Assalamualaikum w.b.t.,

Facebook ialah satu aplikasi yang berkuasa (powerful) pada masa kini. Interaksi antara pengguna dengan Facebook kadangkala lebih kerap daripada interaksi sesama insan. Seorang yang ketagih Facebook boleh dikategorikan jika menggunakan Facebook lebih daripada 4 jam. Tetapi pada zaman serba ‘mobile’ sekarang, ia merupakan salah satu medium sosial dan komunikasi yang mudah dan efektif.

Oleh sebab itu, Facebook juga digunakan untuk tujuan marketing. Ia secara tidak langsung menjadikan ia lebih efektif dengan target market orang yang dikenali. Katakan anda mempunyai laman web Shopping Cart kepunyaan anda sendiri, dan anda selalu update untuk barangan baru setiap minggu, berapa ramaikah pengunjung di laman web anda. Dan berapa ramaikah yang mengunjungi laman web Facebook setiap hari? Maka marketing di Facebook merupakan cara efektif selain membina reputasi diri kerana kebanyakan pembeli yang berpotensi terdiri daripada rakan Facebook sendiri.

Page dan Like di Facebok juga merupakan satu cara untuk membina kredibiliti selain mendapatkan pembeli yang berpotensi untuk barangan jualan anda. Dengan adanya Page untuk Komuniti, Barangan, dan juga diri anda sendiri menjadikan ia sesuatu yang komersial secara tidak langsung. Ditambah dengan bilangan Like untuk Page tersebut, secara psikologinya, umum akan lebih yakin dengan sesuatu Page dan apa yang ingin disampaikannya itu. Jadi linear dengan pertambahan bilangan Like, kredibiliti, keyakinan, dan potential of good things happen turut meningkat.

Untuk mendapatkan Like pula, terdapat pelbagai cara dan antaranya ialah dengan mempromosikan kepada rakan Facebook, mempromosikan kepada rakan sekerja dan rakan-rakan secara offline, mempromosikan dengan iklan di laman web lain, dan mempromosikan secara pembinaan kredibiliti menggunakan post-post bergenre tertentu dan juga mempromosikan dengan menggunakan Facebook Ads. Cara yang mudah dan efektif untuk mendapatkan Like ialah dengan menggunakan Facebook Ads, dan walaupun mudah, ia tidak murah. Jika anda bijak, anda boleh mendapatkan sehingga RM0.10 untuk satu Like. Kebiasaannya dalam RM0.15 – RM0.20 untuk satu Like. Jadi, bayangkan berapa anda perlu habiskan untuk mendapatkan 10,000 Like? RM1,000 bukan?

Usahawan internet yang bijak dan pakar telah mengatasi masalah ini dengan mengaplikasikan sesuatu yang dikenali sebagai aplikasi like secara viral. Modus operadi aplikasi tersebut ialah seperti berikut:

1. Anda terlihat sesuatu gambar menarik berkenaan rakan anda. Contohnya, “Tempat Raya Tahun Ini?”. Kemudian anda klik link untuk mendapatkan info anda pula.
*2. Anda akan dibawa ke satu Facebook Page dan Like diperlukan untuk teruskan. Anda klik Like.
*3. Anda kemudian dibawa ke satu page yang memerlukan anda ‘Allow’ atau benarkan aplikasi tersebut melakukan beberapa perkara. Dan anda klik ‘Allow’.
4. Kemudian, satu gambar akan diletakkan di feed anda yang menjawab soalan seperti rakan anda tadi dengan jawapan tersendiri.

*No 2 dan 3 interchange. Mana satu dahulu pun boleh.

Proses diatas berulang bagi rakan yang lain pula. Ini adalah perkara yang menakjubkan, dan dalam masa sehari paling sedikit, seratus Like boleh diperoleh. Tahniah. 😉 Jika anda perhatikan, step no. 2 tersebut menjamin Page anda di Like. Dan menjadikan mereka ini bijak ialah kerana pembangunan aplikasi ini adalah percuma. Cuma kena pakai skil lah (dan juga web hosting berSSL kerana Heroku tidak mampu untuk mendapatkan direct path. Tak faham xpe.)

Walaupun ia seronok untuk dimain, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:
1. Step no 3 tersebut memerlukan anda ‘Allow’ untuk beberapa perkara. Jika anda curiga dengan perkara yang perlu di’benar’kan tersebut, maka lebih baik anda tidak teruskan. Antaranya mungkin kebenaran untuk membaca information sensitif seperti tarikh lahir, email, senarai kawan2, dan sebagainya.
2. Anda akan dipenuhkan dengan update daripada Page yang tidak anda inginkan. Hal ini adalah kerana dalam step no 2, anda telah like page tersebut, bukan Like aplikasi itu. Maka anda boleh buang daripada senarai Like anda sendiri.
3. Aplikasi berbentuk ramalan, penghinaan dan sebagainya. Aplikasi berbentuk ini memberi impak negatif kepada anda dan masyarakat dan jaga-jaga anda mungkin tidak langsung mengepostkannya di wall.

Baiklah, itu sahaja sekadar maklumat dan peringatan yang tidak seberapa. Anda boleh main aplikasi jenis tersebut, dan jenis -jenis lain lagi, cuma dengan lebih berhati-hati. Selamat Berpuasa. Maaf jika ada salah dan silap. (Time bulan ni minta maaf lebih baik kan? ;p)