25 Mar

Salam semua,
Bagi blogger dan pembangun laman web, tentunya istilah feedburner tidak asing lagi bagi anda. Feedburner ialah feed rss bolehubah yang menyediakan pengurusan untuk feed sama ada berita ataupun blog. Dengan feedburner anda boleh mengesan semua post dan komen dalam blog ataupun berita yang terkini setiap masa.
Semestinya ada di antara anda pernah menggunakan Headline Animator di feedburner. Ia terdapat di Tab Publiclize -> Headline Animator. Adakah anda perasan di Headline Animator ini terdapat banyak pilihan untuk Feed anda? Contohnya seperti feed saya di bawah:
Berikut ialah 5 cara yang anda boleh gunakan untuk mengoptimumkan penggunaan Headline Animator ini:
Selepas anda mengaktifkan Headline Animator, anda boleh memanggil ia dengan kod HTML seperti ini :
Jika terdapat lebih daripada satu Headline Animator, imej yang kedua dan ketiga mempunyai kod seperti ini :
Jadi untuk menjadikan imej tersebut redirect ke blog anda, letakkan kod seperti ini :
Selamat mempromosikan blog.
6 Mar
Hi, this is only a testing post.
Currently i have transfered my blogspot.com blog to wordpress self hosted. A few things messed up. I have correct it one by one. And now i’m trying to get my feedburner back online. Thanks. ![]()
21 Jan
Antara kepentingan atau kelebihan feedcount chicklet ialah untuk menunjukkan kepada pembaca blog anda tentang bilangan pembaca yang telah melanggan artikel anda. Ia secara langsung menunjukkan artikel anda mendapat sambutan selain memberitahu betapa berbaloinya blog anda tersebut. Jika bilangan pembaca makin banyak, makin berbaloilah pembaca baru yang akan melanggan.
Cara mengubah angka feedcount chicklet
Sesiapapun (blogger) mahu feedcount mereka bertambah dari sehari ke sehari. Trik berikut adalah amat menarik tetapi agak kurang bermoral jika dilihat dari sudut yang positif. Anda boleh mengubah angka feedcount anda kepada ratusan atau ribuan. Bukan untuk menggalakkan anda, tetapi sekadar ilmu buat anda.
Pembaca di blog saya sekarang :
Tidak percaya bukan? Saya cuma meletakkan angka kecil di atas. Sebenarnya pembaca blog saya adalah 500 orang ke atas seperti yang saudara semua lihat. Masih tidak percaya? Oklah, tipu saja. Pembaca blog saya adalah seperti angka di atas. Semasa post ini dibuat, terdapat 52 pembaca email (15 mengesahkan) dan selebihnya menggunakan feed reader seperti google reader dan yahoo reader saya tidak pasti.
Cara saya membuat feedcount seperti itu amat mudah. Cuma ubah bahagian koding HTML asal pada bahagian ‘/%7Efc/MalaysianComputerTechnicalBlog’ kepada feedreader blog yang mempunyai angka yang tinggi. Saya gunakan feedcount rakan sekelas saya, Cypherhackz.net untuk ‘penipuan’ di atas. Jangan tiru saya ya.
Bagaimanapun, jika anda musykil dengan sesuatu blog, anda boleh periksa dengan menaip di browser anda
Gantikan MalaysianComputerTechnicalBlog dengan feed blog tersebut. [via previous post.]
Sajer-sajer.. LAlala