25 Jun
Kesinambungan dengan entri tentang tools yang digunakan untuk menembus sekuriti (wah, mampu kah?), terserempak dengan salah satu website Cybersecurity Malaysia,- esecurity - Towards Building A Security Culture.

Kempen kesedaran sekuriti untuk rakyat Malaysia. Ada muat turun dan juga video yang menarik sekali. Comella Red tuh. Hihi..
Terbahagi kepada 3 bahagian, Kids, Parents dan Organization.
Artikel yang mudah menerangkan apa itu spam, apa itu penipuan internet, tip-tip untuk mengelakkan penipuan dalam jual beli internet dan lain-lain lagi.
Just layari dengan slow and steady - very much information. ![]()
8 Jun
Open Source bermaksud sumber terbuka, manakala CMS bermaksud Content Management System. Ini bermaksud sumber terbuka untuk sistem pengurusan kandungan. Pening? Hehe. Ia digunakan untuk membuat sebuah laman web dengan kadar segera, tanpa perlu mengetahui koding2 dengan mendalam atau sedikit pun. Banyak laman web atau portal telah dibangunkan pada masa sekarang dengan menggunakan cara ini.
Semasa sedang mencari genre (betulkah genre? :p) sesuai untuk membuat satu laman web lain untuk komuniti, saya terserempak dengan satu laman web OpensourceCMS yang menyenaraikan semua ‘open source content management system’ berserta dengan test page dan muat turun sekali.
Seperti entri sebelum ini yang mengajar penggunaan fantastico, anda juga boleh mendapatkan perisian membuat laman web percuma itu (open source katakan.. ) dan tambahan lain-lain lagi di sini.
Antara genre2 atau kategori untuk membuat laman web sekarang terbahagi kepada:
1. Portal
2. Blog
3. e-Commerse
4. Groupware
5. Forum,
6. e-Learning
7. Galeri Imej
8. Wiki
9. dan lain2.
Untuk membuat laman web di atas, anda memerlukan satu domain (seperti .com, .net) dan satu web hosting (sebagai tempat simpan fail, dokumen atau gambar-gambar untuk laman web anda.)
![]()
31 Mar
Salam sejahtera pembaca,
Anda mahu muat turun sesuatu, tetapi tidak tahu alamatnya? Salah sebuah tempat storan online yang terbesar di dunia, Rapidshare adalah syurga muat turun untuk semua perisian, muzik mp3, movie, dan lain-lain lagi di internet. Mungkin cara berikut biasa anda praktikkan semasa mencari ‘item download’ anda itu - dengan menambah parameter: “site:rapidshare.com“.
Contohnya begini: Katakan anda mahu mencari ebook bertajuk seperti “computer“. Masukkan perkataan anda begini: “Computer ebook site:rapidshare.com“.
Selain cara di atas, terdapat satu lagi cara yang mudah - menggunakan enjin carian rapidshare. Beberapa senarai enjin carian terdapat di sizlopedia dan gHacks tetapi sebahagian daripadanya sudah rosak.
Berikut ialah senarai 24 enjin carian rapidshare yang anda boleh gunakan untuk mencari item anda:
2. rapidlibrary
3. filez
4. filecrop
5. rapid.tvphp
6. 4megaupload
7. filescoop
8. rapidshare1
11. rapidfox
12. hellafiles
13. filesearch.gr/
14. oplahol.
15. rsfind
16. rapidrat
17. searchshared
18. shareminer
19. filesbot
20. rapidosearch
21. oneclickfiles
22. rapidsharelink
23. megadownload
24. avun
Cara menggunakan Google amat baik, tetapi kadangkala ada fail yang akan terindeks jauh dalam GoogleSearch. Adalah lebih baik jika anda menggunakan enjin carian khas seperti di atas.
Selamat men’download’.
Sajer-sajer.. LAlala