Assalamualaikum wbt pembaca yang dihormati sekalian,

Baru-baru ini penggodaman telah berlaku pada laman web ini, makanya Dekan yang sedang menyibukkan diri dengan beberapa event kehidupan terpaksa menangguhkan untuk pembaikiannya. (Rujuk: http://my.journalku.com/archives/hacked-for-good.html)

Selain itu, Alfatihah juga buat Opah Dekan yang baru sahaja meninggal dunia pada usia 81 tahun di Hospital Selayang Jumaat lepas.

Akhirnya pada hari ini Dekan telah mencuba untuk membaiki semula kerosakan-kerosakan akibat kealpaan dan kemalasan di blog yang penuh informasi ini.

Berikut ialah cara untuk mereset semula kata laluan wordpress anda:

Cara 1:
1. Buka cPanel laman web anda
2. Buka phpMyAdmin.
3. Pilih table wordpress yang anda ingin reset.
4. Klik kolum wp_users, anda akan dapat melihat user yang ada di wordpress anda.
5. Kemudian pilih user untuk direset, dan klik ikon pensel untuk mengedit.
6. WordPress menyimpan password dalam bentuk md5 hash, jadi anda perlu mendapatkan password dalam bentuk tersebut. Convertkan password anda kepada md5hash (https://www.google.com.my/?q=md5%20generator) dan letakkan password yang telah dihashkan dalam ruangan user_pass.
7. Kemudian klik ‘Go’.
8. Buka semula login laman web anda dan masukkan katanama dan katalaluan yang baru.

Cara 2:
1. Buka login laman web anda.
2. Klik ‘Lost your password?’.
3. Masukkan email anda dan ikut arahan daripada mailbox email anda.

Sekian, semoga membantu. 😉

Post Yang Berkaitan