Assalamualaikum w.b.t.,

Minggu lepas, cuti sekolah, memang banyak kenduri kahwin. Dekan pun mendapat 3 jemputan pada hari yang sama. Melaka, KL dan Perak. Disebabkan sepupu Dekan yang berkahwin, maka selamat tinggallah Melaka dan KL. Seperti biasa, untuk kemudahan, Dekan menggunakan Touch N Go versi Zinc untuk membayar tol. Versi Zinc ni maknanya kad Touch n Go ini dilink dengan kad kredit. Setiap kali nilai mencecah bawah daripada RM50, maka ia akan ditopup kepada suatu nilai yang anda pilih seperti RM100. Maka kad anda akan sentiasa penuh eh berisi.

Nak dijadikan cerita, sewaktu pulang daripada majlis perkahwinan sepupu di Kuala Kangsar, menuju ke rumah di Ipoh, ayah Dekan yang menggunakan Touch n Go menyentuh kad tersebut di satu tol. Namun kelihatan ia tidak memberi apa-apa kesan. Musykil dengan perkara tersebut, sama ada mahu touch undur dan touch di lorong sebelah atau teruskan sahaja dengan berprasangka ia sudah direkod. Palang touch and go tersebut sudah memang terangkat sebelum kad disentuh.

Maka, beliau pun teruskan sahajalah dengan niat menyentuh di lorong yang mempunyai jurutol sewaktu keluar nanti – Tunai dan Touch n Go. Sekali beliau sentuh untuk keluar, ting-ting. RM62.00! Dari Ipoh Selatan ke Simpang Pulai cuma RM1.80 lebih kurang, telah menjadi RM62.00. Anehnya, kalau diambil daripada Ipoh Selatan ke Skudai, harganya ialah RM70.90 mengikut Plus.

Terkejut dengan itu, ayah Dekan pun periksa dengan Khidmat Pelanggan tol itu, dan mendapati sebenarnya pembaca kad (card reader) tersebut tidak berjaya menangkap (capture) kad Touch n Go di Ipoh Selatan. Maka, kesimpulan yang Dekan buat, ia akan ambil nilai maksimum untuk satu perjalanan tol itu. Mengikut PLUS: Skudai – Ipoh Selatan = RM69.30.

Oleh itu, jika anda menggunakan kad Touch n Go, pastikan anda menyentuh betul-betul di tempat masuk dan keluar. Jangan pegi pecut pulak kalau gate keluar terbuka. Kelak ia akan menyusahkan anda. Melainkan jika tiada tempat masuk-keluar macam plaza tol open-system seperti di LDP. Kalau terangkat tu pecut terus tak apa. Salah mereka. Hihi. (Psstt.. Plaza tol LDP kaya suit. Hari-hari orang lalu. Sian orang duduk Puchong. Nak pergi mana-mana mesti kena lalu tol. :p )

Waktu Dekan dekat Seoul dulu ada satu alat tu macam keychain kegunaan seperti Touch n Go. Konsepnya sama. Haritu Dekan turun bas, tak touch. Pastu nak naik bas semula ada masalah. Nasib baik ada bawak translator, Mr Abong, yang juga rakan seperjuangan dahulu.

Kalau jadi masalah ini, anda boleh releasekan balik kat kaunter-kaunter Touch n Go yang berkenaan.
Itu sahaja cerita. 🙂

Post Yang Berkaitan