabnya.. Tidak lama kemudian, Dekan menghadapi suatu masalah…

    BOS: “What happened, dude?” (Apa yang berlaku?)

    Dekan: “Nothing sir, it just the folder won’t renamed.” (Tidak ada apa-apa tuan, cuma folder tersebut tidak boleh dinamakan semula.)

    BOS: (Sambil tersenyum) “Just kidding ‘lah’. There are some folder names reserved in Windows that you cannot create it just like that.” (Gurau sahajalah. Terdapat beberapa nama folder dikhaskan dalam Windows yang anda tidak boleh cipta dengan begitu sahaja.)

    Dekan: “Darn..” :p


    Terkena pula Dekan kali ini. Huhu. Jika anda tidak percaya, cubalah sendiri. Klik kanan pada Desktop, pilih New -> Folder, dan namakan sebagai ‘aux‘ tanpa pembuka/penutup kata.

    aux1

    Selain nama aux, terdapat beberapa nama lain lagi yang boleh anda cuba seperti:

    con
    prn
    lpt1
    lpt2
    lpt3
    lpt4
    lpt5
    lpt6
    lpt7
    lpt8
    lpt9
    com1
    com2
    com3
    com4
    com5
    com6
    com7
    com8
    nul

    Ini adalah ralat yang akan diberikan:

    aux2

    Sebenarnya Windows telah me’reserve’kan nama-nama tersebut untuk digunakan dalam memorinya. Cuba klik Start -> Run.. -> “cmd”. Kemudian taip ‘mem /d’. Nama tersebut dirizab untuk ‘System Device Drive’.

    aux3

    Terdapat beberapa trik jika mahu menggunakan nama tersebut. Gunakan command dalam DOS. Sekian sahaja selamat mencuba.

    🙂

  • 6 Comments
  • Filed under: Windows XP
  • Salam pembaca sekalian,

    Tip kali ini adalah daripada seorang client projek baiki komputer kami. Jarang sekali seorang perempuan Dekan lihat amat pandai dalam selok-belok komputer seperti beliau. Impressi pertama Dekan, hampir semua perisian dalam komputer beliau up-to-date, dan kemahiran troubleshoot komputer yang boleh dikatakan level intermediate. Cuma satu kelemahan beliau, ‘takut’ untuk melakukan format. 😛 Ampun kak.

    Baiklah. Begini ceritanya. Ketika Dekan terlupa membackup driver, Dekan mestilah terpaksa membuka casing CPU tersebut untuk melihat jenis motherboard. Tatkala Dekan mencapai skru driver untuk membuka, ketawa kecil client sorang ini. “Dik, xyah susah2. Sekarang zaman teknologi lah. Cni, cucuk pendrive akak.”

    Keliru dengan apa yang hendak dilakukan client tersebut, Dekan membiarkan sahaja dia sambil melihat telatahnya yang kununnya ingin mengajar Dekan. Sambil tersenyum, beliau mengklik satu software yang dinamakan CPU-Z. Dan yang muncul ialah, jeng3! Sistem komputer tersebut!


    Contoh: Sistem hardware komputer personal Dekan sekarang

    Terkesima Dekan melihatnya.. Semua maklumat PC Dekan daripada motherboard, RAM, Memory semuanya terpapar di skrin.


    CPU-Z ialah salah satu perisian yang dibangunkan oleh CPUID yang boleh digunakan untuk melihat maklumat hardware untuk sesuatu komputer. Tanpa installasi diperlukan cuma klik 2 kali sahaja untuk ‘run’kan perisian tersebut, perisian tersebut boleh disimpan dalam pendrive untuk kemudahan. Anda boleh mendapatkan meklumat lanjut tentang CPU-Z secara di laman web nya atau cuma klik sini untuk muat turun versi 1.50 secara PERCUMA.

    Maka dengan ini Dekan tidak perlu bersusah payah lagi membuka motherboard untuk melihat jenis dan versi. Terima kasih banyak-banyak. 🙂

  • 4 Comments
  • Filed under: Perisian
  • Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In