Assalamualaikum w.b.t.,

Bagi pengguna telefon bimbit versi canggih aka smartphone, anda tentu biasa dengan perisian ‘video call’ yang digelar Tango. Tahukah anda Tango juga turut sedia dalam edisi PC?

TANGO mempunyai satu tabiat yang memusykilkan iaitu kebolehannya mendapatkan beberapa nama daripada senarai ‘contact’ telefon anda yang menggunakan Tango sebaik sahaja kita letakkan sebarang nombor telefon, tanpa perlunya melalui proses pengesahan. Ya, tanpa perlu email mahupun pengesahan nama-tempat-lahir, guru-pertama-sekolah dan lain-lain. Hal ini boleh mendatangkan kebimbangan kerana anda tidak perlu mempunyai telefon seseorang itu, tetapi anda boleh memperoleh sebahagian daripada nama ‘contact’ yang terdapat dalam telefon rakannya.

Bayangkan jika anda memasukkan no seorang CEO sesebuah syarikat gergasi, dan anda akan dapati terdapat nama-nama contact yang boleh anda hubungi melalui Tango tanpa perlunya pengesahan. Yang menariknya, anda boleh menghubungi rakan tersebut terus dan penyamaran anda insyaAllah berjaya.

Hal ini adalah kerana, mengikut kajian Dekan, Tango telah mengambil maklumat berkaitan anda tatkala rakan anda membenarkan ia mengakses ‘phonebook’ mereka. Jadi semua no telefon dalam telefon mereka akan disynckan ke server Tango. Jika anda mula mendaftar di Tango, anda akan mendapati ‘user experience’ di mana anda boleh menghubungi terus rakan anda yang mempunyai ‘contact’ anda di Tango mereka.

Oh dear. Maka untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, registerlah di Tango segera dan dapatkan nombor anda sebelum disalahguna oleh orang lain. Walaupun bunyinya macam menggalakkan penggunaan Tango, jika anda mendaftar terlebih dahulu, Tango tidak akan membenarkan no yang telh digunkan, digun semula. Jika tanpa telefon bimbit yang bijak pun, anda boleh mendaftar di PC anda sahaja, disamping tanpa perlu membenarkan ia mengakses senarai ‘contact’ dalam telefon. Beritahu Dekan jika terdapat cara lain.

Sekian sahaja, semoga ia membantu.

Post Yang Berkaitan