8 Aug
Assalamualaikum,
Terima kasih kepada Amir, rakan serumah ku, untuk entri kali ini. Tahukah anda terdapat satu cara yang mudah untuk menyembunyikan folder yang anda kongsi daripada dilihat oleh orang di dalam network anda?
Katakan begini: Saya ingin berkongsi drive DVD Rom saya dengan rakan sebelah bilik. Pada masa yang sama, saya tidak mahu orang lain dalam network yang sama tahu tentang folder/drive yang dikongsi tadi. Berikut ialah cara untuk menyembunyikan folder tersebut:
Langkah 1: My Computer -> Tandakan drive atau folder, klik kanan -> Klik “Sharing and Security…”
Langkah 2: Pergi ke tab “Sharing”. Klik pada arahan “If you understand the risk but still want to share the root of the drive, click here.“

Langkah 3: Kemudian Tab tersebut akan berubah.
Langkah 4: Tandakan pada kotak “Share this folder on the network” di bahagian Network Sharing and Security.

Langkah 5: Kemudian letakkan nama folder. Jika anda cuma meletakkan nama folder seperti “cddekan”, ia akan visible di network. Inilah rahsianya: Anda cuma perlu menambah karakter “$” pada hujung nama folder anda tersebut, InsyaAllah rakan di network tidak akan nampak folder tersebut.
Langkah 6: Bagi rakan ‘kongsi’ itu pula, beritahu dia nama folder tersebut dan suruh dia taip sepenuhnya di address bar, contohnya “\\10.10.10.4\cddekan$” bagi kes saya ini. (10.10.10.4 itu adalah IP saya.)
Inilah hasilnya:

Sekian. ![]()
16 Nov
Selamat petang pembaca sekalian,Pernahkah anda perhatikan ikon-ikon di desktop anda penuh dengan tanda anak panah. Kadang-kadang ia tampak tidak kemas dan cantik pada desktop anda itu. Maka, pada hari ini saya akan ajar sedikit petua untuk menghilangkan arrow shortcut tersebut. Anda tidak perlu risau mempraktikkannya kerana ia tidak akan mengganggu sistem dalam komputer anda.
Berikut adalah cara untuk menghilangkan anak panah shortcut pada desktop anda:
1. Klik Start -> Run..
2. Taip “regedit” pada kotak Open.
3. Buka folder satu persatu mengikut aturan berikut :
My Computer\ HKEY_CLASSES_ROOT \ lnkfile ( lnkfile = LNKFILE)
4. Pada bahagian kanan anda akan nampak registry IsShortcut.
5. Klik kanan pada IsShortcut, dan pilih Delete. (Jangan risau, sistem anda tidak akan rosak.)
6. Keluar dari regedit dan restart komputer anda untuk keberkesanan sepenuhnya.
7. Lihat tanda anak panah ikon shortcut anda telah hilang.
Banyak lagi tip-tip akan menanti. Jumpa lagi..
Sajer-sajer.. LAlala