13 Jun
Assalamualaikum,
Seharian melihat link-link url, domain, dan lain-lain lagi di internet, Dekan ngan rakan-rakan seangkatan bergurau2 senda tentang domain-domain yang terdapat di internet ketika makan tengahari. Macam-macam jenis url malware gunakan dan dijana seperti yang terdapat dalam versi Conficker dan sebagainya. Semua pelik-pelik. Maka terfikir pula oleh Dekan sepanjang mana nama sesuatu domain boleh hold.
Manalah tau kot-kot melalui nama domain dah boleh inject shellcode ke macam http://0301020102013e5c2b.com ke kununnya. Hahaha. Jeng3. Setelah melakukan sedikit carian dan hasilnya, 63 character dibenarkan untuk sesuatu domain dan domain yang terpanjang di dunia ialah:
http://thelongestlistofthelongeststuffatthelongestdomainnameatlonglast.com/
Walaa… Mantaplah. Dekan juga melakukan sedikit carian jika ada nama website Malaysia yang gatal-gatal nak letak domain panjang-panjang seperti yang terdapat di atas. Kununnya kot-kot ada: http://namablogsayaadalahnamadomainyangterpanjangdimalaysiadanterbukti.com ke haha bunyi macam menarik juga sebenarnya. (Itu belum campur subdomain dia lagi tuh. :p) Tapi nampaknya tidak terjumpa lagi.
Oleh itu kepada sesiapa yang teringin nak domain terpanjang, silalah berbuat demikian dan inform Dekan supaya boleh Dekan update. Akan tetapi anda mungkin akan bernasib tidak baik kerana Guiness Book of Record tidak akan menerima claim ‘Domain Terpanjang Dunia’ anda. Anda boleh baca email Guiness Book di sinidan secara ringkasnya sebab ia boleh diclaim oleh sesiapa sahaja yang mempunyai domain panjang dan ia tidak memerlukan usaha yang banyak untuk itu.
Okay, jumpa lagi.
19 Oct
Assalamualaikum,
Kebanyakan bloggers yang menggunakan wordpress self-hosted membeli web-hosting mereka daripada syarikat yang menyediakan shared IP untuk harga yang murah. Antaranya ialah Mercumaya dan SempoiHosting seperti yang Dekan gunakan untuk mywindowsxp dan journalku.
Tip kali ini diberikan berkisar tentang cara untuk mengetahui website yang sama IP dengan website anda. Teknik ini ialah dengan reverse IP anda. Terdapat satu laman web yang boleh mengesan semua website perkongsian anda iaitu myIPneighbors.com
Anda cuma perlu masukkan nama website anda atau IP website anda dan senarai website yang menggunakan IP yang sama akan terpapar. Dekan mencubanya pada website mywindowsxp, kelihatan website rakan sebloggers yang familiar turut juga menggunakan servis yang sama. Hehe. Gotcha..!

Domain yang mempunyai IP sama dengan saya.
Anda juga boleh mencuba untuk domain lain seperti sempoihosting dan sebagainya.
Website lain yang seperti website tersebut ialah daripada domaintools, tetapi result yang keluar adalah agak terhad.
Sekian, selamat mengirim salam kepada jiran IP anda.
*website = laman web
10 Jun
Salam semua,
Entri ini adalah permintaan dari saudara blogmenjerit yang tidak segan silu ingin menambah ilmu pengetahuannya di lewat pagi ini dan bakal mengembangkan empayar blognya.
Berikut ialah step yang anda perlu lakukan untuk menukar domain daripada .blogspot.com kepada .com anda sendiri. Seperti panduan acuh tidak acuh dahulu di mana ramai yang bertanya dengan lanjut, sekarang saya akan menerangkan prosesnya dengan lebih mendalam lagi.
Langkah 1 - Beli domain
Domain boleh didapati di mana-mana sahaja di syarikat penyedia hosting. Contohnya serverfreak, namsahaz, mercumaya dan lain-lain lagi yang boleh di Google Search. Dalam tutorial ini, domain dari mercumaya digunakan dan nama domain tersebut ialah mywindowsxp.info.
Langkah 2 - Seting rekod CNAME
Jika anda membeli domain bukan daripada blogger.com, anda mestilah membuat CNAME atau Canonical name anda sendiri. Lihat panduan google di sini. CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.mywindowsxp.info, blog.mywindowsxp.info
Langkah 2.1 - Daftar di EveryDNS.net
Disebabkan mercumaya tiada fungsi untuk manage domain, servis luar digunakan. Daftar secara percuma di EveryDNS.net. Setting yang perlu anda lakukan ialah seperti screenshot berikut:
Setting pada everydns - Klik untuk besarkan.
1. Masukkan nama domain anda di situ dan klik basic.
2. Klik pada nama domain anda. Skrin sebelah kanan akan muncul.
3. Pada Current Record, delete CNAME yang sedia ada.
4. Pada Add a record, letak www.mywindowsxp.info (www kena ada). Kemudian, pilih CNAME. Akhir sekali masukkan ghs.google.com.
Langkah 3 - Setting di akaun Mercumaya
Ok sekarang, buka akaun mercumaya anda. Akan wujud satu tempat untuk meletak domain seperti berikut. Letakkan nameserver everydns pula pada ruangan seperti dalam gambar di bawah:
Masukkan ns2.everydns.net pada kotak kedua juga.
Langkah 4 - Seting di blogger.com
Masukkan nama blog anda di Tab Publishing seperti berikut:
Klik untuk besarkan
Anda boleh juga switch kembali ke blogspot pada bila-bila masa jika domain anda belum *dicrawl.
Sekian sahaja. Harap dapat membantu. ![]()
P/S: *Selepas membeli domain, tunggu sehari dua supaya domain itu boleh crawl ke internet semua.
Sajer-sajer.. LAlala