18 Sep
Assalamualaikum,
Dekan tiada idea. Ada banyak apabila jalan-jalan di luar sana. Apabila depan komputer, hilang pula. Huhu. Oklah, ni statistik terkini mywindowsxp tentang pengunjung untuk tahun ini.

Statistik blog mywindowsxp sehingga entri ini.
Kelihatan pembaca semakin meningkat tetapi graf tidak linear kerana kekerapan posting Dekan disebabkan kemalasan yang tidak menentu. Data ini adalah daripada track statcounter yang dipasang di sidebar kanan.
Terima kasih semua kerana sudi berkunjung terutama sekali yang turut subscribe melalui email.
Banyak pertanyaan dan permintaan yang Dekan terima daripada pembaca. Nanti jika berkesempatan Dekan akan cuba menjawab soalan dan permintaan tersebut seeloknya.
Sekian, terima kasih sekali lagi.
17 Sep
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sudah lama tidak bermain permainan windows, Dekan pun memulakan Freecell yang menjadi kegemaranku selama ini. Asik kalah saja sebab sudah lama tidak bermain, Dekan pun membuka kitab Cheatbook untuk melihat panduan menang (faham-fahamlah). Hehe.
Ok, berikut ialah cheat yang anda boleh lakukan untuk memenangi permainan windows.

Freecell
——-
1. Tekan kekunci [Shift] + [Ctrl] + [F10] secara serentak semasa permainan.
2. Kemudian klik [Abort].
MSHeart
——-
1. Buka regedit, dan pergi ke folder berikut: [HKEY_CURRENT_USER\SOftware\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Applets\Hearts].
2. Kemudian, tambah String Value baru bernama ZB.
3. Letakkan nilai Value data kepada 42.
4. Klik OK.
5. Sekarang semasa memulakan permainan baru, anda boleh menekan kekunci [CTRL + ALT + SHIFT + F12] untuk melihat kad dari orang lain.
Minesweeper
————
1. Tukar background wallpaper anda kepada warna hitam.
2. Mulakan permainan.
3. Kemudian taip huruf berikut X Y Z Z Y satu per satu.
4. Kemudian tekan SHift (kiri) pada keyboard anda.
5. Halakan kursor pada petak-petak solitaire.
6. Jika terdapat tanda kecil berwarna putih pada skrin monitor bahagian bucu atas-kiri, maknanya tiada bom. Jika tiada tanda, maknanya terdapat bom. Senang bukan?
Solitaire
——-
1. Gunakan mode Draw Three semasa memulakan permainan.
2. Semasa permainan, hold kekunci [CTRL + Shift + Alt] dan klik pada kad tersebut.
3. Secara automatik ia akan Draw One dan bukan Draw Three.
OK. Selamat mencuba.
15 Sep
Salam pembaca semua,

Sapa nak tiket bas percuma untuk balik raya angkat tangan? Hehe. Ops sebenarnya, sapa nak tengok tiket bas secara percuma untuk balik raya? Biasalah, time raya-raya ni tiket bas cepat habis. So, untuk plankan perjalanan anda, anda boleh menyemak secara online.
Beberapa website yang menyediakan semakan atau pembelian tiket bas online:
1. Konsortium Bas Ekspress
2. Plusliner
3. MaraLiner
4. *Keretapi Tanah Melayu - opsyen lain selain bas.
Dari website ini, anda boleh menyemak tiket yang belum di beli dan anda juga boleh membelinya secara online. Amat mudah bukan dengan menggunakan teknologi pada masa kini.
Jika anda pembuat sistem online ini, anda mestilah memastikan sistem anda selamat (secured) sepanjang masa dan sepenuhnya.
Sekian, harap maklum.
P/S: Recently, one of the readers notify me about unsecured online ticketing. I did inform them about their system registration form that is not secured enough, but they seems to ignore my warning. I hope they will fix it soon. Or should I post something ‘more interesting’ about it here?
Sajer-sajer.. LAlala