11 Mar

Selepas saya beli hosting, saya terperasan satu benda menarik di CPanel hosting saya. Pada bahagian ‘Softwares/Services’ terdapat satu applikasi yang dinamakan Fantastico De Luxe. Fantastico ini ialah perisian laman web untuk menginstal perisian pakej Open Source bagi membuat sesuatu website.
Rupanya senang sahaja membina laman web ini, kata hati saya. Almaklumlah, saya ini masih baru di dunia internet (tapi 5 bulan dah ni.. hehe). Baru terasa terbuka sedikit tentang selok belok pembinaan laman web. Website seperti portal jiwang.org, blog mywindowsxp.info, forum putera.com/tanya, malah elearning.utm.my pun boleh dibina dengan hanya beberapa klik sahaja.
Antara yang terkandung dalam Fantastico ini ialah:
Papan Diskusi (Discussion Board):
phpBB - forum atau papan mesej yang popular (contoh)
SMF - satu lagi pilihan untuk forum atau papan buletin.
Portal/CMS: - penyelesaian portal yang hebat, banyak modul dan add-on.
PHP-Nuke
Post-Nuke
PHP Website
XOOPs
Joomla!
1 Jan
Pembaca sekalian,
Selepas anda memformat OS, apakah perisian yang anda akan install? Rata-rata mesti memasukkan perisian asas seperti entri saya sebelum ini. Akan tetapi pernahkah anda terfikir untuk menggunakan perisian sumber terbuka?
Apa itu perisian sumber terbuka?
Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja. Takrifan perisian terbuka terdapat di sini.
Berikut ialah Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software atau OSS) yang setara dengan Microsoft yang anda pakai sekarang. Jika anda pengguna Ubuntu atau Linux mungkin anda lebih mengetahui dari saya. Penulis buku The Practical Manager’s Guide to Open Source, Maria Winslow ada menjelaskan tentang 7 kelebihan penggunaan perisian sumber terbuka ini.
Hanya klik untuk muat turun:
No Perisian Berlesen Perisian Sumber Terbuka (saiz) 1. Microsoft Office Open Office (120 MB) 2. Internet Explorer Mozilla Firefox (5.7 MB) 3. Borland C++ Bloodshed Dev-C++ (9 MB)
4. Instant Messenger
Gaim @ Pidgin (10.8 MB)
5. Adobe Reader PDFCreator (15 MB)
6. Winzip/Winrar 7 Zip (840 kB)
7. Wordpad Abiword (5.16 MB)
8. Adobe Photoshop GIMP (14.5 MB) 9. [Terdapat banyak tambahan yang tidak dapat saya fikirkan sampai ketika ini. Sila komen untuk beritahu saya. Saya akan update nanti.] Install seperti biasa selepas memuat turun. Selamat menggunakan perisian sumber terbuka tersebut.
Sajer-sajer.. LAlala