27 Apr
Assalamualaikum,

Windows XP
Satu artikel menarik di internet oleh seorang dari Yahoo Tech, Christopher Null, yang mengatakan Windows XP akan keluar daripada pasaran pada Jun 2008. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan Windows XP anda sampai bila-bila. Cuma pengeluarannya akan berhenti mengikut artikel tersebut.
Saya rasa banyak syarikat yang masih menggunakan Windows XP. MAk ayah, kakak adik, ramai selesa menggunakannya kerana interfacenya lebih user friendly tambahan Windows XP sudah sebati dengan kehidupan harian kita. So, siapa pengguna Windows XP sini angkat tangan!
Yes2, banyak rupanya.. Banyak kritikan telah diterima artikel tersebut. Begitu juga agak sukar kepada semua pembuat software dan hardware seluruh dunia untuk memastikan produk mereka Vista-friendly. So, jangan risau.
Windows Vista
Sekarang banyak laptop sudah di’equip’kan dengan Windows Vista. Pemberhentian pengeluaran produk Windows XP ini adalah untuk memberi laluan kepada pasaran Windows Vista pada masa akan datang. Berapa ramai sudah yang memakai Vista? Saya pun belum serasi lagi dengan Vista. Laptop adik saya kot yang ada Vista Home Edition pun. Selebihnya semua komputer (di rumah dan di sini) adalah Windows XP. Walau bagaimanapun, kepada pembaca semua, saya akan terus post tentang Windows XP selagi saya tidak menukar ke Windows Vista.
Sneak Peak
Will Windows XP really no longer be on sale after June 30? Sorry for the double negative, but no. All this means is that Microsoft will stop selling the OS. Finding a computer with XP preinstalled will likely be very difficult, as well. However, you’ll still be able to find copies for the foreseeable future, and likely the unforeseeable one, too. See for yourself: You can find copies of just about any Microsoft product, including ancient versions of Windows and even MS-DOS, by simply searching online. But hang on to your current copy of Windows XP. You may need it down the road if you don’t want to move to Vista..
Baca artikel seterusnya di sini.
Sekian.
3 Apr
Assalamualaikum,
Artikel berikut dirujuk daripada laman web US CYBERSECURITY - Tips.
Apa itu pembulian siber (cyberbullying)?
Pembulian siber merujuk kepada cara yang digunakan untuk melakukan gangguan ataupun pembulian kepada seseorang individu menggunakan teknologi. Pada zaman sekarang, pembuli siber tidak terhad kepada metod fizikal, surat dan telefon lagi, bahkan telah menggunakan kemudahan alat-alat elektronik yang canggih seperti email, mesej-pantas, laman web, gambar digital, telefon bimbit, dan lain-lain lagi untuk tujuan kurang baiknya.
Cara membuli menggunakan siber adalah seperti ugutan, penyebaran perkara memalukan, dan juga ’stalking’ kepada si mangsa. Cara yang digunakan sekarang adalah amat popular kerana dengan penyebaran di internet, perkara memalukan tersebut akan tersebar dengan lebih meluas, cepat dan amat berkesan.
Bagaimana anda boleh mengelakkan diri anda menjadi mangsa?
1. Hati-hati ketika memberikan maklumat peribadi diri. Caranya adalah dengan menghadkan maklumat peribadi tersebut kepada orang tertentu sahaja. Dengan ini maklumat akan terjaga, dan dapat sebarang kebocoran dapat dikesan dengan pantas.
2. Elakkan daripada meng’hangat’kan situasi. Jika anda menjadi mangsa ‘buli’ internet, bergantung kepada situasi juga, anda dinasihatkan mengambilkira opsyen ‘berdiam diri’. Kadangkala jika anda memberikan respon kepada si pengugut, atau pembuli, mereka akan lebih teruja untuk meneruskan hasrat tersebut.
3. Dokumenkan aktiviti internet anda. Jika boleh, anda rekodkan semua aktiviti online anda termasuk masa dan tarikh. walau bagaimanapun, jika anda kaki internet, perkara begini susah dilakukan.
4. Laporkan pembulian siber kepada pihak yang berkenaan. Anda boleh melaporkan pembulian siber ke pihak yang berkenaan, sama ada bos anda (jika berkenaan syarikat) ataupun pihak berkuasa seperti polis. Selain itu, aktiviti serangan siber boleh juga dilaporkan kepada MyCert Malaysia di sini.
5. Lakukan ‘pencarian’ diri anda sendiri di internet. Laman web seperti Google kadangkala akan mengindeks nama anda dan juga data-data peribadi anda dalam enjin cariannya. Selain itu, dengan timbulnya banyak portal, dan laman web sosial seperti friendster, myspace, dan lain-lain lagi menjadikan diri anda begitu terdedah kepada sebarang serangan.
Melainkan anda ada tujuan tertentu untuk mem’promosi’kan diri, anda boleh bersedia mengambil risiko mengabaikan beberapa perkara tersebut. Selamat melayari internet.
P/S : Banyak tips menarik terkandung di laman web tip siber sekuriti tersebut untuk pembacaan untuk ‘low-level’ user. Layari laman web tersebut untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sekuriti internet.
26 Mar
Pada hari Isnin yang lalu, suatu tengah hari, lapar..
“Hello, Assalamualaikum..” kata satu suara di telefon.
“Waalaikummussalam..” jawab saya.
“Ini dekan (bukan nama sebenar, hehe) kah?” Bertanya suara tersebut.
“Ya, saya. Ini siapa?” Saya bertanya pula kehairanan.
“Saya, ___, dari CyberSecurity Malaysia. Awak..” Alamak, what I have done?
The rest of this conversation is remain secret. Hehe. End of story.
Cerita di atas tiada kena mengena dengan cerita di bawah.
Anda sebagai warga negara Malaysia mesti tertanya-tanya mengapa laman web kerajaan selalu digodam dahulu. Jawapannya mudah, sekuriti yang kurang dan kelalaian pihak-pihak tertentu. Tahukah anda insiden-insiden yang berlaku di luar negara turut berlaku di Malaysia? Misalnya kes hacking, penafian perkhidmatan, penipuan, gangguan siber, dan lain-lain lagi lebih terkenal di luar negara.

