29 Sep
Assalamualaikum,

Perisian berikut sedikit sebanyak telah membantu Dekan me’manage’ beberapa perkara yang yang akan dilakukan seperti projek, benda-benda alah kehidupan dan sebagainya. Ia adalah ToDoList yang mana ia adalah sebuah freeware yang anda boleh muat turun secara percuma.

Antaramuka ToDoList (Klik untuk besarkan.)
Beberapa perisian telah Dekan cuba sebelum ini seperti PostItNotes, Total Organizer dan sebagainya. Kelebihan perisian ini adalah simple dan sesuai untuk manage beberapa perkara dan pembangunan projek-projek anda selain ia adalah percuma. ToDoList open source oleh AbstractSpoon ini menarik ramai pembangun software dan mewujudkan plugin-lugin yang menarik yang boleh dicuba.

Kebanyakan perisian lain untuk backlog pula adalah web-based di mana anda mestilah mengkonfigurasikan komputer sebagai server untuk membolehkan ia berfungsi sebagai local.
Sekian sahaja yang ingin Dekan kongsikan. Anda juga mempunyai perisian seumpamanya? Sudi-sudikanlah berkongsi dengan semua.
30 Jun
Salam pembaca sekalian,
Microsoft baru-baru ini telah melancarkan satu produk sekuriti iaitu antivirus yang dinamakan Security Essentials (kodnama: Morro). Ramai yang berkata Security Essential ini adalah berasaskan enjin produk berbayar Microsoft sendiri iaitu Microsoft OneCare.

Microsoft telah membuka link muat turun Security Essentials dalam versi Beta untuk cubaan. Sebanyak 75,000 sahaja muat turun dibenarkan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mencuba Security Essential ini jika anda tahu di mana untuk memuat turunnya. :p
Antivirus percuma Microsoft ini masih mendapat kritikan dari blog-blog IT yang terkenal kerana mungkin ianya masih baru dan meragukan kerana ‘Microsoft’ itu sendiri sama sekali tidak akan memberikan barang secara percuma - (Anda bayar OS Window dan Microsoft Office anda bukan?). Satu ujian telah dilakukan oleh AV-test.org untuk keberkesanan Morro ini, dan ternyata ia mampu mengesan kesemua virus dan kurang/tiada *false positive (Laporan AV Comparative untuk On-Demand Scanning (ODS sahaja, bukan cloud ya.).)Namun begitu ada yang berpendapat terdapat udang disebalik batu dengan tindakan Microsoft tersebut - virus berasal daripada sistem Microsoft itu sendiri, dan kelihatan Microsoft mengeluarkan produk sekuriti mereka pula.
Bergantunglah kepada anda untuk menilai sendiri yang mana baik buruk. Harap Microsoft tidak hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Lepas conquer sektor antivirus, Microsoft lepas tangan ataupun Microsoft kenakan bayaran pula. Apa pula pendapat anda? Sekian sahaja.
20 May
Assalamulaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,
Dalam kerja seharian, ada sesetengah orang menggunakan VMWare atau Virtual Machine Software untuk simulasi pelbagai OS dalam satu komputer. VMWare ini ialah perisian seperti Virtual Box dan lain-lain perisian yang membolehkan anda menginstall sistem pengoperasian di dalamnya sama ada Linux ataupun Windows dan sebagainya. Satu masalah yang sering timbul semasa menggunakan VMWare ialah masalah kekurangan ruang storan di dalam imej virtual tersebut. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kapasiti VMware anda. Antaranya ialah dengan menambah satu lagi virtual Hard Disk iaitu dengan cara berikut:
1. Mula-mula, buka Vmware anda. Pastikan imej belum ‘Start’. Klik pada menu VM. Kemudian, klik ‘Settings…’
2. Anda akan mendapat window seperti ini. Klik “Add…”:

3. Tandakan Hard Disk, kemudian klik Next > :

4. Pada Disk, tandakan ‘Create a new virtual disk’ :

5. Pada menu ‘Select a Disk Type’, tandakan yang mana bertulis ‘Recommended’:

6. Namakan Disk File anda. Disarankan anda membiarkan sahaja nama yang tertera di situ. Kemudian klik Next:

7. Pada ‘Specify Disk Capacity’, letakkan saiz disk yang anda mahu. Dalam tutorial ini, Dekan cuma gunakan 2Gb sahaja:

8. Perhatikan Hard Disk kedua dengan kapasiti 2Gb telah dicipta:

9. Buka imej VMWare anda. Sekarang kita akan wujudkan partition untuk hard disk kedua. Klik Start -> My Computer. Klik kanan. Satu menu akan keluar, pilih ‘Manage’:

10. Window Computer Management akan keluar. Pilih Disk Management di bahagian kiri, perhatikan hard disk kedua anda ditulis ‘Not Initiliaze’ dan ‘Not Allocated’:

11. Klik kanan pada ruangan Disk 1 seperti dalam gambar, dan pilih ‘Initialize Disk’:

12. Tandakan Disk 1, dan klik OK.

13. Klik kanan pada Unallocated Disk Space. Pilih ‘New Partition’:

14. Pilih Primary Partition dan klik Next:

15. Letakkan saiz yang anda mahu. Disarankan letak sahaja nilai maksimum yang anda tentukan sebelum ini. Klik Next:

16. Tentukan Drive Letter untuk Hard Disk tersebut. Disarankan biarkan sahaja tanpa diubah drive yang tercetak:

17. Nyatakan Jenis Sistem untuk diformat, nama dan sebagainya:

18. Klik Finish.

19. Jeng3.. Lihat hard disk anda telah berjaya dicipta. Sekian, terima kasih.

Oh ya sebelum terlupa. Dekan menggunakan VMWare Workstation untuk tutorial ini. Tidak tahu pula sama ada anda boleh melakukannya dengan VMware Player ataupun perisian VM yang lain.
Sekian, terima kasih.
Sajer-sajer.. LAlala