Salam pembaca semua,

Pada ksempatan ini Dekan ingin mengucapkan Berpuasa, Selamat Bertarawih (tolong jangan abaikan walaupun sudah mood raya), Selamat beribadah semoga mendapat malam Lailatul Qadar. Semoga ibadah itu berterusan walaupun selepas bulan Ramadhan ini.

Jika anda mahu pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri, pastikan anda mengikut cadangan perjalanan yang disarankan oleh PLUS supaya memudahkan anda dan juga semua pihak. Berikut ialah cadangan plus tersebut:
Cadangan Highway Plus
Jadual Cadangan Waktu semasa perayaan. Klik untuk besarkan.

dan bagi Lebuhraya Pantai timur.

Bagi mengikuti perkembangan trafik secara realtime pula anda boleh mendapatkan info tersebut di http://twitter.com/LLMinfotrafik selain mendengar di radio.

Bagi kamera yang diletakkan di highway-highway pula anda boleh melihatnya di sini: http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx atau dengan menggunakan smartphone sama ada iPhone atau Android anda menggunakan aplikasi (search:trafik Malaysia) yang sepatutnya.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Raya jemput la datang ke rumah. :p Tapi Dekan cuma ada di rumah pada hari Khamis dan Jumaat sahaja. 😉

Post Yang Popular