24 Feb
Salam semua,
Sebagai pengguna Yahoo yang tegar pada waktu dahulu, hampir semua storan di Yahoo telah Dekan kerjakan. Biasalah bila budak baru belajar, teringat waktu tahun 2000 dahulu tatkala Dekan pertama kali membuat email. Masa tu di sebuah Cyber Cafe (CC) di Kangar, Perlis. Lepas daftar, hendak Compose email pula tidak tahu. Dengan muka tebal, bertanya abg CC itu, dan sambil tersenyum sinis beliau menerangkannya.
Waktu itu, Yahoo Mail cuma menyediakan storan 10 MB sahaja. Bayangkanlah sekarang sudah Tanpa Had, menunjukkan satu keperluan mempunyai email pada masa kini. Tertarik dengan ruang storan di internet (yang mana fail diletakkan online dan boleh diambil bila-bila) pada waktu itu, Dekan menggunakan beberapa kelebihan percuma Yahoo.
Antaranya ialah seperti Yahoo Photos (sekarang di Flickr) = 10MB, Yahoo Geocities (wujud lagi) = 15MB dan juga Yahoo Briefcase = 30MB. Pagi ini Dekan menerima satu email daripada pihak Yahoo yang akan menutup terus Yahoo Briefcase pada 30 March 2009 ini.
Jadi kepada semua pengguna yang menggunakan Yahoo Briefcase (Yahoo Briefcase ini merupakan satu storan di internet sama seperti Yahoo Geocities), backuplah fail-fail anda ke komputer sekarang. Nampaknya Yahoo tidak menyediakan perkhidmatan storan alternatif seperti sebelum ini untuk Flickr. Mungkin juga disebabkan tidak ramai yang mengetahui wujudnya Yahoo Briefcase sekali dengan akaun Yahoo anda ini.
Sekian coretan ku..
20 Sep
Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca blog mywindowsxp, Dekan ada satu tawaran menarik. Atas kesetiaan anda semua, Dekan akan memberi 3 tiket kepada anda. Tetapi bukan tiket wayang. Ia adalah tiket bas. Agak pelik bukan? Tetapi percayalah.

Baru-baru ini Dekan cuma mendapat 3 tiket bas percuma. Ianya berkaitan dengan entri Dekan tentang pembelian tiket online yang lepas. Siapa-cepat-dia-dapat basis ya. Ok, cuma jawab 3 soalan Dekan, dan Dekan akan menghantar tiket tersebut kepada anda.
Soalannya berbunyi begini:
1. Tempat menarik dalam Malaysia yang manakah yang ingin anda lawat?
2. Apakah juadah berbuka puasa anda tadi?
3. Apakah blog anda? Jika tiada, blog apakah yang paling anda selalu kunjungi selain mywindowsxp? (Cheewah.. bajet mywindowsxp popular.)
Jawab soalan di atas, dan Dekan akan email untuk bertanya lokasi pilihan anda. Cuma satu tiket sehala untuk satu orang sahaja, Ok. Siapa cepat, dia dapat. (Untuk tiket raya, mungkin sudah habis, tetapi jika boleh, pilih selain raya.)
Penjelasan:
Tawaran adalah terhad. Kesnya begini, baru-baru ini terdapat sekuriti vulnerability pada laman web Konsortium, tetapi salah seorang pembaca telah email Dekan tentang perkara tersebut. Dekan pun inform pihak Konsortium, dan sebagai tanda terima kasih, mereka telah memberi 3 tiket percuma kepada Dekan. Dan Dekan membukanya sekarang kepada pembaca semua.
Sekian, terima kasih.
15 Sep
Salam pembaca semua,

Sapa nak tiket bas percuma untuk balik raya angkat tangan? Hehe. Ops sebenarnya, sapa nak tengok tiket bas secara percuma untuk balik raya? Biasalah, time raya-raya ni tiket bas cepat habis. So, untuk plankan perjalanan anda, anda boleh menyemak secara online.
Beberapa website yang menyediakan semakan atau pembelian tiket bas online:
1. Konsortium Bas Ekspress
2. Plusliner
3. MaraLiner
4. *Keretapi Tanah Melayu - opsyen lain selain bas.
Dari website ini, anda boleh menyemak tiket yang belum di beli dan anda juga boleh membelinya secara online. Amat mudah bukan dengan menggunakan teknologi pada masa kini.
Jika anda pembuat sistem online ini, anda mestilah memastikan sistem anda selamat (secured) sepanjang masa dan sepenuhnya.
Sekian, harap maklum.
P/S: Recently, one of the readers notify me about unsecured online ticketing. I did inform them about their system registration form that is not secured enough, but they seems to ignore my warning. I hope they will fix it soon. Or should I post something ‘more interesting’ about it here?
Sajer-sajer.. LAlala