Assalamualaikum w.b.t.,

Bersambung semula post sebelum ini di mana Dekan menerangkan berkenaan cara setting email domain sendiri dan menggunakannya bersama dengan email Yahoo!Mail anda, berikut pula ialah cara untuk setting penghantaran email domain sendiri di Google Mail atau GMail pula. Cara ini memudahkan anda untuk tidak perlu membuka email domain-domain tersebut bagi menghantar email, cuma perlukan satu email sahaja iaitu GMail.

Ikuti langkah demi langkah yang mudah berikut:

1. Login ke akaun Gmail anda di http://mail.google.com

2. Klik pada ikon ‘Setting’. Ikon ni bentuk seperti gear tu. Kemudian klik ‘Settings’ seperti dalam gambarajah di bawah.

3. Klik pada tab ‘Accounts and Import’, dan pada row ‘Send mail as’, klik ‘Add another email address you own’.

4. Satu popup akan muncul. Masukkan nama anda dan email domain anda yang akan anda gunakan untuk menghantar melalui Gmail ini. Kemudian, klik ‘Next Step’.

5. Pilih opsyen sama ada untuk menggunakan SMTP Gmail atau server anda sendiri. Dekan cadangkan gunakan server GMail sahaja. Tandakan ‘Send through Gmail (easier to set up)’ dan klik ‘Next Step’.

6. Kemudian, klik ‘Send Verification’. Satu email akan dihantar kepada email domain anda untuk disahkan.

7. Buka email di domain anda dan baca email daripada Google. Kemudian, ada mempunyai dua opsyen.
i. Klik pada link yang diberikan Atau
ii. Masukkan kod seperti dalam email ke dalam popup tadi

8. Jika anda memilih untuk memasukkan kod, masukkannya ke dalam popup tadi, dan klik ‘Verify’.

9. Anda akan dibawa ke tab yang asal. Perhatikan email domain anda telah diwujudkan. Pastikan anda menanda ‘Reply from the same address the message was sent to’ sebelum klik ‘Save Setting’.

10. Akhir sekali, cuba anda ‘Compose’ email anda. Akan wujud satu opsyen From. Dan anda boleh pilih sama ada email GMail anda, mahupun email daripada domain lain anda.

Selamat Mencuba. ;)

  • 1 Comment
  • Filed under: Email
  • Assalamualaikum,

    Dari sebulan lepas sehingga Selasa petang, mudah.my mungkin secara tidak sengaja telah mendedahkan identiti pengiklan dengan fungsi ‘change price’nya. Hehe. Ianya berlaku kepada pengiklan yang bukan Pro Niaga kerana fungsi ‘manage’ akan dikeluarkan instead of change price jika anda Pro Niaga.

    Walau bagaimanapun, dalam sebulan lepas, satu pelajaran yang Dekan dapat, bukan berkenaan flaw, tetapi berkenaan kebaikan munculnya detail tentang advertiser tersebut – sekarang advertiser palsu tak boleh tipu lagi dengan pengguna kerana detail tentang mereka telah diketahui. miahaha.

    Mudah.my flaw

    Mudah.my sebelum ini mempunyai sekuriti yang agak kuat dengan mencungkinkan imej no telefon yang terpapar di laman web tersebut kepada 3 bahagian supaya sesetengah crawler atau manusia tidak boleh berfungsi/mengcopy mengambil no telefon secara automatik, terkantoi dengan fungsi ‘change price’ yang mana bukan sahaja no telefon, malah amalat email dipaparkan secara teks yang boleh digrab oleh secara mudah.

    Macam mana mudah.my menjana keuntungan ya sebab laman web tu nak iklankan pun free?

    Dengan analisa Dekan yang tidak seberapa ini, mudah.my mengaut keuntungan dengan iklan berdasarkan ranking laman web mereka yang tinggi. Jika tidak percaya, sila lihat Banner Advertising di mudah yang akan dipaparkan selama 20 minit sahaja bagi setiap bayaran. Untuk pengetahuan semua, mudah.my bukan sahaja terdapat di Malaysia, malah di beberapa negara lain seperti Sweden, Perancis, Sepanyol, Portugis, Filipina, dan Greek. Oleh itu, dengan strategi pemasaran menggunakan adwords dari Google, Mudah.my telah mendapat fame dan ditambah lagi dengan cara mengiklan yang memudahkan pengguna dan pembeli dan mesra bahasa menambahkan peminat mudah.my. Secara langsung ia telah memukal lelong dan juga ebay bagi urusan bisnes online di Malaysia.

    Sekian sahaja analisa, anyway good luck mudah.my, penjual dan pembeli online semua.

    Salam pembaca semua,

    Satu laman web Dekan jumpa ketika bekerja di tempat yang merestrict muat turun fail yang mempunyai extension seperti .exe .avi .mp4 .mp3 dan sebagainya.

    Download at Work Logo
    http://dlatwork.com

    Laman web ini akan menukar file extension yang anda ingin download kepada file extension yang lain. Sudah lama Dekan mencari konsep seperti ini selain memikirkan menggunakan proksi-proksi dan sebagainya untuk membolehkan download dibypasskan.

    Change extension

    Anda cuma perlu masukkan link muat turun fail anda dan pilih extension yang ingin anda tukarkan. Satu link akan muncul untuk anda mut turun fail anda dengan extension baru.

    Walau bagaimanapun, perlu diingatkan fail tersebut sebenarnya dimuat turun dahulu di server laman web tersebut dan dinasihatkan fail-fail sensitif tidak didownload menggunakan laman web berkenaan.

    Saiz muat turun yang dibenarkan ketika entri ini ialah tidak melebihi 50MB sahaja.

    Sekian. :)

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In