Archive for the ‘Windows XP’ Category

Assalamualaikum,

Tatkala anda membuka komputer adik anda atau laptop anda yang lama, agak merunsingkan jika kata laluan atau password Windows tersebut terlupa. Jadi anda tidak boleh log-in kerana terdapat password protect untuk akaun personal di komputer itu.

Fear not. Dekan has the solution. :) Huhu. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada adik Hidayah kerana telah menge’hack’ laptop beliau kerana kelambatan menghantar password di saat emergency. Ampun. :p

Berikut ialah tutorial ‘godam’ (konon) Dekan untuk mendapatkan akses ke computer tersebut.

Langkah 1 : Tekan CTRL+ALT+DEL pada skrin nama tersebut. Satu window akan muncul.

Langkah 2 : Letakkan nama sebagai ‘Administrator’. Dan biarkan ruangan password kosong. Tekan OK.


Logon sebagai administrator

Langkah 3: Jika anda berjaya masuk ke computer tersebut, sebut Wallaa! :p

Langkah 4: Okay, sekarang anda berada di dalam Administrator mode. Anda tidak boleh mengakses dokumen mahupun Perisian di dalam akaun sebenar pengguna. (Folder di dalam Document and Setting.) Error berikut akan keluar:

Langkah 5: Ok, sekarang klik Start -> Run.. -> taip ‘cmd’.

Langkah 6: Taip ‘net user’:

Perhatikan nama pengguna untuk komputer tersebut disenaraikan satu persatu. Pilih akaun sepatutnya. Dalam kes ini saya memilih “Nurul Hidayah”.

Langkah 7: Ok. Empat perkataan ajaib tersebut ialah:

net user “Nurul Hidayah” *

Taip semuanya termasuk tanda asterisk (*). Untuk kes anda, gantikan nama pengguna tersebut dengan nama sepatutnya.

Langkah 8: Kemudian masukkan password temporary anda. (Password anda yang baru la tuh. Dah kena hack.) Masukkan sekali lagi untuk confirmation.

Langkah 9: Kemudian restart kembali computer.

Langkah 10: Pada ruangan username akaun itu kembali masukkan password anda yang baru di ruangan password pada akaun tersebut. Ucapkan Alhamdulillah jika anda berjaya masuk ke komputer tersebut. :)

Selamat menggodam. Ampun sekali lagi. Huhu..

Assalamualaikum,

windowsxp2.jpg

Windows XP

Satu artikel menarik di internet oleh seorang dari Yahoo Tech, Christopher Null, yang mengatakan Windows XP akan keluar daripada pasaran pada Jun 2008. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan Windows XP anda sampai bila-bila. Cuma pengeluarannya akan berhenti mengikut artikel tersebut.

Saya rasa banyak syarikat yang masih menggunakan Windows XP. MAk ayah, kakak adik, ramai selesa menggunakannya kerana interfacenya lebih user friendly tambahan Windows XP sudah sebati dengan kehidupan harian kita. So, siapa pengguna Windows XP sini angkat tangan! :) Yes2, banyak rupanya.. Banyak kritikan telah diterima artikel tersebut. Begitu juga agak sukar kepada semua pembuat software dan hardware seluruh dunia untuk memastikan produk mereka Vista-friendly. So, jangan risau.

Windows Vista

Sekarang banyak laptop sudah di’equip’kan dengan Windows Vista. Pemberhentian pengeluaran produk Windows XP ini adalah untuk memberi laluan kepada pasaran Windows Vista pada masa akan datang. Berapa ramai sudah yang memakai Vista? Saya pun belum serasi lagi dengan Vista. Laptop adik saya kot yang ada Vista Home Edition pun. Selebihnya semua komputer (di rumah dan di sini) adalah Windows XP. Walau bagaimanapun, kepada pembaca semua, saya akan terus post tentang Windows XP selagi saya tidak menukar ke Windows Vista. :)

Sneak Peak

Will Windows XP really no longer be on sale after June 30? Sorry for the double negative, but no. All this means is that Microsoft will stop selling the OS. Finding a computer with XP preinstalled will likely be very difficult, as well. However, you’ll still be able to find copies for the foreseeable future, and likely the unforeseeable one, too. See for yourself: You can find copies of just about any Microsoft product, including ancient versions of Windows and even MS-DOS, by simply searching online. But hang on to your current copy of Windows XP. You may need it down the road if you don’t want to move to Vista..
Baca artikel seterusnya di sini.

Sekian. :)

Assalamualaikum,

Sekian lama, teringin lak update. Baru sebentar tadi pendrive partner FYP saya, si Jefri, terkena seakan-akan virus. Beliau mencari-cari rakan yang mempunyai Windows Vista untuk memformat kembali pendrive NTFS nya. Malangnya semua sudah hilang, maklumlah Arsenal VS Man U.. :p

Jadi terpaksalah beliau memformat kepada FAT32. Ops, nanti dulu. Sebenarnya anda boleh menggunakan Windows XP untuk format USB/Flash/Thumb/Pen Drive anda ke NTFS. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah berikut:

  1. Cucukkan pendrive tersebut ke PC anda.
  2. Klik kanan My Computer, pilih Manage.
    mycomputer.jpg

  3. Klik pada Device Manager. Pada bahagian kanan, pilih Disk Drive, dan Highlight Pendrive anda. Contohnya macam dalam gambarajah, MP3 SONY yang best itu telah saya tandakan. Hehe..
    mycomputer2.JPG

  4. Klik kanan, dan Pilih Properties.
  5. Kemudian, pada tab Policies, tandakan Optimize for Performance.
    mycomputer3.jpg

  6. Ok. Close semua.
  7. Buka My Computer anda. Klik kanan pada Pendrive, pilih “Format..”
  8. Pilih NTFS. Tekan Format.
    mycomputer4.jpg

  9. Sekian.

Selamat mencuba.

P/S: Jefri kata kalau NTFS lagi laju (read ngan write). Tidak tahulah pula saya. Betul lah kot. :)

  • 2 Comments
  • Filed under: Windows XP