Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca budiman,

Sewaktu sedang seronok-seronok menonton TV3, Buletin Utama yang penuh dengan kontroversi 30 minit pertama politik sahaja, Dekan menerima satu SMS daripada Bank AAAA (AAAA tu bukan nama sebenar). SMS itu berbunyi,

“RM0.00 AAAA: GBP2.00 was charged on your card num XXXX at XXXX on XX/03.”

Terkejut dengan SMS itu, Dekan berfikir sama ada ia betul daripada bank tersebut atau bukan. Kemudian Dekan berasa sedikit seram sejuk slightly selepas itu, kerana menjangkakan akan ada satu lagi SMS dengan nilai yang lebih tinggi. Dan tak lama selepas itu, “RM0.00 AAAA: GBP 10XX.20 was charged on your card num XXXX at XXXX on XX/03.



SHOOT!!

GBP siap. GBP tu Great Britain Pound mak aih! GBP1k x 5 = MYR5k!

Terus. “Hello AAAA, just now I received 2 SMSes bla bla bla. I need to verify bla bla bla… WTF.. bla bla bla. Blocked.. bla bla bla.. Thank you.” Skipping londang siap padahal boleh je cakap Melayu. ;P

Rupa-rupanya memang no kad kredit Dekan dicuri dan disalahgunakan. Trace kembali, tempat digunakan ialah daripada laman web booking flight dan hotel. Maka cuma satu cara sahaja penjenahat itu memperoleh, iaitu daripada laman web yang Dekan dah masukkan data kad kredit tersebut. Dekan ada menggunakan transaksi online menggunakan kad kredit untuk book tiket seperti tiket kapal terbang dan juga hotel. Selebihnya memang bayar tunai. Tunai tu maksudnya direct debit dari bank. Mungkin salah satu daripada laman web tersebut sudah dikompromis dan data Dekan telah digunakan tanpa pengetahuan. Takut juga jika komputer Dekan mempunyai malware, dan scanning telah dilakukan, Alhamdulillah ok. InsyaAllah.

Oleh itu, kepada semua pembaca harap berhati-hati jika mahu menggunakan transaksi secara online. Simpan no bank just in case. Jangan masukkan kad kredit jika anda rasa laman web itu meragukan. Oh ya, Dekan suspek laman web yang Dekan kena itu mempunyai https yang tidak di’trust’.

Sekian.

Post Yang Berkaitan