14 Jan
Mungkin para pembaca sudah lama mendengar tentang pelan ini, dan Dekan sudah lama membpunyai SIM Kad 1Malaysia Unlimited Broadband (SKMM) yang dikatakan cuma RM25 sebulan secara pre-paid. Wah ini sudah bagus. Namun, ia tidak dibekalkan sekali dengan modem broadband.
Semalam, Dekan agak terdesak untuk menggunakan internet di suatu kawasan yang tidak mempunyai coverage Maxis yang baik. Maka, Dekan pun menggunakan modem broadband Maxis jenis E1552 dengan SIMkad broadband Celcom. Tatkala menyambung modem, satu popup muncul di interface Huawei Maxis Broadband iaitu “Please enter unlock code:”
Setelah dua kali cubaan, Dekan melihat jika ada solution di internet. Rupanya, modem-modem jenis ini perlu di’unlock’ terlebih dahulu menggunakan kod tertentu. Wah, ini macam-macam pula kerenah ini. :p Ia adalah berdasarkan kod IMEI modem anda sama ada broadband jenis ini dan macam-macam lagi.
Caranya ialah seperti berikut:
1. Masukkan no IMEI ke dalam website ini: http://a-zgsm.com/huawei.php
2. Kemudian dapatkan no. unlock
3. Anda boleh menggunakan broadband Celcom anda di modem Maxis seperti dibawah
Untuk Simkad broadband 1 Malaysia seperti ini, bandwidth telah dicapped kepada 800MB sahaja walaupun untuk 30 hari. Maka kemungkinan ia lebih sesuai digunakan di Android Dekan berbanding broadband.
Baiklah, sekian sahaja wahai pembaca setia.
8 Jan
Assalamualaikum pembaca semua,
Jika anda melawati sesuatu website, IP address di mana anda mengakses internet akan terpapar dalam log website tersebut. Pada masa sekarang terdapat beberapa cara untuk menyembunyikan IP sebenar anda. Sama ada anda menggunakan perisian di komputer mahupun menggunakan online server proxy.
Terdapat banyak proxy server di internet sekarang, tetapi berhati-hati. Ia mungkin merekod aktiviti internet anda dan juga username dan password yang anda taip tatkala menggunakan servis tersebut. Perisian mungkin menjadi pilihan seperti Tor dan JAP. Dalam kes ini, Dekan memilih Tor untuk tutorial anonymity online. Walau bagaimanapun, tidak semua sistem di dunia ini boleh disembunyikan sepenuhnya. Tapi Tor mungkin adalah pilihan terbaik.
![]()
Berikut ialah tutorial untuk Install dan konfigurasi Tor:
Download Tor
Muat turun Tor daripada page ini. Pilih Tor Browser Bundle for Windows atau klik sini sahaja.
Jangan pilih opsyen untuk bundle perisian seperti Vidalia, Torbutton, Polipo, and Firefox dahulu. Kita akan install kemudian.
Install Tor
1. Klik 2 kali pada installer Tor tersebut.
2. Pilih Bahasa English. Klik Next.
3. Pada window ‘Show Component’, pilih untuk install semua. Tandakan semua dan klik Next.
4. Pilih folder atau klik terus ‘Install’ jika mahu menggunakan folder default.
5. Tunggu beberapa saat sehingga ‘Installation Complete’.
6. Pada masa yang sama, jika anda menggunakan browser ‘Firefox’, satu window akan terpapar yang memerlukan pengesahan untuk menginstall plugin ‘torbutton’. Klik Install Now.
7. Kemudian pilih untuk ‘Restart Firefox’. (Jika anda sedang mem’browse’ sesuatu, jangan risau, Firefox akan membuka semula tab tersebut.)
8. Lihat di browser sebelah kanan bawah Firefox anda.
9. Klik ‘Next’ pada installasi vidalia tadi. Dan klik ‘Finish’ sambil menandakan ‘Run installed components now’.
Langkah Hubung ke Rangkaian Tor
1. Pertama sekali, Vidalia Control Panel akan cuba menghubungkan anda dengan network Tor. Tunggu sehingga selesai seperti ini:
2. Buka Firefox, dan masuk ke website untuk melihat alamat IP anda seperti whatismyipaddress. Lihat alamat IP Dekan seperti ini:
3. Klik pada ikon Tor Disable di browser supaya keluar perkataan ‘Tor Enabled’.
4. Jeng3..! Lihat kembali IP anda dengan refresh semula page tersebut. Kelihatan IP Dekan adalah daripada United States. ![]()
Sekian, selamat menyamarkan diri.
14 Dec
Assalamualaikum,

Kelakar pula apabila Dekan menggunakan khidmat terjemahan Google untuk laman web mywindowsxp ke versi Bahasa Inggeris. Kepada para pembaca semua, jika anda melayari sesuatu laman web yang menggunakan bahasa asing, anda boleh membacanya dalam Inggeris atau Indonesia.
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang perkara ini, sebelum ini Google ada menyediakan khidmat penterjemahan perkataan dalam bahasa yang disokongnya. Selain itu, ia juga turut menyediakan penterjemahan laman web sekaligus. Berikut ialah cara yang boleh dilakukan untuk melihat mywindowsxp dalam versi Inggeris.
1. Pergi ke laman web Google Translate iaitu: http://translate.google.com.
2. Masukkan url laman web yang ingin diterjemah. Dalam contoh ini, laman web ini digunakan.
3. Pilih bahasa untuk diterjemah dan bahasa terjemahan.
3.1 Jika Dekan memilih untuk ‘Detect Language’ ke ‘English’, ralat ini akan keluar:
3.2 Oleh itu, Dekan memilih “Indonesian” dan menterjemahkan ke English. Dan Hasilnya ialah seperti berikut:
Amacam? Boleh tak?
Anda juga boleh membaca surat khabar Bahasa Cina secara online dengan cara sebegitu. Tak percaya? Cuba baca Nanyang Siang Pau di sini!
Selain Google, Yahoo juga menyediakan khidmat terjemahan oleh BabelFish.
Sekian sahaja, selamat membaca.
Sajer-sajer.. LAlala