13 Dec
Selamat pagi pembaca semua,
Mengikut kajian saya tersendiri, (lihat entri 10 perkara yang saya lakukan secara berinternet), rata-rata pengguna internet akan melayari laman web berita seperti Utusan online dan Berita Harian online untuk membaca berita terkini. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat banyak lagi laman web
Berikut adalah senarai
Semoga anda dapat menambah ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa.
Selamat membaca.
3 Dec
Hai. Selamat petang semua,
Jika anda belum mempunyai email, tidak terlambat untuk anda mendaftar di laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma seperti :

1. GMail
GMail adalah pendekatan syarikat Google untuk email dan chat. GMail menawarkan ruang simpanan online yang tidak terhad untuk semua mesej-mesej anda selain mempunyai antaramuka yang mudah dan bijak. GMail juga meletakkan iklan di sebelah email yang anda baca sebagai balasan menggunakan servis percuma mereka.

2. Yahoo! Mail
Yahoo! Mail ialah email yang kepelbagai-gunaan dengan ruang simpanan tidak terhingga serta mempunyai feed berita RSS, kebolehan SMS dan kebolehan mesej-segera (instant message, contohnya Yahoo Messenger) untuk diaktifkan. Yahoo! Mail juga secara umumnya amat menarik digunakan, folder-folder di dalam email boleh dicipta dengan nama sendiri (selain boleh menerima mesej dari orang tertentu dan terus ke folder beliau secara automatik), dan mempunyai tapisan email yang tidak berguna yang amat efektif.

3. Windows Live Hotmail
Windows Live Hotmail ialah servis email yang percuma yang memberi anda 5GB ruang storan online, kebolehan carian pantas, securiti yang mantap dan antaramuka yang mudah seperti program email di desktop. Walau bagaimanapun, Windows Live Hotmail tidak membenarkan pengubahsuaian folder, penapis spam masih boleh diperbaiki dan akses ke POP atau IMAP telah hilang.
Selain tiga di atas berikut adalah laman web yang menawarkan servis email secara percuma juga :
4. Mail.com
5. AIM Mail
6. Inbox.com
7. FastMail
8. Bluebottle
10. HotPOP
11. Goowy Mail
12. My way Mail
[via About.com]
Oleh itu, dapatkan email anda sekarang. Kanak-kanak sekarang pun sudah mempunyai email (gunanya untuk mendaftar friendster, saya tahu..) mereka sendiri.
P/S: Ada ke orang yang tak ada email sekarang? Saya rasa terdapat orang dewasa yang belum terdedah dengan teknologi seperti sekarang kerana tidak memerlukan.
Sekian.
30 Nov
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian,
Apa yang anda lakukan semasa anda melayari internet?
Ada sesetengah orang akan bermain chatting, melihat email, bermain game online, membeli barang dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada sikap (behaviour) individu pengguna internet sendiri. Hm.. untuk lebih isi yang menarik bagi blog ini, saya sendiri senaraikan keperluan internet saya yang mungkin juga sama seperti anda. Hey, mungkin hobi kita sama. Hehe.. mungkin ada yang berkata ‘user internet behaviour’ (pelakuan pengguna internet) jika diketahui boleh dieksploitasi oleh website tertentu untuk kegunaan mereka.
Tapi tidak mengapa, saya cuma senaraikan yang umum sahaja..
Saya amat alu-alukan komen saudara pembaca sekalian.
What would i do on the internet? (Apa yang saya lakukan semasa berinternet)
Anda pula bagaimana?
Sajer-sajer.. LAlala