Update/Muat turun Mozilla Firefox 3.6.2 untuk mengelakkan pelayar Firefox 3.6 anda dieksploitasi:

http://www.mozilla.com/en-US/firefox/3.6.2/releasenotes/

  • 4 Comments
  • Filed under: Sekuriti
  • Tukar default password TMNET anda

    Selamat petang semua,

    Beberapa minggu lepas, Dekan menghadapi masalah dengan streamyx yang tiba-tiba tidak boleh meng’connect’ atau meng’establish connection’. Ingatkan masalah modem kerana Access Point leh akses, cuma internet sahaja tidak boleh. Maka kami serumah pun tong-tong lah beli modem baru yang berwireless. Dalam RM200 lebih gak la. Rupa-rupanya masih tidak boleh meng’connect’ ke internet. Hm.. Terpaksalah guna kabel. Ops bukan kabel LAN. :p

    Dekan: “Assalamualaikum.. Allop, babeh(TM). Wat per tuh?” (Tu trademark, jangan tiru. Hahaha)

    Cik Broadband: “Waalaikummussalam.. Yup, xde wat per. Wassup?”

    Dekan: Ni nak tanya, kenapa ek xleh masuk tenet. Tolong checkkan akaun guer.. Setahu beta pembayaran ke TM adalah amat lancar. Tiada belok2 mahupun tersekat2 seperti connection ini.

    Cik Broadband: Apa username? Hm.. Oklah. Nanti hamba checkkan dan reset balik. Balik rumah kul brapa ni? Nanti malam karang kalo x boleh lagi mesejlah.

    Dekan: Username ____ (sila isi tempat kosong dengan username anda dan letakkan di bahagian komen, haha). Balik jap lagi. Orait, babeh. Tq very much.

    Cik Broadband: No problemo. Kalo ade ape2 lagi bgtau lah.

    Dekan: Ada. Satu lagi. Kenapa TMnet slalu slow??

    Cik Broadband: Erk.. Itu x siasat lagi. Nanti2lah ek.

    Dekan: Cis.. Wokeh.

    Malam tu akhirnya dapat juga masuk internet dengan akaun Dekan. Alhamdulillah.

    Dekan: Allop babeh. Tq, dah boleh masuk dah. Apa yang tak kena tuh?

    Cik Broadband: Haha.. Xda buat apa pun. Reset connection aje. Ade orang lain pakai kot akaun tuh.

    Dekan: Oh.. haha.. macam itu ka. Betullah kot. Password pun default tmnet123 tuh.

    Cik Broadband: Hah?? Tak ubah ke? Patutla.. Ubah la.. Ish2.. Patutla jadi camtu.

    Dekan: Okeh2. Nak ubahla ni.. Tapi sebelum2 ni ok je kalo pakai multiple akaun. (Opss.. :p) Betul ke sebab yang itu?

    Cik Broadband: Dah-dah jangan pakai dah. Mungkinla sebab itu jugak.

    Dekan: Okeh Thanks anyway. Nak dialertkan kat orang ramai tak? TMnet macam tak menegaskan untuk mengubah password saja.

    Cik Broadband: Haha. Ok jugak. Alertlah kepada orang ramai. Thanks. :)

    Jadi, jika anda masih menggunakan default password iaitu tmnet123 untuk TMnet punya akaun Streamyx itu, rajin-rajinkanlah tukar.

    (Ehem2.. sebenarnya gatal gak tangan nak test menggoogle neh.. Pastu check kat tmbil siapa punya akaun, berapa Meg dia beli. Tapi, tak jadilah… Saje je cakap.)

    Streamyx, ‘force’kanla user untuk tukar password. Haha..

  • 10 Comments
  • Filed under: Sekuriti
  • Salam pembaca semua,

    Sapa nak tiket bas percuma untuk balik raya angkat tangan? Hehe. Ops sebenarnya, sapa nak tengok tiket bas secara percuma untuk balik raya? Biasalah, time raya-raya ni tiket bas cepat habis. So, untuk plankan perjalanan anda, anda boleh menyemak secara online.

    Beberapa website yang menyediakan semakan atau pembelian tiket bas online:
    1. Konsortium Bas Ekspress
    2. Plusliner
    3. MaraLiner
    4. *Keretapi Tanah Melayu - opsyen lain selain bas.

    Dari website ini, anda boleh menyemak tiket yang belum di beli dan anda juga boleh membelinya secara online. Amat mudah bukan dengan menggunakan teknologi pada masa kini.

    Jika anda pembuat sistem online ini, anda mestilah memastikan sistem anda selamat (secured) sepanjang masa dan sepenuhnya.

    Sekian, harap maklum.

    P/S: Recently, one of the readers notify me about unsecured online ticketing. I did inform them about their system registration form that is not secured enough, but they seems to ignore my warning. I hope they will fix it soon. Or should I post something ‘more interesting’ about it here?

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In