Selamat petang semua,

Anda tentu terkejut melihat berikut:



Shoutmix di dalam advertlets?

Yup Shoutmix di dalam Advertlets. Jangan salah sangka. Print skrin ini tidak diedit oleh Dekan sedikitpun. Bahkan Dekan juga sempat berchatting di tempat iklan ini. Hehe. Ini menunjukkan terdapat beberapa elemen yang tidak dihantar dengan betul tatkala Dekan mem’view’ website ini. Dua kali jadi. Sekarang sudah Ok. Tapi yang menariknya kedua-duanya Malaysian produk.

Advertlets semua orang sudah sedia maklum dipunyai oleh Josh Lim. Advertlets pernah menjadi satu perbualan hangat suatu ketika dahulu tatkala beliau terlupa memperbaharui domainnya. Terdapat juga gosip-gosip yang menarik tentang pembayaran advertlets ini.

Bagaimana pula shoutmix? Mesti ada yang belum tahu shoutmix dibangunkan oleh seorang jejaka warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun iaitu Tan Wei Heng. Pada umur 15 tahun lagi beliau telah mencipta widget tersebut dan memperbaiki dari semasa ke semasa dan telah memenangi Malaysian Youth Dot Com Search.

Yeah.. Malaysia Boleh. Apa pula sumbangan anda? Sumbangan saya? Menulis Blog. Hehe.. :)

Salam pembaca sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana masih setia bersama kami di mywindowsxp.info. Haha. Baiklah. Kali ini tip-tip yang menarik punya. Tutorial berikut akan mengajar anda bagaimana memasuki komputer Windows XP yang berpassword. Ber’admin’ password. Pendek kata memang tidak boleh masuk tanpa password.


Terdapat dua cara untuk melaksanakannya mengikut keperluan. Cara yang pertama tidak menjejaskan password asal, kegunaannya hanyalah untuk mengambil fail yang terkandung di dalam komputer tersebut. Cara kedua ialah dengan mendeletekan password admin terus dan mengakses semua yang terkandung dalam PC seperti biasa.


Menggunakan kedua-dua cara berikut, anda mestilah terlebih dahulu mem’burn’ ISO image perisian yang akan digunakan ke dalam CD.



Cara Pertama: Menggunakan Live CD Ubuntu

Contoh situasi ialah apabila anda cuma mahu mengambil folder “Tesis Webserver” di dalam folder My Document admin (atau user berpassword).

Ikuti langkah berikut:

1. Dapatkan CD Ubuntu dengan menempah (3 minggu baru dapat) atau memuat turun dari websitenya secara percuma.


CD Ubuntu yang baru sampai ke rumah semalam

Baca Seterusnya »

Cara burn imej ISO ke dalam CD

Selamat sejahtera semua,

Imej ISO ialah salinan lengkap satu CD atau DVD yang telah disalin ke komputer. Imej ISO boleh dibuat dengan perisian Nero Burning menggunakan tugas salin daripada CD. Walau bagaimanapun, entri ini berkisar tentang me’lebur’kan atau burn imej ISO tersebut ke dalam CD.

Terdapat beberapa cara untuk mem’burn’kan imej ISO (ISO image) ke dalam CD. Antaranya menggunakan ISO Recorder Power Toy, menggunakan perisian ROXIO, menggunakan CDburn.exe daripada Windows, dan menggunakan Nero Burning ROM.

Berikut ialah langkah-langkah untuk burn imej ke CD atau DVD menggunakan Nero:

1. Masukkan CD kosong di pemacu CD-RW atau DVD-RW anda.

2. Buka perisian Nero Burning ROM (Saya andaikan anda telah mempunyai perisian tersebut dan diinstall di komputer anda).

3. Pilih “Copy and Backup” –> “Burn Image to CD”.

Klik imej untuk besarkan

4. Pilih lokasi fail ISO tersebut.

5. Pada “Burn Compilation”, pastikan kotak Write ditanda. Setting yang lain tidak perlu diubah melainkan anda tahu apa yang anda ubah tersebut.

Klik imej untuk besarkan

6. Teruskan mengikut Wizard sehingga selesai proses Burn tersebut.

7. Klik Next. Sehingga CD tersebut keluar.

8. Siap. Anda telah pun berjaya mem’burn’ imej ISO tersebut.

Sekian.

  • 0 Comments
  • Filed under: Tutorial