17 Jul
Salam semua,
Sebenarnya sudah lama Dekan tak maintain forum mywindowsxp ini. Dulu buat kononnya untuk ahli-ahli bertanya masalh komputer dan sebagainya. Tapi disebabkan Dekan tidak pro-aktif untuk mempromosikannya dan disebabkan masa tidak mengizinkan, maka ia tidak dijaga dengan betul. Hasilnya…

Forum Mywindowsxp
… ia telah menjadi tempat mempromosikan sesuatu yang tidak sepatutnya (bahan menaikkan nafsu). Haha. Maka Dekan pun dengan segera mengunci folder forum tersebut di control panel supaya penyiasatan dengan lebih lanjut boleh dilakukan.
Kepada seseorang yang pernah bertanya tentang forum ini dan ingin menjadi admin (alamak, ampun, lupa nama..) nanti kita akan bincang hal ini dengan lebih lanjut. Mungkin kita akan kasi satu domain lain untuk anda.
Walau bagaimanapun, ingin Dekan nasihatkan di sini, jika anda mempunyai hosting sendiri, lakukan sedikit Google Search ke laman web anda supaya perkara-perkara ini boleh dijumpai. Contoh keyword yang boleh anda pakai ialah dengan menambah “site:” semasa melakukan pencarian.
“site:laman-web-anda”.
Contoh:”site:mywindowsxp.info” (Tanpa dan dengan pembuka-penutup kata, gunakan kedua-duanya.)
Sekian sahaja untuk pembaca sekalian. Be Good!
3 Jul
Salam semua,
Seingat saya 2 minggu sebelum ini saya menerima satu email dari sebuah syarikat menyatakan mywindowsxp.com akan down pada tarikh-tarikh tertentu (yang saya lupa) dalam masa terdekat.
Berbekalkan rasa ingin tahu yang menebal saya pun menge’check’ di Who.is. Jeng3. Yup, ia akan down pada tarikh tersebut. Maka syarikat itu promote untuk mendaftarkan bagi pihak saya. Hehe. Malangnya saya kurang berminat mahupun fulus pada waktu itu.
Jadi sesiapa yang mahu membeli mywindowsxp.com boleh berbuat sekarang kerana saya tidak akan membelinya. Harap-harap boleh bertahan dengan munculnya saingan Windows Vista pada masa kini.
Sekian.
P/S: Sapa beli beritahu ya. Boleh exchange link. Haha.
12 Jan
PR itu bermaksud Page Rank. Dalam dunia internet ini, berdasarkan algoritma tertentu yang dikira oleh Google sendiri, Page Rank yang tinggi akan mudah dijumpai jika di’search’ di Google. Page Rank mempunyai ranking 1 hingga 10, oleh itu laman web saya itu adalah 6/10 sahaja. Mungkin betul, mungkin salah juga tafsiran sebegitu, tetapi itu cara mudah yang saya fahamlah.
Sesiapa yang mahu melihat Page Rank blog atau laman web anda boleh dihat di website Page Rank checker ini.
Tahniah kepada Cypherhackz.net juga berjaya mendapat PR3 kembali pada masa sekarang. Semoga meningkat kepada tahap tertinggi semula nanti.
Sajer-sajer.. LAlala