26 Aug
Salam pembaca semua,
Pada ksempatan ini Dekan ingin mengucapkan Berpuasa, Selamat Bertarawih (tolong jangan abaikan walaupun sudah mood raya), Selamat beribadah semoga mendapat malam Lailatul Qadar. Semoga ibadah itu berterusan walaupun selepas bulan Ramadhan ini.
Jika anda mahu pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri, pastikan anda mengikut cadangan perjalanan yang disarankan oleh PLUS supaya memudahkan anda dan juga semua pihak. Berikut ialah cadangan plus tersebut:

Jadual Cadangan Waktu semasa perayaan. Klik untuk besarkan.
dan bagi Lebuhraya Pantai timur.
Bagi mengikuti perkembangan trafik secara realtime pula anda boleh mendapatkan info tersebut di http://twitter.com/LLMinfotrafik selain mendengar di radio.
Bagi kamera yang diletakkan di highway-highway pula anda boleh melihatnya di sini: http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx atau dengan menggunakan smartphone sama ada iPhone atau Android anda menggunakan aplikasi (search:trafik Malaysia) yang sepatutnya.
Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Raya jemput la datang ke rumah. :p Tapi Dekan cuma ada di rumah pada hari Khamis dan Jumaat sahaja.
20 Jun
Assalamualaikum para pembaca yang dihormati sekalian,
Setiap kali membeli domain baru atau setiap kali ingin mengubah angin, anda semestinya mencari template percuma yang sesuai untuk digunakan oleh website anda di Google/Laman web template percuma yang lain.
Namun kebiasaannya template tersebut tidak betul-betul memuaskan hati anda dan anda terpaksa mentweak kembali template tersebut mengikut jiwa anda. Selain memakan sedikit masa, anda juga akan perlu menyesuaikan dengan kod-kod tertentu template tersebut seperti kod css/jquery dan juga lain-lain jika terdapatnya features tertentu. Tidak dinafikan ia adalah amat memuaskan jika anda lakukannya sehingga berjaya dan puas hati.
Bagaimana pula jika ada tools atau perisian yang membantu anda untuk melakukannya hanya dengan beberapa klik sahaja? Walaupun templatenya tampak agak ‘plain’, namun Artisteer semestinya membantu anda membina template sendiri dalam masa beberapa ketika sahaja.

Sama ada anda menggunakan platform WordPress, Joomla (support versi 1.6), Blogspot, DotNuke, dan Drupal, mahupun, ASP dotNet, CodeCharge Studio dan juga plain HTML, anda boleh menjana template anda sendiri dalam masa yang terlalu singkat. Terdapar pelbagai idea template boleh dijana dengan menggunakan butang ‘Suggest Design’ dan anda kemudian boleh menyesuaikan template tersebut dengan kehendak anda sendiri seperti corak latarbelakang, Font, warna tema, dan lain lagi.

Template yang dijana 1

Template yang dijana 2

Template yang dijana 3
Sukacita ingin diingatkan (pergh ayat) perisian tersebut bukanlah percuma seperti disangka, dan anda boleh mencuba secara percuma selama sebulan dengan memuat turun daripada laman Artisteer sendiri. Namun jika anda kreatif, anda semestinya boleh mendapatkan version penuh tanpa bayar menggunakan cara anda sendiri ;P
Sekian sahaja, semoga ia dapat membantu anda meringankan kepala memikirkan template sendiri, selain memudahkan anda melakukan bisnes website-website dengan menjimatkan 50% tenaga anda seperti ini. =)
17 Jun
Assalamualaikum semua,
Maaf pos pendek sahaja.

Diberitakan dengan pengumuman dan perlaksanaan block oleh ISP untuk laman web berikut baru-baru ini, maka Dekan diingatkan oleh seorang rakan yang laman web tersebut masih boleh dilawati dengan menggunakan DNS luar yang percuma (dan reliable) seperti DNS Google dan OpenDNS.
1. Buka Control Panel -> Network and Sharing Center.
2. Klik ‘Local Area Connection’.
3. Klik ‘Properties’.

4. Pada tab Networking, Highlightkan IPV4. Klik Properties.

5. Pada tab General, tandakan ‘Use the following DNS server addresses’.
6. Masukkan IP-IP berikut: 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 (Google) atau 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 (OpenDNS)

7. Kemudian klik OK dan layari web yang diblok seperti biasa.
Sekian, semoga membantu.
P/S: Amaran kepada yang berkeluarga. Jika anda mensetkan komputer anda kepada alamat diatas, bermakna laman web porno yang diblok oleh ISP sebelum ini juga dibypass. Oleh itu, jangan lupa unset kembali, atau pandai-pandai pantaulah anak-anak anda. Hihi. Sekian. =P
Sajer-sajer.. LAlala