Archive for the ‘Virus’ Category

“Show Hidden Files and Folder”

Selamat sejahtera,

Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk ‘Show Hidden Files and Folders‘ di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya.

Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda ‘Show hidden Files and Folders’ dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, ‘Show hidden Files and Folders’ kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada ‘erorr’ tersebut.

Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan:

Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com)

Ubah registry.. (Klik untuk besarkan)

1. Buka regedit (Start -> Run.. -> regedit)
2. Cari kekunci berikut :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
3. Lihat pada ‘checkedValue’. Pastikan ia adalah Dword (hexadecimal) bernilai 1.
4. Jika tiada, buatkan satu kekunci ‘CheckedValue’ dengan Dword yang bernilai 1.
5. Keluar dan lihat semula ‘Show Hidden Files and Folders’. Sepatutnya dah ok.

(more…)

  • 0 Comments
  • Filed under: Virus, Windows XP
  • Malware yang menyerang komputer saya

    Assalamualaikum,

    Maaf pembaca sekalian kerana tidak sempat kemaskini entri sejak akhir-akhir ini. Ada sedikit masalah yang saya hadapi di sini. Yang terkompleks sekali mungkin disebabkan satu malicious ware (skrip yang jahat) yang menyerang komputer saya baru-baru ini.

    Malware atau spyware ini mengeluarkan satu arahan palsu di taskbar saya seperti gambar di atas. Selain daripada itu, ia juga mengeluarkan ikon Windows Update di desktop saya yang jika diklik akan membawa saya ke laman web storageprotector.com.

    Pada laman web tersebut, terdapat kononnya perisian untuk memulihkan virus itu. Jangan percaya, ini semua palsu belaka. Jika anda juga menghadapi masalah sedemikian jangan sesekali install perisian tersebut. :)

    Antara simptom yang dihadapi oleh komputer saya sekarang ialah :

    1. Ikon bubble amaran di taskbar sering muncul (”A Critical error could occur”)
    2. Komputer saya menjadi lembab (slow).
    3. Processing CPU di Task Manager saya adalah 100% pada ketika tertentu.
    4. Munculnya proses baru di task manager iaitu ‘windows’ (huruf kecil).

    Fuh.. agak letih nak membasmi malware atau spyware tersebut. Macam kurang efektif pula. Saya dahulu pernah kena sebegini, tetapi dengan mudahnya menggunakan perisian smitrem. Sekarang macam tidak boleh pula.

    Jadi, kalau worst comes to worst, mungkin terpaksa format dahulu windows xp saya itu. :( Ok. Siapa ada jalan penyelesaian boleh juga beritahu saya. BTW, Hijackthis tidak jumpa proses malware itu.

    Sekarang sedang menggunakan uBuntu untuk masuk internet. Hehe.. Sekian.

  • 0 Comments
  • Filed under: Virus

  • Selamat petang semua,

    Entri dibuat khas untuk rakan tempat saya bekerja dahulu yang bertanyakan tempat atau laman web memuat turun definisi virus atau update untuk antivirus yang dipakai beliau. Malangnya beliau tidak memberitahu antivirus apa yang dipakai. Tapi tidak mengapa. :)

    Di sini juga sya letakkan link untuk antivirus online-scanning yang boleh anda gunakan untuk mengimbas komputer anda secara online.

    Berikut adalah senarai antivirus dan tempat memuat turun kemaskinian virus tersebut :

    Antivirus

    Kemaskini (Updater)

    Pengimbas online

    1.

    AVG Antivirus

    (.bin extension)

    AVG website

    Softpedia website

    Tiada

    2.

    McAfee

    (.dat extension)

    McAfee Security Updates

    McAfee SuperDAT Updates

    Ada

    3.

    Kaspersky

    (.zip extension)

    Kaspersky website

    Softpedia Website

    Ada

    4.

    Avira Antivir

    (VDF in.zip)

    Avira website

    Softpedia Avira Desktop

    Tiada

    5.

    Avast

    (VpsUpd.exe extension)

    Avast website

    Ada

    6.

    Norton Antivirus

    (.exe extension)

    Norton - English

    Ada

    7.

    Sophos

    (IDE in .zip)

    Sophos website

    Tiada

    8.

    Bit Defender

    (.exe and .zip extension)

    Bit Defender website

    Softpedia Website

    Ada

    9.

    ESET Nod32

    Tiada update secara manual disediakan secara rasmi.

    Langkah update manual

    Ada

    10.

    Trend Micro (PC-Cillin)

    (.tar and .zip extension)

    Trend Micro website

    Softpedia website

    Ada

    11.

    F-Secure

    (.exe and .zip extension)

    F-secure website

    Ada

    12.

    CA Antivirus

    CA website

    Ada

    13.

    Panda Antivirus

    (.zip extension)

    Panda website

    Softpedia website

    Ada

    S : Saya hendak pakai antivirus, tapi tidak tahu yang mana satu?

    J : Semua antivirus mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Untuk antivirus yang standard yang percuma, saya cadangkan AVG Free Edition sahaja. Jika anda ingin panduan 10 terbaik antivirus, boleh lawat di website toptenreviews.com atau klik sini sahaja.

    Selamat mengemaskini antivirus anda.