16 Apr
Assalamualaikum dan selamat malam,
Mencari tempat memuat turun mp3? **Cubalah di sini:
Lagu ‘Negaraku’ pun ada. Cepat, sementara stok masih ada. ![]()
* Baca dahulu nasihat daripada Dekan
Sumber mp3 yang lepas
Jika dahulu, sumber mp3 boleh di cari di Google Search, mp3000.net, multiply.com, emp3world.com, lagubaru.net dan juga di website blogspot yang lain seperti muaturun, dan lain-lain lagi. Boleh juga dicari di rapidshare menggunakan enjin cariannya. Tetapi sekarang banyak laman web yang mengedarkan MP3 terpaksa ditutup. Maklumlah, sebabnya mengedarkan bahan copyright tanpa lesen. Tambahan pula jika kandungan tersebut di host di website sendiri.
Oklah, berkenaan dengan copyright item, cuba fikirkan format mp3 ini sahaja mudah di’convert’ dari windows media player, mempunyai saiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana, dan amat mudah untuk diedarkan di internet. Ia menyukarkan pemilik hakmilik musik tersebut untuk mengenakan bayaran royalti, jika bahan tersebut dalam format mp3. [via Law of The Internet]
MP3 itu sendiri adalah sah selagi anda tidak melakukan trading atau pertukaran dengan rakan anda tanpa izin daripada pemilik hakcipta - definisi dari Bresso.
Antara artikel menarik yang boleh dibaca:
- MP3 yang sah
- Pelajar dikenakan tindakan berhubung pengedaran MP3
- UK akan ‘ban’ perkongsian fail secara haram (illegal) pada 2009
* Nasihat daripada DeKaN, sokonglah industri muzik Malaysia dan dunia. Belilah yang Original.
** Disclaimer: Mp3 tersebut tidak dihost di mywindowsxp. Jika anda memuat turun, delete dalam masa 24 jam. Lame excuse but this all I can say.
Sekian, terima kasih.
10 Jan
Photoshoptutorials.ws - Tutorial langkah demi langkah untuk Photoshop ini menerangkan secara terperinci daripada asas sehinggalah bagaimana membuat sesuatu efek atau animasi. Terdapat banyak tip dan trik yang boleh dipelajari dari laman web ini.
photoshopstar.com - Laman web ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak tutorial langkah demi langkah yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
entheosweb.com - Jika anda ingin belajar photoshop untuk membina laman web, mungkin anda boleh melihat tutorial di sini. Terdapat hampir 50 tutorial untuk Photoshop disediakan sebagai asas untuk kegunaan di laman web.
fstutorials.com - Laman web ini menyediakan langkah demi langkah untuk design sesuatu. Amat menarik untuk anda lawati.
photoshoproadmap.com - Laman web ini adalah tempat mengumpul teknik-teknik photoshop yang dihantar dari berlainan penulis. Ada banyak juga trik yang menarik yang mesti anda lihat.
Selain daripada 5 di atas, terdapat banyak lagi laman web yang menyediakan tutorial untuk photoshop yang menarik-menarik untuk anda cuba.
Ok. Selamat menjadi artis digital.
Sajer-sajer.. LAlala