Archive for the ‘CCTV Webcam’ Category

Kamera Trafik di Lebuhraya

Salam pembaca semua,

Pada ksempatan ini Dekan ingin mengucapkan Berpuasa, Selamat Bertarawih (tolong jangan abaikan walaupun sudah mood raya), Selamat beribadah semoga mendapat malam Lailatul Qadar. Semoga ibadah itu berterusan walaupun selepas bulan Ramadhan ini.

Jika anda mahu pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri, pastikan anda mengikut cadangan perjalanan yang disarankan oleh PLUS supaya memudahkan anda dan juga semua pihak. Berikut ialah cadangan plus tersebut:
Cadangan Highway Plus
Jadual Cadangan Waktu semasa perayaan. Klik untuk besarkan.

dan bagi Lebuhraya Pantai timur.

Bagi mengikuti perkembangan trafik secara realtime pula anda boleh mendapatkan info tersebut di http://twitter.com/LLMinfotrafik selain mendengar di radio.

Bagi kamera yang diletakkan di highway-highway pula anda boleh melihatnya di sini: http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx atau dengan menggunakan smartphone sama ada iPhone atau Android anda menggunakan aplikasi (search:trafik Malaysia) yang sepatutnya.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Raya jemput la datang ke rumah. :p Tapi Dekan cuma ada di rumah pada hari Khamis dan Jumaat sahaja. 😉

Assalamualaikum w.b.t.,


Untuk pengetahuan anda, setiap kamera yang memakai alamat internet boleh dilihat dari mana-mana sahaja di komputer yang mempunyai internet. Kamera tersebut termasuklah CCTV, kamera trafik, kamera sekuriti dan lain-lain lagi. Sebarang sekuriti yang tidak ketat seperti ketiadaan password yang diletakkan untuk kamera tersebut membolehkan mana-mana pengguna internet mengakses kamera tersebut. Hal ini telah disedari ramai orang dan telah pun diulas dalam Fox.tv iaitu stesen TV terkenal di dunia. Namun begitu jalan penyelesaiannya masih ditahap kurang memuaskan. Cara yang terbaik dicadangkan hanyalah mengetatkan sekuriti dan meletakkan password pada IP webcam atau kamera tersebut. [Video ulasan fox TV].

Oleh sebab itu, anda masih boleh melihat kamera-kamera internet tersebut secara live di internet. Jika bernasib baik, bukan sahaja lihat pemandangan melalui kamera, malah pengawalan kamera tersebut turut dapat anda lakukan.

Ikuti cara berikut untuk mengujinya :

Taip dan Search perkataan berikut pada enjin carian Google :

Contoh :

[ inurl: “ViewerFrame?Mode=” ]

atau

[ inurl:/view/index.shtml ]

atau

[ inurl:”MultiCameraFrame?Mode=” ]

atau

[ inurl:”axis-cgi/mjpg” ]

atau

[ intitle:”Live View / – AXIS” | inurl:view/view.shtml^ ]

(tanpa [ ] ). Senarai IP network kamera akan terpapar dan klik mana-mana untuk mula melihat kamera tersebut.

Sekian.

 

Salam pembaca sekalian,

Gambar dari Kamera CCTV 6 di Jambatan Pulau Pinang.

Jika anda ke pulau pinang, dan ingin melihat trafik di atas jambatan sana, anda boleh melakukannya secara online. Terdapat 8 kamera yang boleh dilihat secara live pada bila-bila masa.

Cuma klik link-link di bawah:

Penangbridge.com
(untuk view kamera satu persatu)

Penangbridge.blogspot.com
(untuk view 8 kamera sekaligus)

Peta Google untuk imej jambatan pulau pinang dari satelit.


Sedikit review untuk jambatan pulau pinang :


Jambatan Pulau Pinang di Malaysia telah siap dibina dan dirasmikan pada tanggal 3 Ogos 1985 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Panjang jambatan Pulau Pinang ini ialah 13.5 km (8.4 miles). Jambatan bertol ini adalah di bawah jagaan PLUS Expressway Sdn Bhd dan Penang Bridge Sdn Bhd pada masa sekarang. (Sumber : Wikipedia)

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. 🙂

Sajer-sajer.. LAlala

Nilai Blog Saya~


My blog is worth RM57593.28.

How much is your blog worth?

Listed In