Archive for the ‘Perkakasan’ Category

Selamat pagi pembaca budiman sekalian,

Nokia N95 (contoh HP 3G)


Topik kali ini saya rasa amat unik dan mungkin anda semua boleh mencubanya. Terdapat dua cara untuk menggunakan telefon 3G anda mengakses ke internet. Fisrt, dengan menggunakan Bluetooth Hp dan Blutooth Laptop anda. Second, dengan menggunakan USB Cable yang khas untuk handphone anda ke laptop/komputer.

Walau bagaimanapun, di sini saya akan ceritakan tentang cara yang pertama tadi sahaja iaitu menggunakan Bluetooth. Langkah2 di bawah mungkin berlainan bagi setiap telco (maxis, celcom) dan model telefon, tapi at least anda akan mendapat sedikit idea tentang cara setup 3G HP sebagai modem.

Langkah 1 : ‘On’kan Bluetooth pada Hp anda.
Pada HP 3g anda, pergi ke bahagian Setting -> Menu -> Connections, dan klik ikon Bluetooth. Setkan juga phone’s visibility ke “Show to all”. Seterusnya, namakan juga telefon anda di Preference, bahagian “Your Phone’s Name”.

Langkah 2 : Setup Bluetooth pada laptop anda

1. Klik Start -> Control Panel -> Bluetooth Devices. Klik Add… Seterusnya akan terpapar Add Bluetooth Device Wizard.

2. Tandakan “My device is set up and ready to be found” dan klik Next.

3. Wizard akan mencari device Bluetooth yang available dan dipaparkan mengikut susunan. Sekarang, pilih device yang baru di jumpai itu dan klik Next.

4. Anda akan menjumpai skrin Passkey Setup. Sila tandakan “Let me choose my own passkey dan masukkan apa2 passkey anda (seolah2 password) dan klik Next.

5. Anda akan melihat device Bluetooth anda diinstall. Setelah selesai, anda akan ditanya, “Add to My devices?”, klik Yes. Masukkan Passkey yang sama dalam langkah 4 tadi, dan klik OK. Instal Bluetooth akan bersambung.

6. Klik Finish untuk habiskan wizard Add Bluetooth Device.

Langkah 3 : Setup New Connection pada Laptop anda.

1. Pergi ke Control Panel -> Network Connections, pada panel kiri, klik Create a new connection.

2. Anda akan melihat New Connection Wizard window, klik Next.

3. Terdapat beberapa option untuk connection, sila pilih Connect to the Internetdan klik Next.

4. Kemudian pilih “Set up my connection manually” dn klik Next.

5. Pilih “Connect using a dial-up modem” dan klik Next.

6. Pada skrin Device selection, pilih Modem – Bluetooth DUN Modem (COM21), dan klik Next.

7. Masukkan nama ISP dan klik Next.

8. Masukkan no telefon ISP. Dalam kes ini saya gunakan Maxis, *99#. Kemudian, klik Next.

9. Untuk Connection Availability, tandakan Anyone dna klik Next.

10. Masukkan username dan password anda, serta confirmkan password. Klik Next.

11. Seterusnya, tandakan “Add a shortcut to this connection to my desktop”, dan akhir sekali klik Finish.

Tahniah anda baru sahaja setup HP 3G anda sebagai modem laptop. Seterusnya anda boleh gunakan internet anda seperti biasa selepas mendail connection.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Hai semua,

Log on ke PC anda dan masuk ke website-website anda dengan hanya satu sentuhan jari, tanpa perlu mengingat semua password. Anda hanya perlu meletakkan jari anda di pad ‘receiver’ apabila password dan username diperlukan.

Harga : Lebih kurang USD30.oo -USD40.oo

Produk “Microsoft fingerprint reader” daripada microsoft ini mempunyai feature berikut:


“Convenience with Windows Vista™ Features
Fingerprint Reader and Windows Vista help you get the most out of your PC by making features like parental controls more convenient.

Fingerprint Reader Technology
Say goodbye to passwords—now you can log on to your PC and access favorite Web sites with the touch of your finger.

Easy PC User Switching
Switch users with the touch of a finger, simply pace your finger on the reader when a username and password or required.

Export Your Passwords
Easily export all your saved passwords with the latest version of Fingerprint Reader software .

Okies.

  • 0 Comments
  • Filed under: Perkakasan
  • 2 Sebab Kenapa CD/DVD Anda Rosak

    Assalamulaikum dan salam sejahtera,

    Pernah tak pembaca2 sekalian melihat cd atau dvd yang disimpan rosak? Baru2 ini saya mengalaminya di mana cd yang saya burn untuk cerita koleksi saya telah rosak. Mungkin juga pembaca sekalian pernah mengalami keadaan seperti itu.
    Mungkin kes pembaca sekalian sekadar calar di CD, tapi bagi kes saya, mengharukan.. Layer cd tersebut tercabut (lihat gambar di sebelah).

    Terdapat dua cara untuk CD/DVD akan rosak:

    1. Kerosakan pada “sebelah bacaan CD” (Read side)

    Ketika anda meletakkan CD ke dalam CD player anda, CD player tersebut akan membaca semua maklumat digital daripada bahagian yang bersinar2 di CD anda. Secara mikronya, semua maklumat sekecil2 daripada kod digital akan dibaca.
    Oleh itu, jika terdapat sebarang kotoran, habuk dan calar pada cd tersebut, segala proses bacaan pada cd tersebut akan tergendala dan mungkin rosak sepenuhnya.

    2. Kerosakan pada layer aluminium (pada sebelah label seperti saya di atas.)

    Hal ini adalah berkaitan dengan kimia sedikit. Sebarang oksigen yang berjaya menembusi layer aluminium tersebut akan menyebabkan kerosakan kepada CD/DVD anda. Apbila oksigen bergabung dengan layer aluminium tersebut, aluminium oksida akan terhasil (ia lutsinar) dan menyebabkan pancaran laser CD plyer tidak dipantulkan.
    Sebenarnya layer aluminium (tempat anda semua labelkan cd) itu adalah sangat nipis, dan sebarang lubang kecil atau calar akan mendedahkan oksigen kepada aluminium tersebut.

    Oleh itu, jagalah CD/DVD anda sebaiknya, lebih-lebih lagi CD/DVD yang anda jadikan koleksi itu.

    Sekian :)