14 Jan
Mungkin para pembaca sudah lama mendengar tentang pelan ini, dan Dekan sudah lama membpunyai SIM Kad 1Malaysia Unlimited Broadband (SKMM) yang dikatakan cuma RM25 sebulan secara pre-paid. Wah ini sudah bagus. Namun, ia tidak dibekalkan sekali dengan modem broadband.
Semalam, Dekan agak terdesak untuk menggunakan internet di suatu kawasan yang tidak mempunyai coverage Maxis yang baik. Maka, Dekan pun menggunakan modem broadband Maxis jenis E1552 dengan SIMkad broadband Celcom. Tatkala menyambung modem, satu popup muncul di interface Huawei Maxis Broadband iaitu “Please enter unlock code:”
Setelah dua kali cubaan, Dekan melihat jika ada solution di internet. Rupanya, modem-modem jenis ini perlu di’unlock’ terlebih dahulu menggunakan kod tertentu. Wah, ini macam-macam pula kerenah ini. :p Ia adalah berdasarkan kod IMEI modem anda sama ada broadband jenis ini dan macam-macam lagi.
Caranya ialah seperti berikut:
1. Masukkan no IMEI ke dalam website ini: http://a-zgsm.com/huawei.php
2. Kemudian dapatkan no. unlock
3. Anda boleh menggunakan broadband Celcom anda di modem Maxis seperti dibawah
Untuk Simkad broadband 1 Malaysia seperti ini, bandwidth telah dicapped kepada 800MB sahaja walaupun untuk 30 hari. Maka kemungkinan ia lebih sesuai digunakan di Android Dekan berbanding broadband.
Baiklah, sekian sahaja wahai pembaca setia.
27 Oct
Assalamualaikum w.b.t.
Siapa di sini yang pernah dengar istilah Knowledge Management? Semestinya ramai yang tidak pernah dengar, ia adalah istilah yang majorly digunapakai dalam bidang pengurusan, minorly dalam IT.Ada sesetengah orang berpendapat Knowledge Management (Pengurusan Pengetahuan) ini tidak pernah wujud atau boleh dicapai kerana kita tidak boleh ‘menguruskan pengetahuan’. Betul. Namun untuk pengetahuan pembaca yang masih setia semua, itulah kerja Dekan pada tahun ini dari awal tahun sampai sekarang.
Walaupun ‘menguruskan pengetahuan’ untuk syarikat, namun blog sendiri tidak terurus. Baiklah, Dekan cerita sedikit tentang Knowledge Management (KM). KM ini banyak dipraktikkan oleh organisasi-organisasi supaya pengetahuan itu dapat direkod, dijaga dan dikongsi boleh berlaku dengan efisyennya. Mungkin antara sedar dengan tidak, organisasi anda mempraktikkannya tapi tidak menakannya sebagai KM. Walau bagaimanapun, istilah KM lebih meluas merangkumi keseluruhan organisasi misalnya dan lebih teratur berbanding apa yang mungkin ada praktikkan sekarang.
Antara unsur yang perlu ada dalam KM ialah Pengetahuan (Knowledge), Orang (People) dan Proses (Process). Jika terdapatnya tiga unsur ini, maka KM boleh dipraktikkan dengan efisyennya. Berkenaan bidang IT pula, KM melihat IT sebagai ‘tools’ terbaik untuk meng’enhanced’kan dalam proses perkongsian, preserved dan sharing maklumat yang penting. Jadi, penglibatan IT adalah terbaik pada masa kini sebagai teknologi bagi mempercepatkan (drive) proses KM.
-imej KM
- imej IT in KM
Jadi untuk projek Dekan sekarang, setiap orang dalam organisasi mempunyai pengetahuannya tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka mahir. Dan mereka tidak akan mengongsikannya sebarangan kerana “Knowledge is Power’. Maka, apa yang boleh dilakukan ialah memberi ganjaran kepada mereka jika berlaku proses sharing tersebut. Namun, antara cara lain yang difikirkan sesuai oleh Dekan ialah menggunakan elemen Proses dalam KM untuk mempercepatkan proses perkongsian.
Kiranya semua proses sedia ada akan di’tune-in’ kepada proses perkongsian maklumat secara langsung, pengetahuan itu dapat direkodkan dan digunakan sebaiknya. Jadi, projek ini dinamakan Process Oriented Knowledge Management.
- imej kedudukan POKM.
Baiklah, jika ada di antara pembaca yang ingin berkongsi pendapat atau telah mempraktikkan KM, boleh sama-sama berdiskusi dengan Dekan dengan menghubungi admin /at/ mywindowsxp.info
Sekian, terima kasih.
26 Aug
Salam pembaca semua,
Pada ksempatan ini Dekan ingin mengucapkan Berpuasa, Selamat Bertarawih (tolong jangan abaikan walaupun sudah mood raya), Selamat beribadah semoga mendapat malam Lailatul Qadar. Semoga ibadah itu berterusan walaupun selepas bulan Ramadhan ini.
Jika anda mahu pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri, pastikan anda mengikut cadangan perjalanan yang disarankan oleh PLUS supaya memudahkan anda dan juga semua pihak. Berikut ialah cadangan plus tersebut:

Jadual Cadangan Waktu semasa perayaan. Klik untuk besarkan.
dan bagi Lebuhraya Pantai timur.
Bagi mengikuti perkembangan trafik secara realtime pula anda boleh mendapatkan info tersebut di http://twitter.com/LLMinfotrafik selain mendengar di radio.
Bagi kamera yang diletakkan di highway-highway pula anda boleh melihatnya di sini: http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx atau dengan menggunakan smartphone sama ada iPhone atau Android anda menggunakan aplikasi (search:trafik Malaysia) yang sepatutnya.
Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Raya jemput la datang ke rumah. :p Tapi Dekan cuma ada di rumah pada hari Khamis dan Jumaat sahaja.
Sajer-sajer.. LAlala