1 Feb
Untuk mendapatkan senarai harga perkakasan PC bagi beberapa syarikat penjual tertentu, anda boleh ke laman web hardwarezone.com ini. Perlu diingatkan harga barang adalah berlainan bagi setiap tempat di Malaysia, dan harga di sini adalah sekadar panduan sahaja. Taukeh kedai di Ipoh akan berkata, “Tarak untung oo harga itu sama macam Johor..” Haha..
Berikut ialah link untuk senarai harga pada 1 Feb 2008:
All It HyperMarket Sdn Bhd
Prestige IT Base
PC ZONE Computer Trading (M) SDN BHD
Untuk senarai yang lebih banyak lagi, anda boleh dapatkan di sini. Sebarang transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia ya. :p
Selamat membeli belah.
20 Nov
Selamat tengah hari semua,
“.com.my” –> “.my”
Dari MYNIC, pendaftaran untuk website domain .my dibuka sekarang dari 9am 1 November 2007 hingga 5pm 31 Disember 2007.
Walau bagaimanapun, hanya pemegang domain “.com.my“, “.net.my” dan lain-lain sahaja yang dibenarkan menukar domain masing-masing kepada “.my“. Jika terdapat 2 nama yang sama untuk 3rd level domain, contohnya ‘mywindowsxp.com.my‘ dan ‘mywindowsxp.net.my‘, priority akan diberikan kepada domain yang mendaftar lebih awal semasa pendaftaran pertama itu. [Via Mynic]
Jika anda teringin mempunyai domain untuk syarikat anda sama ada .com.my atau .net.my dan lain-lain, anda boleh membuat demikian dengan merujuk ke website mynic sendiri untuk cara -cara, dokumen dan sebagainya.
Jika anda ingin mendaftar untuk domain .com, .net, .info, terdapat banyak webhosting di internet menawarkan perkhidmatan tersebut. Anda juga boleh mencuba di Namsahaz Webhosting. Harga sebanyak RM40 untuk domain .com, .net, .info, .biz, dan RM100 untuk .com.my, serta RM120 untuk .my. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank2u, CIMBClick, Bank Islam, Public Bank dan juga PayPal.
Sekian pengumuman, harap maklum.
Sajer-sajer.. LAlala