Assalamualaikum w.b.t.,

Sudah sebulan lamanya Dekan melanggan Unifi. Kononnya mahu up-to-date dengan teknologi. Ternyata ianya laju dan tiada buffer selain kurang menghampakan dari segi bandwidth kerana masih tiada capped bandwidth buat masa sekarang.

Sementara ini, Dekan terfikir apakah yang boleh dilakukan dengan Unifi ini, kononnya boleh menjadi rujukan dan jelesan buat pengguna yang belum mempunyai UniFi. :p

Antaranya ialah:

1. Tengok tv tanpa buffer pada waktu hujan
Ya, dengan Unifi dilengkapi dengan talian TV di rumah dengan channel biasa dan tambahan, anda boleh menonton TV tanpa gangguan terutama pada waktu hujan renyai-renyai, kecuali jika terdapat gangguan talian. Walaupun begitu, siapa yang berani mononton pada waktu hujan kilat? TV akan ditutup seperti biasa sama seperti Astro. :p

2. Telefon puas-puas rumah ke rumah
Unifi dilengkapi dengan unit telefon dan talian telefon ini sudah termasuk dengan bil Telekom anda iaitu RM149 untuk pakej paling basic. Maka, lepaslah rindu ibu bapa anda dengan panggilan ke rumah yang percuma setiap hari sepanjang masa. Cuma panggilan dari rumah ke rumah sahaja percuma. Ke talian telefon mudah alih akan dicas mengikut kadar yang ditetapkan.

3. Pencarian maklumat berkesan – layari internet dengan laju
Anda boleh menggunakan internet dengan smooth untuk carian maklumat daripada Google, Yahoo, Bing dan Dogpile misalnya. Selain itu, jika anda browse laman web yang dihostkan di talian yang limited, anda sekurang-kurangnya masih boleh load page tersebut berbanding jika internet slow. Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan online tanpa risau akan talian putus lagi seperti sebelum ini.

4. Tengok movie puas-puas
Laman web seperti Youtube yang menyajikan video yang boleh ditonton oleh anda tanpa buffer dengan Unifi. Selain itu terdapat laman web online yang lain yang boleh anda stream video tersebut tanpa buffer. Cerita Melayu misalnya boleh ditonton daripada laman web tonton.com.my dan cerita Korea dari laman web maaduu.com. Anda juga boleh mencuba perisian TV seperti Readon TV dan sebagainya untuk channel-channel TV luar negara. Jika ada cadangan laman web legal lagi, sila tambah di ruangan komen.

5. Muat turun update dan perisian
Dengan penggunaan tanpa had bandwidth, anda boleh muat turun content daripada laman web tanpa masalah. Antaranya laman web seperti update antivirus, update perisian seperti Chrome, Firefox dan lain-lain lagi, muat turun perisian percuma seperti dari filehippo.com, download.com, dan lain-lain lagi.

6. Muat turun movie
Wah, inilah yang terbaik yang menjadikan UniFi pilihan sesetengah pelanggan. Muat turun daripada laman web seperti 4shared.com, rapidshare.com sudah tidak asing lagi. Namun Dekan tidak menyokong cetak rompak. Maka, kandungan yang dimuat turun daripada laman web seperti TeamAryzs, penggunaan carian keyword Google “intitle:’Index Of’ brrip 720p” dan lain-lain lagi perlu dielakkan. :p Bagi Anime Jepun pula, anda boleh memuat turun daripada animestash.info yang penuh dengan link.

7. Main permainan online dengan lebih mantap
Tanpa perlu ke CyberCafe lagi, anda boleh bermain permainan World of Warcraft, Risk Your Life, Ragnarok Online, MapleStory dan lain-lain
MMORPG lagi di rumah anda. Lepas ini tak keluar rumah la pulak. Dan isteri anda akan boring duduk di rumah jika anda kaki gamers ini.

8. Aplikasi online boleh di’awan’kan
Jika anda menggunakan linux, anda boleh mendapat update dan juga serve kandungan dan sync dengan lebih cepat. Dengan teknologi awan (cloud), sebarang aplikasi boleh diserve ke internet untuk digunapakai.

Terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan yang tidak sempat Dekan fikirkan. Mungkin pembaca boleh membantu menambah.

Selamat melayari internet.

  • 4 Comments
  • Filed under: Zon Maklumat
  • Sumber MP3 di internet

    Assalamualaikum dan selamat malam,

    Mencari tempat memuat turun mp3? **Cubalah di sini:



    Lagu ‘Negaraku’ pun ada. Cepat, sementara stok masih ada. 🙂
    * Baca dahulu nasihat daripada Dekan

    Sumber mp3 yang lepas

    Jika dahulu, sumber mp3 boleh di cari di Google Search, mp3000.net, multiply.com, emp3world.com, lagubaru.net dan juga di website blogspot yang lain seperti muaturun, dan lain-lain lagi. Boleh juga dicari di rapidshare menggunakan enjin cariannya. Tetapi sekarang banyak laman web yang mengedarkan MP3 terpaksa ditutup. Maklumlah, sebabnya mengedarkan bahan copyright tanpa lesen. Tambahan pula jika kandungan tersebut di host di website sendiri.

    mp3_dekan.JPG

    Oklah, berkenaan dengan copyright item, cuba fikirkan format mp3 ini sahaja mudah di’convert’ dari windows media player, mempunyai saiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana, dan amat mudah untuk diedarkan di internet. Ia menyukarkan pemilik hakmilik musik tersebut untuk mengenakan bayaran royalti, jika bahan tersebut dalam format mp3. [via Law of The Internet]

    MP3 itu sendiri adalah sah selagi anda tidak melakukan trading atau pertukaran dengan rakan anda tanpa izin daripada pemilik hakcipta – definisi dari Bresso.

    Antara artikel menarik yang boleh dibaca:
    MP3 yang sah
    Pelajar dikenakan tindakan berhubung pengedaran MP3
    UK akan ‘ban’ perkongsian fail secara haram (illegal) pada 2009

    * Nasihat daripada DeKaN, sokonglah industri muzik Malaysia dan dunia. Belilah yang Original.

    ** Disclaimer: Mp3 tersebut tidak dihost di mywindowsxp. Jika anda memuat turun, delete dalam masa 24 jam. Lame excuse but this all I can say. 🙂

    Sekian, terima kasih.

  • 22 Comments
  • Filed under: Muat Turun, Sumber
  • Rapidshare, syurga fail internet

    Salam sejahtera pembaca,

    Anda mahu muat turun sesuatu, tetapi tidak tahu alamatnya? Salah sebuah tempat storan online yang terbesar di dunia, Rapidshare adalah syurga muat turun untuk semua perisian, muzik mp3, movie, dan lain-lain lagi di internet. Mungkin cara berikut biasa anda praktikkan semasa mencari ‘item download’ anda itu – dengan menambah parameter: “site:rapidshare.com“.

    Contohnya begini: Katakan anda mahu mencari ebook bertajuk seperti “computer“. Masukkan perkataan anda begini: “Computer ebook site:rapidshare.com“.

    Selain cara di atas, terdapat satu lagi cara yang mudah – menggunakan enjin carian rapidshare. Beberapa senarai enjin carian terdapat di sizlopedia dan gHacks tetapi sebahagian daripadanya sudah rosak.

    Berikut ialah senarai 24 enjin carian rapidshare yang anda boleh gunakan untuk mencari item anda:

    1. rapidshare-search-engine

    2. rapidlibrary

    3. filez

    4. filecrop

    5. rapid.tvphp

    6. 4megaupload

    7. filescoop

    8. rapidshare1

    9. rapidshare-searcher

    10. searchrapidshare.info

    11. rapidfox

    12. hellafiles

    13. filesearch.gr/

    14. oplahol.

    15. rsfind

    16. rapidrat

    17. searchshared

    18. shareminer

    19. filesbot

    20. rapidosearch

    21. oneclickfiles

    22. rapidsharelink

    23. megadownload

    24. avun

    Cara menggunakan Google amat baik, tetapi kadangkala ada fail yang akan terindeks jauh dalam GoogleSearch. Adalah lebih baik jika anda menggunakan enjin carian khas seperti di atas.

    Selamat men’download’. 🙂

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In