20 May
Assalamulaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,
Dalam kerja seharian, ada sesetengah orang menggunakan VMWare atau Virtual Machine Software untuk simulasi pelbagai OS dalam satu komputer. VMWare ini ialah perisian seperti Virtual Box dan lain-lain perisian yang membolehkan anda menginstall sistem pengoperasian di dalamnya sama ada Linux ataupun Windows dan sebagainya. Satu masalah yang sering timbul semasa menggunakan VMWare ialah masalah kekurangan ruang storan di dalam imej virtual tersebut. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kapasiti VMware anda. Antaranya ialah dengan menambah satu lagi virtual Hard Disk iaitu dengan cara berikut:
1. Mula-mula, buka Vmware anda. Pastikan imej belum ‘Start’. Klik pada menu VM. Kemudian, klik ‘Settings…’
2. Anda akan mendapat window seperti ini. Klik “Add…”:

3. Tandakan Hard Disk, kemudian klik Next > :

4. Pada Disk, tandakan ‘Create a new virtual disk’ :

5. Pada menu ‘Select a Disk Type’, tandakan yang mana bertulis ‘Recommended’:

6. Namakan Disk File anda. Disarankan anda membiarkan sahaja nama yang tertera di situ. Kemudian klik Next:

7. Pada ‘Specify Disk Capacity’, letakkan saiz disk yang anda mahu. Dalam tutorial ini, Dekan cuma gunakan 2Gb sahaja:

8. Perhatikan Hard Disk kedua dengan kapasiti 2Gb telah dicipta:

9. Buka imej VMWare anda. Sekarang kita akan wujudkan partition untuk hard disk kedua. Klik Start -> My Computer. Klik kanan. Satu menu akan keluar, pilih ‘Manage’:

10. Window Computer Management akan keluar. Pilih Disk Management di bahagian kiri, perhatikan hard disk kedua anda ditulis ‘Not Initiliaze’ dan ‘Not Allocated’:

11. Klik kanan pada ruangan Disk 1 seperti dalam gambar, dan pilih ‘Initialize Disk’:

12. Tandakan Disk 1, dan klik OK.

13. Klik kanan pada Unallocated Disk Space. Pilih ‘New Partition’:

14. Pilih Primary Partition dan klik Next:

15. Letakkan saiz yang anda mahu. Disarankan letak sahaja nilai maksimum yang anda tentukan sebelum ini. Klik Next:

16. Tentukan Drive Letter untuk Hard Disk tersebut. Disarankan biarkan sahaja tanpa diubah drive yang tercetak:

17. Nyatakan Jenis Sistem untuk diformat, nama dan sebagainya:

18. Klik Finish.

19. Jeng3.. Lihat hard disk anda telah berjaya dicipta. Sekian, terima kasih.

Oh ya sebelum terlupa. Dekan menggunakan VMWare Workstation untuk tutorial ini. Tidak tahu pula sama ada anda boleh melakukannya dengan VMware Player ataupun perisian VM yang lain.
Sekian, terima kasih.
10 Apr
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian,
Satu hari, semasa sedang sibuk bekerja, bos Dekan memberi arahan,
BOS: “D, put all the details in a folder called ‘aux’ and email to me as soon as possible.” (D, letakkan semua yang berkaitan di dalam folder ‘aux’ dan emailkan kepada saya secepat mungkin.)
Dekan: “Right away, sir!” (Sekarang juga, tuan!)
Kemudian, kelihatan beliau tersenyum tanpa diketahui sebabnya.. Tidak lama kemudian, Dekan menghadapi suatu masalah…
BOS: “What happened, dude?” (Apa yang berlaku?)
Dekan: “Nothing sir, it just the folder won’t renamed.” (Tidak ada apa-apa tuan, cuma folder tersebut tidak boleh dinamakan semula.)
BOS: (Sambil tersenyum) “Just kidding ‘lah’. There are some folder names reserved in Windows that you cannot create it just like that.” (Gurau sahajalah. Terdapat beberapa nama folder dikhaskan dalam Windows yang anda tidak boleh cipta dengan begitu sahaja.)
Dekan: “Darn..” :p
Terkena pula Dekan kali ini. Huhu. Jika anda tidak percaya, cubalah sendiri. Klik kanan pada Desktop, pilih New -> Folder, dan namakan sebagai ‘aux‘ tanpa pembuka/penutup kata.

Selain nama aux, terdapat beberapa nama lain lagi yang boleh anda cuba seperti:
Ini adalah ralat yang akan diberikan:

Sebenarnya Windows telah me’reserve’kan nama-nama tersebut untuk digunakan dalam memorinya. Cuba klik Start -> Run.. -> “cmd”. Kemudian taip ‘mem /d’. Nama tersebut dirizab untuk ‘System Device Drive’.

Terdapat beberapa trik jika mahu menggunakan nama tersebut. Gunakan command dalam DOS. Sekian sahaja selamat mencuba.
![]()
26 Oct
Salam pembaca semua,
Minggu lepas, ada seorang Hamba Allah bertanya kepada Dekan bagaimana untuk membuatkan attribute sesuatu folder itu tidak hidden. Kebanyakan folder sistem dan juga folder yang mengandungi virus akan meletakkan attribute sebagai sistem folder supaya mangsa tidak berjaya mengesan jika tidak menyahtanda “Hide protected operating system files.” di Folder Option komputer.
Beliau cuba memberi cabaran dengan memberi satu folder di sini, yang menunjukkan attribute untuk unhide dikunci.

Properties bagi folder tersebut
Ok, berikut ialah cara Dekan meng’unhide’kan folder tersebut:
1. Klik Start -> Run.. dan taip “cmd” untuk membuka command prompt.
2. Kemudian tukar ke path di mana folder tersebut di sembunyikan. Dalam contoh ini, Dekan tukar ke path C:\
“cd C:\”
3. Kemudian, taipkan berikut untuk mengubah attribut:
“attrib -s -h -r DekanHidden”

Gantikan DekanFolder dengan nama folder/fail anda.
4. Lihat semula di Windows Explorer, anda dapat lihat Folder anda tidak disembunyikan kembali..
Remark:
-s = unset system attribute
-h = unset hidden attribute
-r = unset read-only attribute
Lihat kembali properties dan anda dapat kembali:

Sekian, selamat mencuba.
Sajer-sajer.. LAlala