Assalamualaikum para pembaca yang dihormati sekalian,

Setiap kali membeli domain baru atau setiap kali ingin mengubah angin, anda semestinya mencari template percuma yang sesuai untuk digunakan oleh website anda di Google/Laman web template percuma yang lain.

Namun kebiasaannya template tersebut tidak betul-betul memuaskan hati anda dan anda terpaksa mentweak kembali template tersebut mengikut jiwa anda. Selain memakan sedikit masa, anda juga akan perlu menyesuaikan dengan kod-kod tertentu template tersebut seperti kod css/jquery dan juga lain-lain jika terdapatnya features tertentu. Tidak dinafikan ia adalah amat memuaskan jika anda lakukannya sehingga berjaya dan puas hati.

Bagaimana pula jika ada tools atau perisian yang membantu anda untuk melakukannya hanya dengan beberapa klik sahaja? Walaupun templatenya tampak agak ‘plain’, namun Artisteer semestinya membantu anda membina template sendiri dalam masa beberapa ketika sahaja.

Artisteer 1

Sama ada anda menggunakan platform WordPress, Joomla (support versi 1.6), Blogspot, DotNuke, dan Drupal, mahupun, ASP dotNet, CodeCharge Studio dan juga plain HTML, anda boleh menjana template anda sendiri dalam masa yang terlalu singkat. Terdapar pelbagai idea template boleh dijana dengan menggunakan butang ‘Suggest Design’ dan anda kemudian boleh menyesuaikan template tersebut dengan kehendak anda sendiri seperti corak latarbelakang, Font, warna tema, dan lain lagi.

Artisteer 2
Template yang dijana 1

Artisteer 3
Template yang dijana 2

Artisteer 4
Template yang dijana 3

Sukacita ingin diingatkan (pergh ayat) perisian tersebut bukanlah percuma seperti disangka, dan anda boleh mencuba secara percuma selama sebulan dengan memuat turun daripada laman Artisteer sendiri. Namun jika anda kreatif, anda semestinya boleh mendapatkan version penuh tanpa bayar menggunakan cara anda sendiri ;P

Sekian sahaja, semoga ia dapat membantu anda meringankan kepala memikirkan template sendiri, selain memudahkan anda melakukan bisnes website-website dengan menjimatkan 50% tenaga anda seperti ini. =)

Post Yang Berkaitan