10 Jun
Salam semua,
Entri ini adalah permintaan dari saudara blogmenjerit yang tidak segan silu ingin menambah ilmu pengetahuannya di lewat pagi ini dan bakal mengembangkan empayar blognya.
Berikut ialah step yang anda perlu lakukan untuk menukar domain daripada .blogspot.com kepada .com anda sendiri. Seperti panduan acuh tidak acuh dahulu di mana ramai yang bertanya dengan lanjut, sekarang saya akan menerangkan prosesnya dengan lebih mendalam lagi.
Langkah 1 - Beli domain
Domain boleh didapati di mana-mana sahaja di syarikat penyedia hosting. Contohnya serverfreak, namsahaz, mercumaya dan lain-lain lagi yang boleh di Google Search. Dalam tutorial ini, domain dari mercumaya digunakan dan nama domain tersebut ialah mywindowsxp.info.
Langkah 2 - Seting rekod CNAME
Jika anda membeli domain bukan daripada blogger.com, anda mestilah membuat CNAME atau Canonical name anda sendiri. Lihat panduan google di sini. CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.mywindowsxp.info, blog.mywindowsxp.info
Langkah 2.1 - Daftar di EveryDNS.net
Disebabkan mercumaya tiada fungsi untuk manage domain, servis luar digunakan. Daftar secara percuma di EveryDNS.net. Setting yang perlu anda lakukan ialah seperti screenshot berikut:
Setting pada everydns - Klik untuk besarkan.
1. Masukkan nama domain anda di situ dan klik basic.
2. Klik pada nama domain anda. Skrin sebelah kanan akan muncul.
3. Pada Current Record, delete CNAME yang sedia ada.
4. Pada Add a record, letak www.mywindowsxp.info (www kena ada). Kemudian, pilih CNAME. Akhir sekali masukkan ghs.google.com.
Langkah 3 - Setting di akaun Mercumaya
Ok sekarang, buka akaun mercumaya anda. Akan wujud satu tempat untuk meletak domain seperti berikut. Letakkan nameserver everydns pula pada ruangan seperti dalam gambar di bawah:
Masukkan ns2.everydns.net pada kotak kedua juga.
Langkah 4 - Seting di blogger.com
Masukkan nama blog anda di Tab Publishing seperti berikut:
Klik untuk besarkan
Anda boleh juga switch kembali ke blogspot pada bila-bila masa jika domain anda belum *dicrawl.
Sekian sahaja. Harap dapat membantu. ![]()
P/S: *Selepas membeli domain, tunggu sehari dua supaya domain itu boleh crawl ke internet semua.
18 Dec
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian.
Adakah anda sedang mencari cara untuk membuat link Read More…, Baca Lagi…, Baca Seterusnya…, dan lain-lain lagi yang akan membawa pembaca blog anda membaca keseluruhan artikel anda? Ini akan menjimatkan banyak ruang di frontpage anda untuk post yang panjang. Kredit kepada En Ramani kerana sudi berkongsi tip ini . Ikuti langkah-langkah berikut untuk melakukannya:
Langkah 1 : Salin kod berikut ke template blog anda:
</head>
kat template blog anda. (Tip: Pakai Ctrl + F -> Head)
Langkah 2 : Tambah kod-kod berikut dalam template anda :
(Tip : Cari menggunakan Find On This Page.. @ Ctrl + F.)
<div class='post-body' expr:id=’”post-” + data:post.id’ >
<b:if cond=’data:blog.pageType == “item”‘>
<style>#fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>#fullpost{display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<span id=’showlink’>
<a expr:href=’data:post.url’>Read More……</a>
</span>
<script type=’text/javascript’>
checkFull(”post-” + “<data:post.id/>”);
</script>
</b:if>
<div style=’clear: both;’/> <!– clear for photos floats –>
</div>
2. Klik ’Save Template’.
Langkah 3 : Tampal kod di “Post Template” anda.
Type your summary here
<span id=”fullpost”>
Type rest of the post here
</span>
3. Klik ’Save Setting’
Langkah 4 : Done!
’Type Your Summary Here’ untuk ringkasan page anda, manakala “Type rest of the post here” untuk keseluruhannya. (Hati-hati ketika menaip pada kedua-dua bahagian supaya tidak pecah-pecah tulisan tersebut.)
Selamat memblog.
17 Dec
Selamat malam pembaca semua,
Kepada blogger yang baru, anda mungkin merasakan template anda 2 kolum itu terlalu kecil. Ada cara yang boleh anda lakukan untuk membesarkan (expand) kelebaran blog anda. Walau bagaimanapun, mungkin ada di antara anda mencari blog 3 kolum (3-column-blog) untuk blog anda. Muat turun template di bawah dan aplikasikan terus ke website anda. Kredit kepada Ashwini Khare kerana membuat tempate tersebut untuk kemudahan bersama..
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan :
Langkah 1 : Save template dan widget sedia ada.
Langkah 2 : Muat turun template 3 kolum berikut:
Pilih mana-mana template di bawah dan klik muat turun.
|
Template |
Muat Turun |
Selain template di atas terdapat beberapa template lagi di laman web webtalks ini.
Langkah 3 : Upload Template
Semoga berjaya.
Sajer-sajer.. LAlala