Assalamualaikum w.b.t.,

Teknik ini adalah teknik yang tak berapa nak teknik. Mudah dipraktikkan dan mudah sahaja difahami.

Untuk mengesan kehadiran Skype contact yang invisible, anda cuma perlu menghantar satu mesej sahaja kepada beliau. Jika terdapat ikon anak panah berpusing, maksudnya mesej tersbut tidak didelivered dan disimpan di temporary komputer anda. Maka boleh dikatakan contact anda tersebut tidak onlin pada ketika itu.

Jika tiba-tiba anda punya mesej tiada tanda tersebut, ia menunjukkan mesej tersebut telahpun sampai kepada pihak berkenaan. Walau bagaimanapun, jika anda logout daripada skype, mesej tersebut tidak akan diterima oleh contact anda walaupun beliu online. Hal ini adalah kerana mesej skype hanya akan dihantar apabila kedua-dua contact online sahaja. 🙂

Sebarang mesej, temporary mesej, atau mesej yang dilog akan berada dalam komputer dimana anda menghantar mesej tersebut dan juga di server skype sendiri. Fail log mesej skype tersebut ialah main.db dan anda boleh membacanya dengan perisian ____ . Jadi walaupun anda menganggap setelah anda logout skype conversation anda selamat kerana fail tersebut masih boleh dibaca oleh seseorang yang mempunyai akses kepada komputer anda. Sama juga dengan log YM dan Mirc sekalipun.

Jadi untuk mengesan kehadiran rakan yang Offline Chat di Facebook pula, anda juga boleh menghantar satu mesej kepada beliau.

Jika mesej itu direspon “Seen” oleh Facebook, maka rakan ada ada membacanya. Dan ia menunjukkan rakan anda online. Walau bagaimanapun, jika rakan anda memilih untuk tidak membaca mesej anda, anda tidak akan mendapat respon “seen” tersebut walaupun beliau online. Jadi anda terpaksa bergantung kepada Live Feed di Facebook sama ada beliau ada Share, Like, Komen sesuatu di tempat lain yang menunjukkan kehadiran beliau.

Sekian sahaja teknik yang tidak seberapa. Harap membantu. Tiada tools yang canggih disini. Hehe 🙂