Salam pembaca semua,

Disebabkan berlakunya pertukaran kerja yang tidak dijangkakan dari En F ke En G yang ingin melaksanakan satu misi rahsia, maka akibatnya blog ini lambat di update walaupun bahan-bahan draf sudah ada.

Satu entri pendek, setelah memasuki tempat baru, bos di tempat ini mempunyai kurang kesedaran sekuriti walaupun anak buah beliau yang lain mengerti. Beliau lebih suka mendouble klik drive thumbdrive dan juga tidak mengambil langkah keselamatan sepatutnya.

Jika anda ingin mendisable autorun pada sesuatu PC, download dan gunakan registry ini dengan klik 2 kali sebagai assist untuk memudahkan kerja-kerja mendisable autorun di PC anda dan PC presentation di makmal anda.

Download: autorun_disable.reg

Dekan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua pembaca sekalian.

Sekian. 🙂

Salam hormat pembaca sekalian,

Pernahkah anda mengalami situasi seperti berikut:

Anda menghantar satu mesej teks kepada rakan anda. Rakan anda pula menerima teks mesej anda bersama-sama dengan satu MMS yang diattach sekali. MMS ini tidak dihantar dengan kesedaran anda. Kemudian rakan anda cuba untuk membuka MMS tersebut, tetapi ia cuma MMS yang tidak menunjukkan apa-apa dan tidak boleh dibuka. Akhirnya, pada akhir bulan, anda mendapati bil telefon anda pada bulan tersebut adalah berganda-ganda berbanding sebelumnya kerana setiap mesej anda digandingkan dengan MMS tanpa pengetahuan. Ianya benar-benar terjadi kepada seorang rakan kepada rakan Dekan dan kesimpulannya beliau mungkin terkena Mobile Malware.

Kajian baru-baru ini oleh SMobile, menunjukkan 1.5% daripada pengguna Symbian mempunyai malware dalam telefon mereka. Mengikut McAfee, feature yang berisiko dalam sesuatu HP ialah teks mesej, contact, video, transkipsi telefon, history panggilan, dokumen, dan buffer overflow. Semua di atas berguna untuk orang yang berniat jahat selain kurang yang berniat merosakkan. Hal ini diterangkan dalam contoh di bawah.

Mobile Malware
Buku yang mengandungi sedikit sebanyak ilmu dan idea tentang mobile malware ini. (Abaikan background cadar tempat beradu ku itu. ):p

Katakan anda CEO atau orang penting dalam sesuatu syarikat, dan pesaing syarikat anda semestinya mahu mengetahui segala rahsia anda. Sama ada rahsia syarikat atau projek yang sedang anda bangunkan mahupun juga rahsia peribadi anda. Maka caranya mungkin berkenalan dengan staff anda dan mendapatkan maklumat tersebut. Selain itu, mereka juga boleh berbaik-baik dengan anda dan menginstal perisian seperti FlexiSpy yang membolehkan semua aktiviti anda direkod. Hal ini benar-benar berlaku dan dinasihatkan semua bos-bos yang memegang syarikat besar-besar, pakailah HP yang kurang canggih macam Dekan yang tidak perlu selalu risau. Hahaha. Updatelah antivirus anda dan tidak hanya menyuruh orang bawahan tengok2kan HP yang telah di’backdoor’ itu.

Mungkinlah perkara ini jarang-jarang berlaku di Malaysia, tetapi dengan kemajuan teknologi dan pengguna internet yang semakin bertambah, jenayah seperti ini bisa menyusul sama pada masa sekarang. Ni yang nak panggil Mazidul ni suh wat liputan jenayah siber ni.

Oh ya, antara solution yang boleh diberi Dekan kepada rakan yang terkena seperti cerita awal-awal tadi, anda mungkin mahu format semula HP anda atau memakai antivirus. Selain itu anda juga mungkin mahu ke Maxis/Celcom,Digi untuk men’unsubscribe’ benda-benda alah dari syarikat ntah mana-mana yang menghantar mesej kepada anda (yang anda tidak subscribe pun) sambil dicas mahal seperti RM1, RM2 tanpa henti . Boleh menangis tengok bil tuh.

Berhati-hati. 🙂

  • 5 Comments
  • Filed under: Telefon, Virus
  • Google hosted malware?

    Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

    Tahun lepas Google ada mengumumkan perkhidmatan diagnostik untuk “safe browsing” (peluncuran selamat) untuk digunakan sebagai pemudah pembacaan daripada Safe Browsing API yang diperkenalkan sebelum itu. Konsepnya diterangkan di dalam paper ini yang mana setiap url yang anda taip akan discan oleh Google dahulu.

    Kadang-kadang jika anda membuat carian di Google, anda akan melihat ada satu pernyataan bersama result anda iaitu: ‘This site may harm your computer‘. Itu menunjukkan Google telah rayap (crawl) ke laman web tersebut dan menjumpai virus, coding yang malicious dan sebagainya.

    Tadi, Dekan pun mencuba Safe Browsing Diagnostic ini dengan menaip di url: http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=www.gov.my
    untuk melihat laman web rasmi kerajaan Malaysia. Kelihatan result (gambar di bawah) yang dipaparkan menunjukkan tiada virus di laman web tersebut. Maka laman web tersebut boleh dipercayai.

    Google Malware
    Result untuk laman web www.gov.my

    Kemudian Dekan test beberapa laman web lagilah. Ada yang keluar result, ada yang tiada seperti laman blog ini. Kemudian tergatal pulak tangan menaip google.com sendiri. Hasilnya:

    Google Malware
    Laman web google.com dicuba. Aik? Ada malware?

    …Opss. Kelihatan laman web ini dikatan mempunyai malware. 😛 Menarik juga ya. Hati-hati dengan Google.

    Happy holiday. 🙂

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In



    Masukkan email anda:

    untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan.

    Subscribe AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage

    Komen2 Terbaru


    Status Counter



    Malaysian Shout