Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika anda menggunakan Windows XP Professional sebagai local user dalam suatu workgroup, anda boleh membuat satu disket untuk reset kata laluan anda. Ia berguna ketika anda terlupa akan kata laluan anda sendiri. Untuk membuat disket tersebut, ikuti langkah-langkah berikut :

Langkah-langkah untuk membuat disket yang reset kata laluan (password):

1. Klik Start –> Control Panel –> User account.

2. Klik nama akaun anda.

3. Di bawah “Related Task”, klik “Prevent a forgotten password”.

4. Ikut arahan dalam wizard Forgotten Pssword tersebut untuk membuat disket anda.

5. Selepas selesai, simpan disket tersebut di tempat yang selamat kerana sesiapa sahaja boleh mengakses akaun anda jika menggunakan disket tersebut.

Selamat mencuba. [via freepctech.com]

  • 0 Comments
  • Filed under: Windows XP

  • Salam sejahtera Pembaca,

    Dilengkapi dengan software yang islamik, (masa bersolat, alatan membaca al-Quran, penapis laman web dan lain-lain perisisan islamik lagi) Ubuntu Muslim Edition (ME) sesuai untuk digunakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Ubuntu Muslim Edition ini telah berada di pasaran sejak Oktober 2007 lagi.

    Apa itu Ubuntu?
    Ubuntu ialah edaran (distribution) Linux yang popular, direkabentuk agar dapat memberi cabaran kepada Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang digunakan dengan meluas.

    Berikut adalah maklumat lanjut mengenai perisian ini :

    UbuntuME | Muat turunUbuntuME| Gambar-gambar Ubuntu ME

    Selain itu terdapat saya terjumpa satu artikel menarik bertajuk “Ubuntu ME dari sudut pandangan seorang Kristian“.

    Sekian.

    Selamat tengah hari semua,

    “.com.my” –> “.my”

    Dari MYNIC, pendaftaran untuk website domain .my dibuka sekarang dari 9am 1 November 2007 hingga 5pm 31 Disember 2007.

    Walau bagaimanapun, hanya pemegang domain “.com.my“, “.net.my” dan lain-lain sahaja yang dibenarkan menukar domain masing-masing kepada “.my“. Jika terdapat 2 nama yang sama untuk 3rd level domain, contohnya ‘mywindowsxp.com.my‘ dan ‘mywindowsxp.net.my‘, priority akan diberikan kepada domain yang mendaftar lebih awal semasa pendaftaran pertama itu. [Via Mynic]

    Jika anda teringin mempunyai domain untuk syarikat anda sama ada .com.my atau .net.my dan lain-lain, anda boleh membuat demikian dengan merujuk ke website mynic sendiri untuk cara -cara, dokumen dan sebagainya.

    NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

    Jika anda ingin mendaftar untuk domain .com, .net, .info, terdapat banyak webhosting di internet menawarkan perkhidmatan tersebut. Anda juga boleh mencuba di Namsahaz Webhosting. Harga sebanyak RM40 untuk domain .com, .net, .info, .biz, dan RM100 untuk .com.my, serta RM120 untuk .my. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank2u, CIMBClick, Bank Islam, Public Bank dan juga PayPal.

    Sekian pengumuman, harap maklum.