Salam pembaca sekalian,

Setelah saban hari bekerja dengan sekuriti di internet (walaupun website sendiri tak secure, lolz), baru-baru ini membuatkan Dekan terfikir sebentar tentang sekuriti fizikal atau zahir yang berlaku di sekeliling kita. Baru-baru ini banyak pula kes-kes yang berlaku akibat kecuaian ‘fizikal sekuriti’ antara rakan-rakan Dekan. Mungkin sedikit sebanyak kisah berikut akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam kehidupan harian anda.

Laptop dicuri ketika diletakkan di dalam kereta

Al-kisahnya rakan Dekan dan teman wanitanya pergi ke Giant Kelana Jaya untuk membeli barang pada suatu malam. Laptop mereka berdua (ada dua laptop) diletakkan di dalam kereta. Di bawah, tempat duduk belakang dan agak tersorok. Meninggalkan kereta dalam lingkungan 30 minit, meninggalkan kesan keterkejutan yang amat kerana cermin tempat duduk belakang telah dipecahkan dan laptop mereka telah tiada. Lihat gambar di bawah.

Untuk lebih cerita dan gambar anda boleh rujuk ke website beliau.

Rumah dipecah masuk ketika tidur

Ada seorang rakan Dekan ini duduk di sebuah apartmen mewah di Seksyen 14 Petaling Jaya. Tinggal seorang diri. Suatu malam, beliau sedang tidur, apartmennya dicerobohi. Laptop dan telefon bimbit hilang keesokannya. Tiada kesan sebarang pencerobohan. Tingkap tutup. Pintu kunci. Semua barang tersusun kemas lagi. Pelik bukan. Satu teori. Pencuri tersebut mempunyai kunci masuk ke apartmen tersebut kerana penyewa sebelum ini pernah kehilangan kunci pintu. Oleh itu, pasanglah kunci mangga sebagai langkah keselamatan jika anda menyewa di mana-mana.

Dipukul ketika sedang berjalan seorang diri

Seorang rakan yang lain pula, entah kenapa beliau agak bosan di rumah, keluar berjalan-jalan di sekitar. Mungkin beliau ini tidak tahu bahaya di KL tatkala malam (mungkin juga kerana beliau bukan orang sini) beliau bergerak ke arah KL Sentral. (Oh ya, beliau tinggal di apartmen berdekatan.) Semasa berdiri di Stesen Monorail untuk melintas jalan, tidak semena-mena, beliau dipukul dari belakang. Terkejut, beliau cuba mempertahankan diri. Kemudian sekejap saja datang pula serangan dari arah lain. Rupanya rakan makhluk tersebut. Datang menaiki motor, mereka cuba mengepau beliau. Disebabkan terkejut dicampur dengan takut dan dicampur juga dengan ketidakfahaman bahasa sini, (mungkin penyerang orang Melayu), Alhamdulillah, beliau sempat melarikan diri. Akan tetapi mereka sebelum itu berjaya jugalah memukul beliau dan merampas wallet dan telefonnya. Oleh itu, janganlah merayau di KL tatkala di tengah malam.

Oleh itu, pesanan penaja (Dekan) kali ini, agar anda sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian. :) Sekian.

P/S: Baru-baru ini Dekan ter’browse’ satu blog yang mempunyai gambar-gambar tentang kehidupan sebenar. Terinsaf juga membacanya.

Salam semua,

Steal This Computer Book 4.0. Itulah tajuk buku yang Dekan sempat baca semasa sedang sibuk sekarang. Sedikit sebanyak kandungannya berkisar tentang sekuriti komputer dan ia akan memberi sedikit sebanyak idea tentang apa itu jenayah komputer, cara penipuan berlaku dan sebagainya. Amat bagus untuk orang yang tidak pandai teknikal macam Dekan ini. :p

Mana pergi Dekan? Sibuk ‘melancong’ dalam negeri. Haha. Baiklah. Antara gambar yang menarik untuk dikongsi:

- Banjir di UM (Rakan UM mengatakan tidak pernah melihat banjir sebegini sebelum ini)

- Pagi di Putrajaya - Lepakings di jambatan apa tah kat Putrajaya tu. Ni kali ke dua pergi.

- PC Fair KLCC - Pergh.. Ramai betul ‘rakyat Malaysia’. Plus amoi2 seksi.. :p

- Malam di KLCC - ni kat tengah2 Suria kot (ke bukan)

- Tepat2 bawah KLCC

- Rak buku yang bersepah


- Dalam Komuter - Destinasi ~ Seremban

- Wayang di Terminal 1 Seremban - Tempat di mana saya dan rakan terkejut disangkakan tiket sudah habis kerana tiada orang beratur, tetapi tiket sebenarnya masih ‘hijau’.

- Makan malam di Malee, Kajang. (Sebelah Mee Bandung d’Muar tuh). Makanan sedap boleh tahan. Tom Yam, Kailan Ikan Masin, Ikan Bawal, 4 Nasi, 3 Air (lupa air apa) = RM38.00. (Thank you ‘Miri’ aka Petronasian sebab belanja.) :P


- And the special is ~ Scoreboard Boling Dekan.


Dan sebagainya.. Baiklah, jangan lupa membaca doa awal dan akhir tahun 1430 Hijrah sebentar lagi. Salam. :)

Maaf Zahir dan Batin..

Salam pembaca sekalian,

Pagi tadi Dekan mancari lagu raya untuk di muat turun tetapi agak malas pula kerana terlalu banyak. Maka Dengan mendengar secara online dari sebuah website di Koleksi Lagu Raya - Shuz. Kalau ada laman seumpamanya, sila beritahu ya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca yang budiman sekalian.

0 - 0 ek. Ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah dan terkasar, jika ada salah faham, jika ada persoalan yang belum terjawab, jika ada yang belum di’link’kan. Hehe. Terima kasih atas kad-kad raya daripada para bloggers yang turut memblog kad raya untuk Dekan kali ini. :)

Sekian sahaja, doakan perjalanan hamba selamat ke rumah. Dekan akan drive dari KL ke Ipoh tengah malam nanti.

Assalamualaikum… :)

  • 3 Comments
  • Filed under: Peristiwa
  • Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In