Assalamualaikum w.b.t.,

Zaman sekarang kebanyakan blogger atau syarikat atau bisnes internet kebanyakannya akan menggunakan domain sendiri daripada menggunakan domain percuma seperti blogspot. Jadi dengan adanya domain tersendiri ini seperti mywindowsxp.info, anda boleh mempunyai email tersendiri juga seperti Dekan iaitu admin @ mywindowsxp . info dan dekan @ dct . my. Selain itu, Dekan mempunyai email lain yang digunakan sebagai default iaitu Yahoo!Mail.

Autoforward ke email Yahoo!Mail.

Walau bagaimanapun, katakan Dekan mempunyai email daripada domain yang lain seperti dct.my, formatkomputer.com, journalku.com, dan mywindowsxp.info, maka semua yang dihantar kepada Dekan melalui email di atas akan autoforward kepada email default Dekan setelah beberapa seting dilakukan. Jadi dengan cara ini Dekan tidak perlu membuka empat email pada sesuatu ketika. Sebarang email tidak akan terlepas melainkan email spam. InsyaAllah. Setingnya ialah pada control panel laman web anda seperti dibawah.



Send daripada domain lain di Yahoo!Mail

Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya jika anda mahu menghantar atau membalas sebagai owner domain di atas jika menggunakan Yahoo!Mail. Maka sebelum ini, terpaksalah Dekan membuka satu persatu email. Namun begitu, terdapat cara memudahkan iaitu dengan hanya seting di Yahoo!Mail.

Ikuti cara berikut:

1. Buka Yahoo!Mail dan klik pada ‘Mail Options’. Bagi Yahoo!Mail yang baru, menu tersebut berada di bawah ‘Options’.


2. Kemudian pilih Mail Accounts.
3. Klik ‘Add’.
4. Masukkan nama untuk akaun tersebut. Nama ini sekadar identifier dalam seting anda sahaja. Masukkan sekali email tersebut.
5. Kemudian masukkan maklumat seperti username dan passworddan ‘POP server’ jika anda mahu menerima email daripada domain anda. Jika tidak, klik Skip.
6. Satu email akan dihantar kepada email domain anda. Buka email tersebut di domain anda dan klik link yang diberikan untuk confirm.

7. Kemudian, anda boleh lihat di ruangan ‘From’ semasa anda compose atau reply email, alamat email domain anda tersebut.

Selamat mencuba.
🙂

Cara menambah ruang HD ke VMware

Assalamulaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,

Dalam kerja seharian, ada sesetengah orang menggunakan VMWare atau Virtual Machine Software untuk simulasi pelbagai OS dalam satu komputer. VMWare ini ialah perisian seperti Virtual Box dan lain-lain perisian yang membolehkan anda menginstall sistem pengoperasian di dalamnya sama ada Linux ataupun Windows dan sebagainya. Satu masalah yang sering timbul semasa menggunakan VMWare ialah masalah kekurangan ruang storan di dalam imej virtual tersebut. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kapasiti VMware anda. Antaranya ialah dengan menambah satu lagi virtual Hard Disk iaitu dengan cara berikut:

1. Mula-mula, buka Vmware anda. Pastikan imej belum ‘Start’. Klik pada menu VM. Kemudian, klik ‘Settings…’

2. Anda akan mendapat window seperti ini. Klik “Add…”:

3. Tandakan Hard Disk, kemudian klik Next > :

4. Pada Disk, tandakan ‘Create a new virtual disk’ :

Create a new virtual disk

5. Pada menu ‘Select a Disk Type’, tandakan yang mana bertulis ‘Recommended’:

Selec a disk type

6. Namakan Disk File anda. Disarankan anda membiarkan sahaja nama yang tertera di situ. Kemudian klik Next:

Disk File

7. Pada ‘Specify Disk Capacity’, letakkan saiz disk yang anda mahu. Dalam tutorial ini, Dekan cuma gunakan 2Gb sahaja:

Specify Disk Capacity

8. Perhatikan Hard Disk kedua dengan kapasiti 2Gb telah dicipta:

Hard Disk

9. Buka imej VMWare anda. Sekarang kita akan wujudkan partition untuk hard disk kedua. Klik Start -> My Computer. Klik kanan. Satu menu akan keluar, pilih ‘Manage’:

manage

10. Window Computer Management akan keluar. Pilih Disk Management di bahagian kiri, perhatikan hard disk kedua anda ditulis ‘Not Initiliaze’ dan ‘Not Allocated’:



11.
Klik kanan pada ruangan Disk 1 seperti dalam gambar, dan pilih ‘Initialize Disk’:

12. Tandakan Disk 1, dan klik OK.

13. Klik kanan pada Unallocated Disk Space. Pilih ‘New Partition’:

14. Pilih Primary Partition dan klik Next:

15. Letakkan saiz yang anda mahu. Disarankan letak sahaja nilai maksimum yang anda tentukan sebelum ini. Klik Next:

16. Tentukan Drive Letter untuk Hard Disk tersebut. Disarankan biarkan sahaja tanpa diubah drive yang tercetak:

17. Nyatakan Jenis Sistem untuk diformat, nama dan sebagainya:

18. Klik Finish.

19. Jeng3.. Lihat hard disk anda telah berjaya dicipta. Sekian, terima kasih.

Oh ya sebelum terlupa. Dekan menggunakan VMWare Workstation untuk tutorial ini. Tidak tahu pula sama ada anda boleh melakukannya dengan VMware Player ataupun perisian VM yang lain.

Sekian, terima kasih.

Salam semua,

Beberapa hari ini Dekan mendapat trafik dari blog-blog komputer dalam bahasa melayu yang lain. Rupa-rupanya mereka ada membuat entri berkenaan kami semua. Amat bagus sekali untuk rujukan pembaca sekalian untuk turut sama ke blog-blog tersebut. Sebelum ini terdapat juga blog-blog yang Dekan sudah senaraikan. Kini kembali dengan senarai yang baru. Tanpa segan silu, Dekan menciplak entri tersebut daripada laman web killvearn.

1. Amanz

www.amanz.my

2. Anjung PC

anjungpc.com

3. Azumass

azumass.com

4. Budak Komputer

budakkomputer.co.cc

5. Buletin PC

buletinpc.com

6. Cekap Komputer

cekapkomputer.blogspot.com

7. Dilarang Melarang

dilarangmelarang.com

8. Info Malaya

infomalaya.com

9. Jom PHP

jomphp.com

10. Kedai Gambarku

kedaigambarku.co.cc

11. Kill-Vearn

killvearn.com

12. Melayu Buntu

melayubuntu.blogspot.com

13. My Windows XP

mywindowsxp.info

14. Sembang Komputer

sembangkomputer.com

15. Sifoo

sifoo.com

16. Waidakmy

waidakmy.com

Sebaiknya anda melanggan kesemua RSS yang terdapat dalam blog tersebut untuk informasi komputer secara maksimum. Hehe.. Sekian sahaja..

Sajer-sajer.. LAlala

Nilai Blog Saya~


My blog is worth RM57593.28.

How much is your blog worth?

Listed In



Masukkan email anda:

untuk artikel percuma di sini. Sila periksa email untuk pengesahan.

Subscribe AddThis Feed Button Add to Google Reader or Homepage

Komen2 Terbaru


Status Counter



Malaysian Shout