Assalamualaikum w.b.t.,

Bersambung semula post sebelum ini di mana Dekan menerangkan berkenaan cara setting email domain sendiri dan menggunakannya bersama dengan email Yahoo!Mail anda, berikut pula ialah cara untuk setting penghantaran email domain sendiri di Google Mail atau GMail pula. Cara ini memudahkan anda untuk tidak perlu membuka email domain-domain tersebut bagi menghantar email, cuma perlukan satu email sahaja iaitu GMail.

Ikuti langkah demi langkah yang mudah berikut:

1. Login ke akaun Gmail anda di http://mail.google.com

2. Klik pada ikon ‘Setting’. Ikon ni bentuk seperti gear tu. Kemudian klik ‘Settings’ seperti dalam gambarajah di bawah.

3. Klik pada tab ‘Accounts and Import’, dan pada row ‘Send mail as’, klik ‘Add another email address you own’.

4. Satu popup akan muncul. Masukkan nama anda dan email domain anda yang akan anda gunakan untuk menghantar melalui Gmail ini. Kemudian, klik ‘Next Step’.

5. Pilih opsyen sama ada untuk menggunakan SMTP Gmail atau server anda sendiri. Dekan cadangkan gunakan server GMail sahaja. Tandakan ‘Send through Gmail (easier to set up)’ dan klik ‘Next Step’.

6. Kemudian, klik ‘Send Verification’. Satu email akan dihantar kepada email domain anda untuk disahkan.

7. Buka email di domain anda dan baca email daripada Google. Kemudian, ada mempunyai dua opsyen.
i. Klik pada link yang diberikan Atau
ii. Masukkan kod seperti dalam email ke dalam popup tadi

8. Jika anda memilih untuk memasukkan kod, masukkannya ke dalam popup tadi, dan klik ‘Verify’.

9. Anda akan dibawa ke tab yang asal. Perhatikan email domain anda telah diwujudkan. Pastikan anda menanda ‘Reply from the same address the message was sent to’ sebelum klik ‘Save Setting’.

10. Akhir sekali, cuba anda ‘Compose’ email anda. Akan wujud satu opsyen From. Dan anda boleh pilih sama ada email GMail anda, mahupun email daripada domain lain anda.

Selamat Mencuba. 😉

  • 1 Comment
  • Filed under: Email
  • Assalamualaikum,

    Kelakar pula apabila Dekan menggunakan khidmat terjemahan Google untuk laman web mywindowsxp ke versi Bahasa Inggeris. Kepada para pembaca semua, jika anda melayari sesuatu laman web yang menggunakan bahasa asing, anda boleh membacanya dalam Inggeris atau Indonesia.

    Mungkin ramai yang sudah tahu tentang perkara ini, sebelum ini Google ada menyediakan khidmat penterjemahan perkataan dalam bahasa yang disokongnya. Selain itu, ia juga turut menyediakan penterjemahan laman web sekaligus. Berikut ialah cara yang boleh dilakukan untuk melihat mywindowsxp dalam versi Inggeris.

    1. Pergi ke laman web Google Translate iaitu: http://translate.google.com.

    2. Masukkan url laman web yang ingin diterjemah. Dalam contoh ini, laman web ini digunakan.

    3. Pilih bahasa untuk diterjemah dan bahasa terjemahan.

    3.1 Jika Dekan memilih untuk ‘Detect Language’ ke ‘English’, ralat ini akan keluar:

    3.2 Oleh itu, Dekan memilih “Indonesian” dan menterjemahkan ke English. Dan Hasilnya ialah seperti berikut:

    Amacam? Boleh tak?

    Anda juga boleh membaca surat khabar Bahasa Cina secara online dengan cara sebegitu. Tak percaya? Cuba baca Nanyang Siang Pau di sini!

    Selain Google, Yahoo juga menyediakan khidmat terjemahan oleh BabelFish.
    Sekian sahaja, selamat membaca. 🙂

    Assalamualaikum w.b.t.,


    Untuk pengetahuan anda, setiap kamera yang memakai alamat internet boleh dilihat dari mana-mana sahaja di komputer yang mempunyai internet. Kamera tersebut termasuklah CCTV, kamera trafik, kamera sekuriti dan lain-lain lagi. Sebarang sekuriti yang tidak ketat seperti ketiadaan password yang diletakkan untuk kamera tersebut membolehkan mana-mana pengguna internet mengakses kamera tersebut. Hal ini telah disedari ramai orang dan telah pun diulas dalam Fox.tv iaitu stesen TV terkenal di dunia. Namun begitu jalan penyelesaiannya masih ditahap kurang memuaskan. Cara yang terbaik dicadangkan hanyalah mengetatkan sekuriti dan meletakkan password pada IP webcam atau kamera tersebut. [Video ulasan fox TV].

    Oleh sebab itu, anda masih boleh melihat kamera-kamera internet tersebut secara live di internet. Jika bernasib baik, bukan sahaja lihat pemandangan melalui kamera, malah pengawalan kamera tersebut turut dapat anda lakukan.

    Ikuti cara berikut untuk mengujinya :

    Taip dan Search perkataan berikut pada enjin carian Google :

    Contoh :

    [ inurl: “ViewerFrame?Mode=” ]

    atau

    [ inurl:/view/index.shtml ]

    atau

    [ inurl:”MultiCameraFrame?Mode=” ]

    atau

    [ inurl:”axis-cgi/mjpg” ]

    atau

    [ intitle:”Live View / – AXIS” | inurl:view/view.shtml^ ]

    (tanpa [ ] ). Senarai IP network kamera akan terpapar dan klik mana-mana untuk mula melihat kamera tersebut.

    Sekian.

     

    Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In