22 Apr

Kisah Adsense Indonesia
Pada November dahulu, DeKaN telah mengapply Adsense untuk laman web ini dalam Bahasa Indonesia. (Huhu.. Adsense Bahasa Malaysia tiada pula.) Disebabkan ia telah menepati syarat-syarat dan terma Google, maka tidak salah jika DeKaN cuba-cuba mengapply, mana tahu jika dapat. Selepas mengapply, hampir sebulan kemudian, (wah lamanya..!) Adsense bahasa Indonesia DeKaN telah di-approve. Tapi gembiralah dapat juga akhirnya.
Tiada Adsense Content
Walau bagaimanapun, Adsense Indonesia atau non-english Adsense ini tidak menawarkan perkhidmatan Adsense for content dan referral. Hanya ‘Adsense for Search’ sahaja menandakan kotak ‘Search by Google’ sahaja boleh diletakkan di laman web ini. Masalah mula timbul apabila DeKaN telah membuat satu lagi produk blog iaitu theboringdekan.
Ajaib
TheBoringDekan adalah dalam Bahasa Inggeris, tetapi ‘Adsense for Content’ tidak boleh diletakkan kerana bahagian tersebut tiada dalam polisi Adsense Bahasa Indonesia. Kemudian DeKaN juga meng’search’ internet untuk mendapatkan penyelesaian. Malagnya ramai menghadapi masalah sama iaitu tiada ‘Adsense for Content’ untuk laman web non-English. Jika Adsense anda English, anda ‘masih boleh’ meletakkannnya untuk laman web non-English.
Penyelesaian
Setelah bermesejan dengan Tim dari Google Adsense untuk Indonesia, beliau mengatakan memang Bahasa Indonesia tidak menyediakan ‘Adsense for Content/Referral’ tersebut. Beliau juga memberi amaran tidak boleh mempunyai dua akaun untuk orang yang sama. Jika kedapatan akan boleh di-ban. Oleh itu, beliau dengan baik hatinya mencadangkan DeKaN menyah-aktifkan akaun lama dan membuat akaun baru.
10 minit
Selepas beberapa minggu berfikir, (kerana Tim juga memberi amaran supaya tidak melanggar Google Polisi untuk Adsense), DeKaN telah membuat keputusan mendrop akaun lama dan membuat akaun baru. Akaun lama 3 bulan tapi 2 sen sahaja. Akaun baru, hehe.. Kemudian DeKaN mengapply akaun baru Adsense English dengan menggunakan laman web theboringdekan. Alhamdulillah, dengan berjayanya permintaan DeKaN diapprove dalam masa 10 minit sahaja. Huhu..
Sekian, begitulah caranya menukar Adsense anda.
5 Jan
Berikutan entri saya sebelum ini tentang advertlets kena hack, Fauzi, rakan sekelas saya ada menjelaskan yang sebenarnya adverlets terlupa untuk memperbaharui domain laman webnya. Oleh itu, kita mestilah mengambil pengajaran supaya memperbaharui lesen domain sebelum tamat tempohnya seperti juga lesen memandu dan cukai jalan.
Amat mengejutkan dunia blog apabila semua blog yang mengandungi advertlets telah redirect kepada domain lain. Adakah advertlets sengaja membuatnya? Huhu, amat curiga saya kerana syarikat sebesar itu amat cuai dalam perkhidmatannya. Mungkinkah ia ada kaitan dengan trafik dan konspirasi mana-mana pihak.
Semoga berjaya advertlets dan blogger-blogger lain tahun ini. Berikan senyuman kepada dunia.
Jumpa lagi.
5 Jan
Sesiapa ada penerangan boleh beritahu saya.
Sajer-sajer.. LAlala