Archive for the ‘Dari Meja Editor’ Category

Mywindowsxp.com is now available

Salam semua,

Seingat saya 2 minggu sebelum ini saya menerima satu email dari sebuah syarikat menyatakan mywindowsxp.com akan down pada tarikh-tarikh tertentu (yang saya lupa) dalam masa terdekat. :)

Berbekalkan rasa ingin tahu yang menebal saya pun menge’check’ di Who.is. Jeng3. Yup, ia akan down pada tarikh tersebut. Maka syarikat itu promote untuk mendaftarkan bagi pihak saya. Hehe. Malangnya saya kurang berminat mahupun fulus pada waktu itu.

Jadi sesiapa yang mahu membeli mywindowsxp.com boleh berbuat sekarang kerana saya tidak akan membelinya. Harap-harap boleh bertahan dengan munculnya saingan Windows Vista pada masa kini.

Sekian.

P/S: Sapa beli beritahu ya. Boleh exchange link. Haha.

Tentang Dekan

Disebabkan Dekan telah ditag oleh cikgu Eriyza dan telah dispotcheck belum menulis tag lagi oleh beliau, maka berikut ialah 8 perkara tentang diri Dekan. BTW, kepada pembaca, blogger suka bermain tag-tag untuk merapatkan silaturrahim antara satu sama lain selain menaikkan link ke blog sendiri.


1. Dekan sedang busy membuat projek tahun akhir. Minggu hadapan beliau akan mempersembahkan hasil projek tersebut di hadapan 3 orang panel. Akan tetapi ‘web server di atas board‘ yang hendak di’up’kan olehnya belum lagi menjadi sehingga malam ini. Sudah 2 minggu beliau usahakan. Doa-doakanlah beliau ya. Hampir..

2. Dekan berkecimpung dalam bidang blog ini sejak Oktober 2007. Mula-mula menggunakan wordpress.com, kemudian blogger.com (pernah dapat PR6 dulu, hehe), kemudian blog ini. Minat memblog mula timbul selepas keadaan boring yang memaksa Dekan mengusahakan sesuatu berkaitan internet. Diinspirasikan daripada kejayaan rakan sekelas iaitu Fauzi Darus yang telah mendapat ‘berjuta-juta’ dolar sehari, terima kasih kerana sentiasa memberi panduan dan pandangan.

3. Dekan suka membeli laksa dan dadih ketika di pasar malam. Tapi kadang-kadang tak beli pun. Tapi dua tu la faveret. Tapi faveret ke ek. Hm.. Bolehla..

4. Rumah dekan (rumah mak ayah la) adalah junction ke bukit dan laut. Dari sini, boleh ke Cameron Highland dengan sejam perjalanan, atau Teluk Batik dengan sejam setengah perjalanan. Datangla beramai2. Hik2. Hujung minggu kita decide..

5. Dekan suka bermain freecell bila memikirkan sesuatu perkara. X percaya, tanya adik Dekan. Kelihatan die senyap2 membaca posting daku. Eleh, macam aku x tau jek. Haha. Selain freecell, Dekan suka bermain Final Fantasy 7 dan 8, Warcraft Dota dan Zuma.

6. Semua negeri di pantai barat Malaysia sudah Dekan travel. hehe. Dekan bersekolah menengah di Perlis, matrik di Perak dan universiti di Johor. Pernah juga ke Sarawak melawat adik yang meuniversitikan diri di sana.

7. Inspite dengan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak puitis oleh dekan di sini, bapa Dekan sebenarnya adalah guru Bahasa Melayu sejak Dekan kecil lagi. Huhu.. Tidak tumpah kuah itu ke nasi. Mungkin kuah lain. :p

8. Teman wanita? ERk.. Dekan suka berkawan-kawan dengan semua orang tidak kira peringkat umur. Tidak kira sesiapa sahaja asalkan dia pun lebih terima kita. Kelihatan Dekan merahsiakan statusnya seperti biasa. Yeah.


Ok baiklah. Sekarang untuk 5 orang seterusnya. Siapa ya yang terkena ni. Okaylah:

1. Hani - Let see how self obliged she is. :p
2. Alin - It’s about you now.
3. Baizura - Mencari baizura sekali sekala
4. Kita - Komputer dan Internet dan Tentang dan Anda pula.. hehe.
5. Qaiyum - Peribadi seorang pejuang optimis itu pula..
6. Lutfee - Dah nama pun blog, bijakkomputer pun kena layankan jugalah tag ini.. Hehe

Okies. Sekian.

blogbaru.JPG

Template mywindowsxp.info

Assalamualaikum,

Sudah dua minggu rasanya saya menukar hosting dari Blogger.com ke ‘Wordpress self-hosted’. Setakat ni, Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma ada satu dua perkara sahaja kena setting semula. Selepas ini, jika berkesempatan saya akan post satu entri untuk ‘checklist’ apa yang perlu dilakukan jika anda menukar hosting daripada blogger.com ke wordpress. Macam-macam jugalah kerenah untuk menukar hosting ini. Tambahan pula, posting di website yang lama sudah banyak, menjadikan kerja memindah kandungan dan melaraskan permalink agak mencabar. Huhu..

Oh ya, sebelum terlupa, saya menggunakan hosting daripada Mercumaya. Akhirnya, setelah fikir-fikir yang mana murah dan mendapat nasihat daripada beberapa sahabat yang berpengalaman membina website, rata-rata mencadangkan yang ini. Huhu, Rasa macam agen promote plak. Tapi sebenarnya hosting lain banyak kelebihan masing-masing. Cuma saya rasa yang ini agak murah sahajalah.

(more…)