Banyak kerja kosong bahagian IT

Salam pembaca semua,

Baru-baru ini Dekan melawat satu pameran kerjaya di Lembah Tengah (Mid Valley) Kuala Lumpur. Dekan pergi bersama rakan-rakan serumah. Selain itu, terdapat juga rakan-rakan UTM yang mencari kerja turut sama hadir di sana. Berjumpa dengan mereka juga salah satu tujuan Dekan ke sana.

Antara yang menarik yang dapat Dekan simpulkan semasa berjalan-jalan di Malaysian Career Training Fair oleh Jobstreet ini ialah terdapat banyak lubang kerja di bahagian IT atau information sistem ini. Bidang IT ini agak meluas, selain Programmer, ada juga Sistem Engineer, Network Engineer, dan lain-lain lagi yang agak payah juga sebutannya (sambil menunjukkan jari ke posisi Exploit Shield Analyst :p ).

Oleh itu, kepada anda yang masih belajar tentang IT, anda tidak perlu risau akan kerjaya. Terdapat banyak cabang yang anda boleh terokai tanpa mengira apa yang anda sedang belajar sekarang. Sebagai contoh, terdapat rakan serumah Dekan yang mengambil jurusan IT Multimedia waktu belajar dahulu, sekarang bekerja sebagai programmer untuk applikasi dot net (.net).

Menyentuh sedikit tentang bidang kerjaya di sini, terdapat banyak juga kerja di sektor perkilangan atau kejuruteraan selain banking, makanan, dan lain-lain lagi. Teringat Dekan sewaktu di UTM dahulu, mengambil kos Computer Engineering atau Kejuruteraan Komputer (dan agak mencabar juga ketika itu kerana ia bukan kos Elektrikal dan kos Sains Komputer yang core), dan kini peluang kerjaya kami terbahagi kepada dua bahagian iaitu Engineering dan IT. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah juga kesudahannya. Sekarang boleh dikatakan separuh daripada rakan sekelas bekerja di sektor kejuruteraan dan separuh lagi bahagian IT. 🙂 Jadi kepada setiap pertanyaan di entri sebelum ini tentang kos ini, jangan risau, peluang anda cerah. 🙂

Tujuan sebenar Dekan ke MidValley bukan untuk mencari kerja baru, tetapi untuk melihat PostGraduate punya booth sambil memikirkan opsyen untuk sambung belajar. Banyak juga universiti tempatan dan luar membuka booth di situ. Antara bidang yang menarik bagi Dekan ialah Information Security, Networking dan juga Engineering Electrik Micro/Computer/Telekomunikasi (pikir-pikir2).

Di sini ialah senarai syarikat yang turut serta untuk Career Fair tersebut. Tiada gambar yang diambil semasa lawatan tersebut maka tidak dapatlah dikongsi di sini. Bagi yang masih mencari kerja, Dekan ucapkan semoga berjaya. Usaha, Doa, dan Tawakkal, insyaAllah diperkenankanNya. 🙂

  • 13 Comments
  • Filed under: Zon Maklumat
  • Entri khas untuk coursemate sekalian – Bachelor of Engineering (Computer).

    Anda berminat mengambil kursus kejuruteraan komputer di UTM atau di mana-mana universiti Malaysia yang menawarkan kursus tersebut?

    Kejuruteraan komputer ialah satu bidang luas yang merangkumi sains komputer dan kejuruteraan elektronik. Pada hemat saya, kejuruteraan komputer adalah satu jurusan yang amat menarik di kalangan penggemar komputer dan alatan elektronik pada masa sekarang. Secara umumnya, anda akan belajar asas programming dan asas elektrik dan elektronik. Dengan pengetahuan dua perkara asas tersebut anda boleh mengembangkan ilmu anda selebihnya.

    Jurutera komputer ialah seorang Jurutera Elektrik yang mempunyai latihan tambahan dalam bidang merekabentuk software dan juga software-hardware integration. [via Wikipedia] Lowyat.net also talk about this course here.

    computer-engineering.jpg

    Berikut ialah senarai silibus yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (*pada masa 2004-2008).

    (more…)

  • 85 Comments
  • Filed under: Zon Maklumat
  • 6 akses menggunakan ACID UTM anda

    utm-webs.jpg

    Selamat sejahtera semua,

    Topik kali ini ialah sebagai tanda selamat datang kepada pelajar UTM yang telah melayari laman web dan melanggan artikel di sini.

    ACID atau Academic Computing ID ialah ID online yang telah dicipta khas untuk kegunaan pelajar dan staff UTM mengakses beberapa laman web yang berkaitan dengan UTM. Jika anda masih tidak tahu, terdapat 6 akses (atau lebih) untuk laman web yang menggunakan ACID ini:

    1. elearning – Laman web ini digunakan untuk pelajar mendapat bahan matapelajaran yang diedar secara online daripada pensyarah. Ia diarkib setiap semester.
    2. aimswebxs – Aimsweb adalah penting untuk mengakses butiran peribadi seperti butiran kewangan, keputusan peperiksaan, kolej, saman dan sebagainya.
    3. Laman web fakulti – Terdapat beebrapa laman web fakulti yang menggunakan ACID untuk login. Antaranya seperti fakulti pendidikan dan lain-lain.
    4. Webmail siswa – Mungkin ada yang belum tahu, setiap pelajar UTM telah diperuntukkan ruang__MB untuk email anda tersendiri @siswa.utm.my . Menarik bukan. Jika anda mempunyai kenalan, anda boleh eksyen sedikit dengan memberi email anda contohnya ahmad@siswa.utm.my kepada beliau. :p
    5. Wifi UTM – Jika anda pengguna wifi UTM semestinya anda perlukan ACID anda untuk mengakses internet.
    6. UTM Intranet – Sebenarnya, anda boleh mengakses laman Perpustakaan Sultanah Zanariah dari mana-mana tempat di seluruh dunia dengan menggunakan Virtual Private Network anda. Saya baru diberitahu staff PSZ ketika di tahun akhir ini. Aiseh, kenapa tak bagitau awal-awal. Anda boleh renew peminjaman buku dari rumah sahaja ataupun memuat-turun journal dari library di seluruh dunia secara percuma. Banyak PSZ langgan rupanya. 🙂

    Disebabkan ACID ini begitu sulit, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan akaun anda secure sepanjang masa. Caranya ialah sama ada dengan meletakkan password yang strong, dan juga kerapkan mengubah password sama ada setiap bulan sekali atau dua bulan sekali.

    Selamat belajar. 🙂

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In