7 Aug
Assalamualaikum pembaca semua,
Teknologi Tanpa Wayar atau Wireless boleh didapati di mana-mana sahaja di Malaysia ini. Sama ada di pejabat, di cafe-cafe, di ruang legar bangunan shopping complex, dan juga di persekitaran rumah. Tahukah anda tentang enkripsi WEP dan WPA untuk poin akses?
Mungkin ada di antara anda pernah menggunakan laptop di tempat awam. Walau bagaimanapun terdapat signal wireless di ‘access point’ (AP) yang tidak membenarkan anda memasuki network atau menggunakan internet daripadanya. Inilah yang dinamakan enkripsi data, sama ada tempat tersebut menggunakan wired equivalent privacy (WEP) mahupun wifi protected access (WPA), kedua-duanya akan melindungi akses poin tersebut diakses daripada orang yang tidak dikehendaki.
Yang atas tu guna WPA, yang bawah die tu guna WEP
Jadi yang mana lebih baik? Semestinya WPA lebih baik daripada WEP. Kerana apa Dekan? Kerana enkripsi daripada WEP cuma menggunakan 64 ke 128 bit sahaja manakala WPA menggunakan sehingga 128 ke 256 bit enkripsi. Masa untuk memecahkan kombinasi WEP adalah lebih rendah daripada masa untuk memecahkan kekunci WPA.
![]()
Oleh itu, jika anda tidak mahu jiran anda menggunakan internet wireless anda secara percuma, letakkanlah password di akses point anda. Konfigurasinya terdapat di browser anda bergantung kepada address yang anda assign di modem. Cuma perlu taip alamat gateway dan masukkan nama dan password rahsia anda untuk konfigurasikan AP anda.
Ingat. Keselamatan adalah penting. Walau bagaimanapun, jika anda baik hati hendak berkongsi dengan jiran apa salahnya.
Tapi dinasihatkan beritahu password kepada jiran dan tetap letakkan enkripsi kepada wireless tersebut. Anda tentu tidak mahu ‘jiran’ gelap anda yang lain mengganggu trafik anda pula.
Okies, harap anda semua jelas tentang keselamatan digital anda.
P/S: Mungkin sesuatu di sini akan lebih menjelaskan kenapa anda perlu meletakkan enkripsi WPA berbanding WEP. :p
29 Jul
Salam pembacaku yang setia sekalian,
Minggu lepas Dekan sempat menghadiri satu kursus menarik iaitu Pengujian Pencerobohan aka Godaman Beretika berkenaan internet, komputer dan elektronik sekuriti. Dalam kursus tersebut juga di ajar bagaimana cara penggodam berfikir, dan lain-lain lagi. Opss, top secret. :p

Image taken from yoak.com
Satu benda menarik yang ingin dikongsi bersama ialah cara menggodam tanpa menggunakan sebarang peralatan elektronik. Jeng3. Amat menarik sekali. Link berikut ialah video presentation daripada seorang penggodam yang menggodam dengan cara Sherlock Holmes. Haha. There goes Johnny dengan lawaknya yang tidak kering gusi.
Link: No-Tech Hacking Video by Johnny Long
Ada banyak cara untuk mengumpul maklumat berbanding cara elektronik.
Enjoy!
P/S: If you see this blog (yang x kemas ini), what would you conclude from your-’Sherlock Holmes’-self? :p
25 Jun
Kesinambungan dengan entri tentang tools yang digunakan untuk menembus sekuriti (wah, mampu kah?), terserempak dengan salah satu website Cybersecurity Malaysia,- esecurity - Towards Building A Security Culture.

Kempen kesedaran sekuriti untuk rakyat Malaysia. Ada muat turun dan juga video yang menarik sekali. Comella Red tuh. Hihi..
Terbahagi kepada 3 bahagian, Kids, Parents dan Organization.
Artikel yang mudah menerangkan apa itu spam, apa itu penipuan internet, tip-tip untuk mengelakkan penipuan dalam jual beli internet dan lain-lain lagi.
Just layari dengan slow and steady - very much information. ![]()
Sajer-sajer.. LAlala