For All Malaysian Who Wish To Learn And Discover More…
6 May
Assalamualaikum,
Tatkala anda membuka komputer adik anda atau laptop anda yang lama, agak merunsingkan jika kata laluan atau password Windows tersebut terlupa. Jadi anda tidak boleh log-in kerana terdapat password protect untuk akaun personal di komputer itu.
Fear not. Dekan has the solution.
Huhu. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada adik Hidayah kerana telah menge’hack’ laptop beliau kerana kelambatan menghantar password di saat emergency. Ampun. :p
Berikut ialah tutorial ‘godam’ (konon) Dekan untuk mendapatkan akses ke computer tersebut.
Langkah 1 : Tekan CTRL+ALT+DEL pada skrin nama tersebut. Satu window akan muncul.
Langkah 2 : Letakkan nama sebagai ‘Administrator’. Dan biarkan ruangan password kosong. Tekan OK.

Langkah 4: Okay, sekarang anda berada di dalam Administrator mode. Anda tidak boleh mengakses dokumen mahupun Perisian di dalam akaun sebenar pengguna. (Folder di dalam Document and Setting.) Error berikut akan keluar:

Langkah 5: Ok, sekarang klik Start -> Run.. -> taip ‘cmd’.
Langkah 6: Taip ‘net user’:

Perhatikan nama pengguna untuk komputer tersebut disenaraikan satu persatu. Pilih akaun sepatutnya. Dalam kes ini saya memilih “Nurul Hidayah”.
Langkah 7: Ok. Empat perkataan ajaib tersebut ialah:
net user “Nurul Hidayah” *
Taip semuanya termasuk tanda asterisk (*). Untuk kes anda, gantikan nama pengguna tersebut dengan nama sepatutnya.
Langkah 8: Kemudian masukkan password temporary anda. (Password anda yang baru la tuh. Dah kena hack.) Masukkan sekali lagi untuk confirmation.

Langkah 9: Kemudian restart kembali computer.
Langkah 10: Pada ruangan username akaun itu kembali masukkan password anda yang baru di ruangan password pada akaun tersebut. Ucapkan Alhamdulillah jika anda berjaya masuk ke komputer tersebut.
Selamat menggodam. Ampun sekali lagi. Huhu..
17 Mar
Selamat Pagi,
Pada hari ini, saya akan mengajar anda membuat persembahan Powerpoint (Powerpoint Presentation) yang berlatarbelakangkan seperti sebuah laman web. Maksud saya mempunyai navigasi (navigation) seperti sebuah website. Anda boleh klik navigasi tanpa perlu keluar dari powerpoint show tersebut.
Lihat contoh slide di bawah, anda tentu tidak percaya navigasi tersebut adalah berfungsi sepenuhnya:
Contoh Powerpoint Presentation bernavigasi seperti web
Ok. Triknya mudah sahaja. Gunakan Slide Master untuk page yang statik seperti latar belakang anda, dan tindihkan butang navigasi baru di atas butang navigasi sedia ada. Dapat tangkap? Bagus.
9 Mar

Pernahkah anda dengar perisian Wireshark? Dahulu wireshark yang dikenali sebagai Ethereal ialah perisian yang digunakan untuk menganalisa protokol network dan juga internet. Jika anda pernah mengambil CCNA dari CISCO, mungkin anda sudah biasa dengan perisian ini. Banyak benda yang anda akan ketahui jika pandai menggunakan wireshark ini seperti laman web apa yang sedang dimasuki oleh rakan ofis anda ketika ini, username dan password jika bernasib baik, dan lain-lain lagi kerana anda boleh menganalisa trafik internet di kawasan anda.
Kali ini saya akan membuat sedikit tutorial (bukan cara hack ya,
) tentang cara asas menggunakan wireshark:
Komen2 Terbaru