Archive for the ‘Chat IM’ Category

Salam semua pembaca sekalian,

Yahoo Alias boleh digunakan untuk menyamar identiti sebenar anda di Yahoo Messenger (YM) dan beberapa servis Yahoo yang lain. Katakan anda mempunyai email ‘abc@yahoo.com’, anda memboleh membuat alias ‘xyz’ di YM untuk menyamar identiti anda. Semua mesej yang ditujukan ke ‘xyz’ akan diterima oleh ‘abc’ iaitu anda.


Entri selepas ini mungkin Dekan akan terangkan lebih lanjut tentang feature Yahoo Alias yang telah Dekan gunakan sejak beberapa tahun dahulu lalu.


Baiklah sekarang kita akan mengcipta satu Alias iaitu mywindowsxp.

1. Buka YahooMail anda. Disebabkan Dekan memakai YahooMail Classic, maka interface tutorial ini adalah interface ‘classic’. ;p

2. Dalam Yahoo Mail tersebut, bahagian atas kanan, akan terdapat Option. Klik Option, dan pilih Mail Option.

Yahoo Alias 2

3. Kemudian, pada menu sebelah kiri, pilih ‘Account Information’.

Yahoo Alias 3

4. Anda akan di’prompt’ untuk password. Hal ini adalah untuk keselamatan. Masukkan password anda semula dan klik ‘Sign In’.

Yahoo Alias 4

5. Anda akan dibawa ke YahooProfile. Di sini adalah tempat untuk anda mengemaskinikan butiran peribadi anda. Walau bagaimanapun, tidak menjadi masalah jika butiran peribadi anda tidak mecukupi. Baiklah kita teruskan dengan tutorial. Lihat pada bahagian Account Settings.

6. Klik ‘Manage your Yahoo! aliases’.

Yahoo Alias 5

7. Terdapat satu deskripsi untuk Yahoo Aliases di situ. Ia mengatakan Yahoo Aliases boleh digunakan untuk Yahoo!Messenger, dan Yahoo Message Board untuk me’mask’kan (lebih kurang menyamarkan) Yahoo ID anda.

8. Klik pada Add an alias.

Yahoo Alias 6

9. Satu ruang akan terpapar dan isikan alias yang ingin anda gunakan. Dalam kes ini ‘mywindowsxp’. Kemudian klik ‘Save’.

Yahoo Alias 7

10. Tada.. Alias kepada YM sebenar Dekan, iaitu ‘mywindowsxp’ berjaya dicipta. Klik ‘Close’ dan ‘Sign Out’.

Yahoo Alias 8

11. Sekarang kita uji. Buka YM dan masukkan ID alias tadi beserta password email sebenar.

Yahoo Alias 10

12. Jeng3… Successful. Semua contact saya dalam YM asal dan alias-alias lain terdapat dalam alias tersebut.

Yahoo Alias 9

P/S: Sebelum anda teruja memesej rakan anda, pastikan anda melihat anda sedang memakai ID yang mana dahulu. Nanti takut silap terhantar kepada yang tidak berkenaan. :p

Yahoo Alias 11

Sekian, terima kasih!! Add Dekan sekarang di YM anda:

  • 5 Comments
  • Filed under: Chat IM
  • Chatbox dan Spam

    Salam semua,

    Kelihatan kebelakangan ini selain daripada Yahoo Messenger, terdapat juga spam daripada shoutbox yang melinkkan ke laman web yang memusykilkan. Terfikir juga jika shoutbox vendor boleh memblock akses daripada shoutbox itu sendiri. Maka Dekan pun menghantar email ke Shoutmix bertanyakan hal tersebut.. Dan inilah jawapannya:

    Shoutmix

    Email daripada developer shoutmix, Tan Wei Heng, Malaysia

    Dalam email tersebut ia mengatakan bahawa shoutmix tidak mempunyai kuasa untuk memblock sebarang tampalan url melainkan disetkan oleh user itu sendiri.

    Maka nampak gayanya anda semua perlu membuat ‘clean up’ sekali sekala shoutbox anda dengan membuang komen yang tidak berkenaan. Sama ada anda mem’ban’ email ataupun memban IP address si pengkomen tersebut.

    Sekian sahaja. 🙂 Jumpa lagi..

    P/S: Dekan ada memcuba membuat satu skrip @ perisian untuk crawl shoutbox, nampaknya ia berkesan.

  • 1 Comment
  • Filed under: Chat IM
  • Salam,

    Kemaskini untuk entri berkenaan worm Yahoo Messenger sebelum ini, yang sebenarnya, kemungkinan besar ia berlaku kerana username dan password akaun tersebut telah dikompromise atau diketahui oleh orang yang tidak berkenaan.

    Hingga ke malam tadi Dekan telah dua kali di Buzz oleh rakan-rakan sepertimana kriteria-kriteria yang diterangkan dalam entri tersebut. Satu kes yang amat menarik sekali iaitu seorang rakan Dekan yang sedang nyenyak tidur pukul satu pagi di ruang tamu rumah sewanya, tiba-tiba kelihatan akaunnya dilogin di Yahoo, dan memBUZZ Dekan. Serta tidak lupa kata-kata promosi untuk membeli barangan tersebut.

    Maka, sahlah ia bukan disebabkan virus yang sedang trigger pada real time di komputer beliau (kerana komputer tersebut off). Satu sahaja penyebabkan, ia adalah disebabkan skrip automatik yang akan melogin ke akaun pengguna dan menghantar seberapa banyak mesej ke senarai kontek akaun tersebut.

    Pada firasat Dekan, ianya bukan bertujuan promosi tetapi untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai orang tersebut seperti nama sebenar, email, no telefon, dan lain-lain lagi sepertimana yang terdapat di laman web ‘promosi’ tersebut.

    Ok, sekian sahaja. Mahu masak2 sebentar. 🙂

  • 17 Comments
  • Filed under: Chat IM, Virus
  • Sajer-sajer.. LAlala

    Nilai Blog Saya~


    My blog is worth RM57593.28.

    How much is your blog worth?

    Listed In