Archive for the ‘Zon Maklumat’ Category

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca,

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan website yang boleh dipraktikkan diajar di internet. Antaranya ialah dengan:

  • Membuat tukaran link
  • Meninggalkan komen di weblog lain
  • Meletakkan Mybloglog komuniti
  • Membuat pertandingan komen paling banyak
  • Menggunakan keyword yang sepatutnya di dalam entri supaya enjin carian dioptimumkan
  • Dan lain-lain lagi… (semua otai2 boleh ajar saya ya.)

Sekarang saya ingin mencuba satu idea lain pula. Iaitu dengan cara pengiklanan manual.

Disebabkan laman web ini dibina dengan memberi maklumat percuma, tidak perlu bayar, mengandungi ilmu asas yang anda perlu tahu, adalah merugikan jika disia-siakan begitu sahaja. Siapa yang tidak mahu benda free betul. :)

Maka atas inisiatif itu, saya dan rakan meletakkan banner di sekitar UTM ini dengan harapan akan dilihat oleh pelajar yang memerlukan untuk dimanfaatkan beliau sendiri. Ok, here is the idea. UTM ini ada lebih kurang 20,000 orang kot. Saya ada menampal poster yang kurang menarik :P seperti berikut:

webite-draft.JPG

Ingin tahu lebih lanjut?

  • 4 Comments
  • Filed under: Zon Maklumat
  • Keputusan PilihanRaya Umum 2008

    spr.JPG
    Untuk mengetahui tentang keputusan PilihanRaya Umum Malaysia 2008 yang terkini, anda boleh ke laman berikut :

    Keputusan rasmi akan dikeluarkan esok. Berdebar-debar rasanya untuk keputusan tahun ini kerana penuh dengan kontroversi. Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang mengatakan sudah tahu siapa yang akan menang. :p

    Senarai keputusan rasmi penuh pilihanraya umum terdapat di sini:

    Secara ringkasnya BN tidak memenangi majoriti 2/3 di Parlimen dengan 138 kerusi, manakala pembangkang 82 kerusi. Untuk DUN pula BN mendapat 305 kerusi, pembangkang 196, bebas 2.

    SPR online: Siapa pengundi ini?

    Assalamualaikum,

    Dahulu saya ada membuat entri tentang cara menyemak status pengundi secara online. Laman web SPR di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp boleh dijadikan tempat menyemak status pengundi selain dengan cara manual (melihat sendiri senarai tempat undi) atau melalui telefon.

    spr2.jpg

    Walau bagaimanapun, pada laman web tersebut sesuatu yang pelik telah dijumpai. Walaupun berita ini sudah lama tersebar, namun saya ingin juga posting untuk merikan musim mengundi ini.

    Bukanlah niat saya ingin mengata SPR, tapi sesuatu yang mengaibkan telah berlaku di mana terdapatnya kad pengenalan atau identiti diri yang memusykilkan dalam database tersebut. Istilah ‘Pengundi Hantu’ telah diberikan sebagai reaksi kepada perkara tersebut dalam arena blog ini.

    Yang pertama : Senarai pengundi lebih umur (110 tahun ke atas)

    Pengundi Hantu?
    Klik untuk besarkan
    801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 890211050014 951114750015
    950531710079 940407750023 941121750057 dan banyak lagi.

    (more…)