Assalamualaikum w.b.t.,

Zaman sekarang kebanyakan blogger atau syarikat atau bisnes internet kebanyakannya akan menggunakan domain sendiri daripada menggunakan domain percuma seperti blogspot. Jadi dengan adanya domain tersendiri ini seperti mywindowsxp.info, anda boleh mempunyai email tersendiri juga seperti Dekan iaitu admin @ mywindowsxp . info dan dekan @ dct . my. Selain itu, Dekan mempunyai email lain yang digunakan sebagai default iaitu Yahoo!Mail.

Autoforward ke email Yahoo!Mail.

Walau bagaimanapun, katakan Dekan mempunyai email daripada domain yang lain seperti dct.my, formatkomputer.com, journalku.com, dan mywindowsxp.info, maka semua yang dihantar kepada Dekan melalui email di atas akan autoforward kepada email default Dekan setelah beberapa seting dilakukan. Jadi dengan cara ini Dekan tidak perlu membuka empat email pada sesuatu ketika. Sebarang email tidak akan terlepas melainkan email spam. InsyaAllah. Setingnya ialah pada control panel laman web anda seperti dibawah.



Send daripada domain lain di Yahoo!Mail

Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya jika anda mahu menghantar atau membalas sebagai owner domain di atas jika menggunakan Yahoo!Mail. Maka sebelum ini, terpaksalah Dekan membuka satu persatu email. Namun begitu, terdapat cara memudahkan iaitu dengan hanya seting di Yahoo!Mail.

Ikuti cara berikut:

1. Buka Yahoo!Mail dan klik pada ‘Mail Options’. Bagi Yahoo!Mail yang baru, menu tersebut berada di bawah ‘Options’.


2. Kemudian pilih Mail Accounts.
3. Klik ‘Add’.
4. Masukkan nama untuk akaun tersebut. Nama ini sekadar identifier dalam seting anda sahaja. Masukkan sekali email tersebut.
5. Kemudian masukkan maklumat seperti username dan passworddan ‘POP server’ jika anda mahu menerima email daripada domain anda. Jika tidak, klik Skip.
6. Satu email akan dihantar kepada email domain anda. Buka email tersebut di domain anda dan klik link yang diberikan untuk confirm.

7. Kemudian, anda boleh lihat di ruangan ‘From’ semasa anda compose atau reply email, alamat email domain anda tersebut.

Selamat mencuba.
🙂

Post Yang Berkaitan