18 Feb
sambungan daripada cara install Partititon Magic…
Menggunakan perisian Partition Magic ini, anda dapat melakukan beberapa perkara berkenaan hard disk anda. Buka setakat Parttion atau asingkan atau membelah drive, anda juga dapat mencantum (merge), mensaiz semula (resize), membuat backup untuk sesuatu partition, dan menginstall OS yang lain di sesuatu drive/partition.Sambungkan daripada tutorial sebelumnya, di sini saya cuma akan mengajar bagaimana membuat partition hard disk sahaja. Ikuti tutorial langkah demi langkah berikut.
Tutorial 3 : Cara-cara hendak membuat partition hard disk di Windows XP
Langkah 1 : Tandakan Disk mana yang anda mahu partition/partisi (jika anda ada lebih dari satu hard disk).
Rajah 1. (Klik untuk besarkan)
Langkah 2 : Klik “Create a new Partition”.
Rajah 2. (Klik untuk besarkan)
Langkah 3 : Klik Next.
(more…)
17 Feb
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebenarnya, entri ini sudah lama saya berniat hendak tulis. Tetapi disebabkan masa yang mencemburui dan atas sebab-sebab tertentu, hasrat saya terbantut. Walau bagaimanapun, atas permintaan seorang pembaca, saudari Suaibah, yang telah lama bertanya di dalam emelnya, sempat juga saya siapkan malam ini. Maaf ya lambat.Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan disk partition dalam windows xp.Tutorial 1 : Pertama sekali, saya menganggap anda semua sudah menginstall Power Quest Partition Magic. Ikuti langkah berikut untuk install :
1. Klik 2 kali kat setup.
2. Klik Next
3. Untuk Licence Agreement ini, scroll sampai ke bawah (sebagai syarat saja) dan klik Yes.
4. Pilih destinasi untuk install, dan klik next.
5. Tandakan Typical dan klik Next.
6. Klik Next lagi, dan Partiton Magic akan diinstall.
7. Pilih sama ada untuk membuat disket keselamatan. Walau bagaimanapun, jika tiada disket pun tidak mengapa. Cuma dikuatiri sesuatu berlaku sahaja.
8. Klik Finish.
Tutorial 2 : Ok. Sekarang langkah berikutnya. Saya anggap anda sudah mempunyai lesen untuk perisian tersebut. Jika anda menggunakan keygen, sila ikut langkah berikut :
(more…)
19 Jan
Jika anda mempunyai satu folder yang penuh fail-fail anda dan anda perlu senaraikan nama untuk setiap fail tersebut, adalah melecehkan jika terpaksa menyalin satu persatu. Namun, terdapat cara yang amat mudah untuk menyenaraikan nama fail-fail tersebut. Ikuti video berikut untuk menyalin nama fail ke dalam satu fail teks iaitu notepad.
Antara command atau sintaks lain yang boleh digunakan untuk senaraikan fail adalah :
Asas : [drive letter]:\[folder] > [nama fail.txt]
Tambahan :
/a - senaraikan mengikut attribut tertentu
/b - menggunakan format asas (tiada maklumat atau summary dimasukkan)
/c - memaparkan tanda koma untuk ribuan.
/d - fail disenaraikan mengikut kolum
/l - menggunakan huruf kecil semua.
/o - memaparkan fail mengikut susunan tertentu
/q - memaparkan owner fail tersebut
/s - memaparkan fail dalam direktori tertentu dan semua subdirektori
/t - memaparkan fail mengikut susunan masa sama ada tarikh dicipta, modify, last akses
/w - fail disenaraikan mengikut kolum
Ok.
Sajer-sajer.. LAlala