Salam semua,

Ketika anda membuka komputer anda, akan tiba ketikanya anda menghadapi masalah lambat untuk boot up setelah meng’install’ banyak perisian di dalam komputer anda. Antara sebanya ialah terdapat beberapa program akan turut sama boot-up semasa komputer anda dimulakan. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba cara berikut yang akan mematikan program yang tidak penting ketika proses memulakan computer berlaku.

Cara pertama: Menggunakan ‘System Configuration Utility’


Klik untuk besarkan

  • Klik Start -> Run..
  • Taip “msconfg” dan klik OK.
  • Pergi ke tab “Startup” dan buangkan tanda (uncheck) pada program yang tidak diingini.
  • Dalam kes saya, terdapat dua program yang saya lihat tidak penting iaitu PowerDVDservis dan Java.
  • Klik OK.
  • Anda akan diprompt untuk restart computer.
  • Save semua program yang penting dan klik untuk Restart computer.
  • Kemudian setelah komputer restart, anda akan dirpomt sekali lagi.
  • Tandakan dalam kotak tersebut dan klik OK.

Cara kedua: Menggunakan registry editor:


Klik untuk besarkan

  • Klik Start -> Run..
  • Taip “regedit”.
  • Pergi ke folder : HKEY_Local_Machine\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
    dan HKEY_Current_User\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
  • Delete entri program yang tidak diingini itu.

Selamat mencuba :)

  • 3 Comments
  • Filed under: Windows XP
  • Salam pembaca semua,

    Semasa sedang memuat turun sesuatu daripada internet tadi, saya terperasan rapidshare tidak mempunyai delay untuk download ticket seperti biasa. Lihat gambar di bawah:



    Klik untuk besarkan

    Jadi, rapidshare memang mempunyai “Happy Hour” atau “jam bergembira” untuk muat turun sepuas-puasnya. Cuma ia berlaku pada masa-masa tertentu sahaja. Pada waktu tersebut dan dalam masa kurang daripada satu jam, anda boleh memuat turun sepuas-puasnya daripada Rapidshare. Oh ya, anda boleh mencari fail anda dengan Enjin Pencari rapidshare.

    Selain daripada itu, terdapat satu tool menarik untuk melihat masa Happy Hour tersebut yang boleh dimuat-turun dan di sini terdapat pelbagai cara untuk melihat Happy Hour.

    Seronok ya boleh muat turun banyak-banyak dalam satu masa tanpa had. :)

  • 6 Comments
  • Filed under: Muat Turun
  • Selamat pagi,

    Anda pernah dengar YouTube? Mesti pernah bukan. Youtube ialah tempat yang mengandungi media video terbesar di internet. Sinilah tempat yang akan saya sarankan kepada anda untuk mengoptimumkan segala minat ingin tahu anda dalam pembelajaran.

    Inilah salah satu video yang saya jumpa semasa menggali ilmu di situ. Satu video menarik tentang penggunaan wireshark (’tshark’ iaitu menggunakan command line) dan juga penjelasan setiap hexadecimal dengan amat jelas dan terperinci. :)


    -Introduction to Wireshark 1-

    ‘Recommended’ video ini untuk sesiapa yang mahu belajar wireshark. :)

    Baca Seterusnya »

  • 4 Comments
  • Filed under: Sekuriti, Tutorial