Mengikut statistik yang dikeluarkan CyberSecurity Malaysia, dahulunya dikenali sebagai NICER, pada bulan Februari 2008 terdapat 87 kes berbanding 67 pada bulan sebelumnya. Bagi spam pula, terdapat 3400 spam berjaya dikesan pada bulan Februari.
Siapa kata Malaysia tiada insiden?
Jumlah pengguna Internet di Malaysia semakin meningkat disamping perkhidmatan online yang semakin bercambah untuk kemudahan manusia moden, manakan tiada kesannya. Berbanding dengan negara lain, peratusan di Malaysia ini saya kira amatlah rendah. Mungkin rakyat Malaysia tidak kisah tentang perkara tersebut dan tidak melaporkan kepada MYCERT. Diambil daripada kata-kata pensyarah saya, “Banyak insiden, cuma tidak dihebahkan kepada umum.”

Terdapat banyak tools di Internet yang anda boleh gunakan untuk melakukan perkara (hacking) tersebut berserta cara, tutorial serta skil turut sama diajar. (Maaf, saya tidak akan ajar ya. :P) Antara kisah-kisah menarik tentang internet sekuriti boleh dibaca di ruangan news di website tersebut.
Jika ada insiden siber yang berlaku kepada anda, anda boleh melaporkannya di MyCERT atau menggunakan sistem baru baru diperkenalkan iaitu SMS di nomber berikut: 019-2665850. Dinasihatkan jangan sesekali membuat laporan palsu kerana no telefon anda direkodkan.
Oleh itu, anda hendaklah berhati-hati ketika berurusan di dunia Internet ini. Sesiapa sahaja boleh menjadi rakan, dan lawan. Penyamaran senang berlaku.
Sekian sahaja.
Sajer-sajer.. LAlala